MENCARI KEKUATAN DIRI


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt.
Menjalani hidup sebagai pelajar mode penyelidikan sepenuh masa, kadangkala mengundang lelah. Lelah membuat kerja lab, lelah memerah otak, lelah menanti, yang kadangkala hasilnya seperti sia2. Kerja berbulan-bulan, ditolak ke tepi kerana tiada data yang boleh digunakan. Terkilan. Penat. Kecewa. Bercampur-baur. 



Ada kalanya, terasa ingin mengangkat bendera putih, mengaku kalah dengan apa yang dihadapi. Apalagi bila melihat sahabat2 lain yang sama2 memulakan pengajian, telah selesai dengan projek masing2. Telah berjaya merangkul segulung skrol. Telah berjaya memulakan kerjaya masing2. Ya, perasaan sedih itu sukar digambarkan. Ditambah pula dengan soalan, “Bila nak habis master?”. 
Benar kata seorang senior  satu masa dahulu. Bagi sesetengah pelajar mode penyelidikan, soalan sebegitu sebenarnya seperti satu hempukan beban yang berat bagi mereka. Satu tamparan yang menyakitkan. Amat menyakitkan. Kerana kadangkala persoalan itu sukar dijawab. Ya, sukar. Walaupun sering soalan itu disambut dengan senyuman dan kata2 ‘pasrah’, hakikatnya di dalam hati, hanya Allah yang mengerti. 

Ada ketika bayang menerpa..
Usaha bertukar jadi tersia..
Ada ketika susah menjelma..
Kekuatan hilang mengaku kalah..
Ada ketika sakit teras..
 Kegembiraan jadi nestapa..
 Ada ketika sunyi mendatang..
Gentar dan takut keseorang..

 Ku juga seringkali hampir tertewas. Ya, lelah dari segi mental. Tika mental berada di tahap paling lemah, terasa tidak mampu utk bangun kembali. 
Ketika itu, ujian yang kecil sahaja, bisa meluruhkan sisa-sisa semangat yang ada di dalam diri. Gurauan sekeliling, seolah-olah menyindir diri, memamah maruah diri. Astaghfirullah..ingin diluah kepada yang bernama makhluk, terasa tidak patut membebankan mereka. 

  Namun, selalunya, kelam itu pantas beredar. Mereka2 yang berada di sekitar, sering menjadi motivasi, sering membekalkan semangat, walau tanpa disedari oleh mereka. Benar, semangat itu datangnya dari Allah, mereka menjadi pengantaranya. Walaupun dengan hanya satu senyuman, sesungguhnya ia mampu menyegarkan semangat yang kian layu. 
Ya, kadangkala dengan hanya melihat wajah2 mereka yang berada di sekitarku, aku beroleh kekuatan untuk terus bergerak, meluruskan kembali niat di hatiku. 
Allahu Akbar! Besarnya kurniaan Allah. Allah tidakkan pernah meninggalkan hamba-NYA sendirian, selagi mana kita tidak melupakannya. Terima kasih buat sahabat2 yang berada di sekelilingku, terutamanya teman seperjuanganku. Ya, mereka lebih banyak melihat betapa tunggang-langgangnya hidupku sejak memikul tanggungjawab sebagai pelajar mode penyelidikan ni. Baru bergelar pelajar, kalau dah kerja, berkeluarga nanti, tak tau la camna jadiknya. Huhu.. “Ahh..bosannya belajar. Bila la boleh kerja ni?” keluh si pelajar. “Ahh..penatnya bekerja. Alangkah indahnya zaman belajar…” keluh si pekerja pula. 

Sesungguhnya manusia tidakkan puas dengan apa yg ada di tangan, sering melihat indahnya barang yang tiada di tangan, selagi tidak didatangkan syukur di dalam hatinya.

Cahaya Kemuliaan Islam
24/4/2014

Kuala Terengganu

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::