
Halaqah usrah kami petang tadi, terasa ada kekurangan. Tidak seperti selalunya. Bukan kerana kurangnya penyampaian, tapi kesan dari kurangnya ahli yang hadir. Selalunya kedatangan penuh tercatat dalam buku rekod. Namun, kehilangan beberapa orang sahabat yang sememangnya menjadi pelengkap pada setiap kali perjumpaan, sangat kami rasai.













