
PILIHAN DI TANGAN ANDA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Assalammualaikum w.b.t..Pagi tadi ana beli berus gigi, kononnya nak buat stok simpanan. Kebetulan kedai yang ana kunjungi tu hanya menjual beberapa jenis berus gigi sahaja (tiada banyak pilihan...). So nak taknak beli jugalah berus gigi yang berharga RM4.90..sebabnya boleh pilih samada nak yang lembut, biasa atau keras.
Sampai je di rumah, ana pun belek-beleklah berus gigi tersebut. Iris fokus pada satu perkataan: Indicator(R) BRISTLES...
DI SAAT INI

( Surah Al-Fajr ; Ayat 27-30 )
Yaa Ayyuhan nafsul mutmainnah
27. Hai jiwa yang tenang..
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
29. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
30. masuklah ke dalam syurga-Ku.
MUJAHADAH HATI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Assalammualaikum w.b.t...
Biarlah Dia Yang Maha Mengetahui dari segala yang mengetahui mengaturkan segalanya..
Biarlah Dia Yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang mentarbiyyah(mendidik) diri& hati ini...
Ya.. aturanNya sentiasa yang terbaik untuk hamba ini..
itulah keyakinan hasil didikanNya.
BUKAN MUDAH UNTUK MEMBERI
Masih dalam mood ‘the Law of the Seed’
Sebentar tadi saya ke pondok Saiful Islam. Ada nasihat ringkas dan padat untuk dikongsikan bersama:
“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia”
MUSLIM 24 HOURS

Assalamu'alaikum w.b.t.
As usual.. hamdan thoyyiban mubarakan fiihi 'ala kulli hal ..
The article from The Raise really makes me eager to write something here. Since the article was in English, let it be like that. I just love the way his/her words sound.
As usual.. hamdan thoyyiban mubarakan fiihi 'ala kulli hal ..
The article from The Raise really makes me eager to write something here. Since the article was in English, let it be like that. I just love the way his/her words sound.
BEDAH BUKU: DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH

Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporakperandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam.
Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh, jalan para ahli syurga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh, jalan para ahli syurga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
KITA LEBIH KECIL DARIPADA KUMAN??DI MANAKAH KITA??
Bismilahirrahmanirahim...
"Iodine value is.....bla..bla..."
Mata dah mula terkebil-kebil, berapa kali saya menutup mulut untuk menguap. Kenapalah rasa ngantuk sangat time lecture food chemistry ini...huhu..,jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang.
Tak boleh jadi ni..saya cuba tegakkan badan dan memfokuskan pengajaran lecturer... Namun makin dipandang makin tekatup dan mengecil kedua-kedua belah mata ni...tiba-tiba saya teringat yang saya tak habiskan lagi membaca buku "Langit Ilahi" tulisan Hilal Asyraf yang saya bawa dalam beg..saya pun keluarkan buku tu..harapnya dapatlah hilangkan ngantuknya..
"Iodine value is.....bla..bla..."
Mata dah mula terkebil-kebil, berapa kali saya menutup mulut untuk menguap. Kenapalah rasa ngantuk sangat time lecture food chemistry ini...huhu..,jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang.
Tak boleh jadi ni..saya cuba tegakkan badan dan memfokuskan pengajaran lecturer... Namun makin dipandang makin tekatup dan mengecil kedua-kedua belah mata ni...tiba-tiba saya teringat yang saya tak habiskan lagi membaca buku "Langit Ilahi" tulisan Hilal Asyraf yang saya bawa dalam beg..saya pun keluarkan buku tu..harapnya dapatlah hilangkan ngantuknya..
SURAH PENGHIBUR HATI KETIKA BERSEDIH

SURAH AL-KHAUTSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib
P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yang mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan hilang… mari beramal
MATA OH MATA !!
Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?
SENYUMLAH WALAUPUN DIRIMU DISELIMUTI DUKA
Kata-kata hikmah :-
Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanahBukan dari istanamu yang dari gading... Manakala engkau tersenyum, sedangkan hatimu yang sarat dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. Janganlah ragu-ragu untuk tersenyum, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum.
MUHASABAH IMAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..ALLAH adalah satu-satunya pemelihara alam..pemelihara hati dan jiwa,Segala puji HANYA untuk Allah atas segala pemeliharaan-Nya.
YANG JAUH YANG DEKAT
Bismillahirahmanirahim..
Astaghfirullahalazim..Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [Al-An'am:132]
MUJAHIDAH ABAD MODEN:ZAINAB AL-GHAZALI
Assalammualaikum w.b.t., ana agak tertarik untuk berkongsi kisah seorang Mujahidah terkenal, Zainab Al-Ghazali yang telah pulang ke rahmatullah bulan Ogos 2005. Semoga kisah ini, kita jadikan sebagai iktibar serta muhasabah, terutamanya buat para muslimah. InsyaAllah.Mari kita selusuri kisah mujahidah ini secara perlahan-lahan.
PERINGATAN :TRAGEDI MEMALI (HAKIKAT DAN REALITI)
Peristiwa Memali telah terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud/Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai 'Operasi Angkara/ Operasi Hapus'.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri MalaysiaChina.
IMAN DAN COKLAT
“Ok guys..today we will learn about cocoa production and chocolate making”..ucap Pensyarah Food Processing ana, Dr. Cheow.
Ana dan rakan sekelas mula tekun menadah ilmu yang akan dicurahkan oleh pensyarah.“dah habis untuk hari ini..Next class kita sambung lagi,”.Akhirnya kelas yang menarik berakhir jua.
“Erm, chocolate making.Coklat tu sedap, enak dimakan, digemari oleh semua lapisan umur. Menjadi kegilaan kaum nisa’, tapi untuk mendapatkan coklat yg sedap tu, sukar juga nak process supaya mendapat kualiti coklat yang sedap. Patutlah coklat tu mahal,” ana bermonolog sendirian.
DAKWAH ITU ADALAH MLM ILAHI

MLM ini amat menakjubkan!
Multi Level Marketing, atau biasanya kita dengar sebagai MLM, adalah satu perniagaan yang menyeronokkan. Mengikut apa yang saya tahu, sistem yang digunakan MLM membolehkan siapa yang mendapat lebih banyak orang di bawahnya, maka dia akan mempunyai keuntungan yang lebih banyak.
INGATAN BUAT DIRI DAN SAHABATKU..
salam mahabbah, salam mawaddah...salam sayang buatmu wahai sahabatku, yang bergelar 'WANITA'..
ada sesuatu yg ana nak kongsi pada HARI ni..
Cuba kita sama2 perhatikan sekeliling kita sekarang..
..
SALAM I'DULADHA
Assalamualaikum
Di sini,ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Detik mulia menjelma lagi, pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail diimbau kembali. Mengingatkan kita sejarah nabawi, agar tersemai abadi hamba sejati. Demi menggapai cinta ilahi...salam i'duladha...
We come from the four corners of the world
As brothers and sisters, mukminin mukmimat
The time has come to heed a call divine
Labbaikallahumma labbaik
To prepare for the coming of Akhirat
May we threat on the face of this world in barakah
The time has come the journey we must made
Labbaikallahumma labbaik
BAHAYA PUJIAN
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Syukur pada Allah atas kurniaanNYA. Masih lagi dapat kita hirup nikmat pemberiaanNYA. Dan apa yang pasti, syukur yang tidak terhingga padaNYA, masih lagi kita hidup dalam Iman dan Islam. Segala puji hanya selayaknya untuk Allah SWT.
TIDAK TERKENAL DI BUMI, TETAPI TERKENAL DI LANGIT
KISAH UWAIS AL QORNI (PEMUDA YANG BERBAKTI KEPADA IBUNYA
Pada zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai keluargai.Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembala pada waktu siang hari.
"BIDADARI DARI TIMUR"... NuKiLan istEri SeOrAng PeJuaNg
Assalamu'laikum wrh wbt...
Semalam ana baru sahaja selesai mengembara bersama isteri seorang Tok Guru dalam buah tangan pertamanya bertajuk 'Bidadari dari Timur' bersama dengan seorang lagi penulis yang lain. Ana berjaya mendalami perasaan seorang isteri seorang pejuang Islam di mana beliau menceritakan serba sedikit tentang perjalanan rumahtangga beliau bersama dengan insan yang disayanginya itu.
MUDAHNYA MENGELUH, SUKARNYA UNTUK BESYUKUR
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan
KISAH SI PENJUAL TEMPE
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA
“Aku minta pada Allah setangkai bunga mawar yang segar,dengan harapan ia bakal menyinari hari-hari terindahku,tapi DIA beri sepohon kaktus kecil yang berduri.Ku minta seekor kupu-kupu cantik menjadi temanku,tapi diberiNYA ulat bulu yang berbisa.Aku sedih,hampa dan kecewa.Namun kemudiannya,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu itu menjadi kupu-kupu yang amat cantik."
CARILAH REDHA ALLAH
Muhasabahku dalam meniti hidup yang penuh warna:
Tidak semua manusia akan berpuas hati dengan keputusan mahupun tindakan kita. Apa yang kita lakukan, di hadapan atau di belakang kita kadang-kadang akan menerima kritikan orang lain. Jika tindakan kita benar atau haq, manusia yang anti kepada kebenaran akan mengkritik kita. Apatah lagi jika tindakan kita batil, tentulah lebih ramai yang membencinya.
UKHUWAH FILLAH
Sesungguhnya sebaik-baik teman itu adalah teman yang sering mengingatkan kita samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri dan sahabatnya kepada Allah. Wahai sahabat, sesungguhnya diri ini insan yang lemah. Ingatkan daku tikaku leka, tenangkanlahku tika aku bersedih, pujuklah daku tika aku hampir berputus asa dengan tarbiah-tarbiah dan janji-janji syurga Allah agar kita dapat bersama-sama menuju ke syurgaNya. Amin
Langgan:
Catatan (Atom)

























