WASILAH DAN MATLAMAT


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di teratak laluan keinsafan ini.. mungkin juga ini tulisan ana yang terakhir..Allahu’alam.. apapun, moga tiap bait tulisan yang dicoret dengan izinNya tetap mendapat rahmat dan redha Allah. Moga Allah ampunkan jua bait tulisan yang mengundang kemurkaanNya.

PERJUANGAN


Bismillahiwalhadulillah...
Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Allah masih mengizinkan untuk jari-jari ini memetik keyboard laptop.Sudah agak lama blog ini tidak terusik dek kesibukan menjalankan projek fyp, walaupun hanya sehari tidak mengupdatekannya Tambahan pula, kemudahan untuk mengakses internet juga amat sukar .

MUHASABAH DIRI:PERTEMUAN KALI KEDUA


 
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Tatkala duduk-duduk termenung sendirian,secara tidak sengaja diri terpetik kenangan lampau.Waktu-waktu beginilah diri akan dibayangi dengan kenangan-kenangan silam.Waktu inilah dosa –dosa semalam ditayang-tayang di depan mata. Biarpun malu untuk melihat  keaiban diri sendiri, namun biarlah dosa itu ditayang di dunia, jangan dipamerkan di hadapan semua manusia kelak. Sungguh, takut untuk membayangkan pembalasanNya, namun bila teringatkan rahmat keampunanNya, hati jadi tenang.

LUAHAN HATI


wardah solehah 
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Coretan ini saya edit daripada blog seorang sahabat. Yang baik kita jadikan panduan.. Yang kurang baik kita jadikan sempadan.
****************
Salam..Selepas seminggu baru ana berkesempatan menulis tentang tajuk blog ana ni. Sebenarnya tajuk blog ni merupakan pertanyaan dari seorang sahabat ana. Kenapa buat blog yang banyak pasal muslimah sedangkan ana ni lelaki?

TAKE TIME TO THINK, AND SAY THANKS TO ALLAH


 
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pagi tadi tengah boring-boring saja buka berita online…dan terbacalah satu kisah,ada seorang pemuda itu yang mengalami kemalangan...kaki dia kena langgar dengan lori sampai hancur.

BEDAH BUKU:CIPTA SYURGA HATI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah, kerana atas segala nikmatMu, saya dapat meluangkan sedikit waktu sebelum melelapkan mata untuk mengupdatekan teratak laluan keinsafan agar ilmu ini dapat terus diabadikan di teratak ini sebelum ianya hilang dari kotak pemikiran. Nikmat yang tidak terhingga daripada Allah, alhamdulillah broadband dapat sedikit signal, walaupun agak perlahan tetapi cukuplah bagi saya untuk terus istiqamah berkongsi dengan sahabat pembaca akan sedikit ilmu buat vitamin malam kita bersama sebelum melelapkan mata. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua dan Allah redha akannya.Aminn.

APA ITU ISTI'AB??



Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pagi subuh ini, sekali lagi saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir, dan dalam masa yang sama berzikir.. bak kata orang.. fikir dan zikir..Semoga apa yang ingin saya kongsikan bermanfaat untuk kita semua, bukan sahaja peringatan sahabat-sahabat tetapi untuk diri ini juga., 
Dalam kita sibuk membina orang ataupun anak usrah, kadang-kadang kita terlupa. Diri kita juga sebenarnya perlu dibina.

KHALID AL-MISKI CONTOH TELADAN AR-RIJAL


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang sahabat pembaca  sekalian. Petang ini saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di laman iluvislam.com, sebuah perkongsian  khusus buat Ar-Rijal. Semoga bermanfaat.  Khalid Al-Miski adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, wara’, ikhlas, rajin bekerja, dan amanah. Dia seorang pedagang keliling kampung yang membawa barang dagangannya di atas kepala.

MENCARI TERLALU SEMPURNA



 
Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum w.b.t..
Mata saya agak ingin lelap waktu ini. Lalu, untuk mengelakkan masa yang terbuang akibat ketidakfokusan saya semasa menulis report lab, Allah s.w.t. menggerakkan sekali lagi jari jemari ini untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang dikasihi Allah sekalian. InsyaAllah, semoga Allah redha terhadap apa yang saya ingin kongsikan hari ni.. 

SIAPA PENGISLAH BUAT UMMAH???


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang diberikanNya. Rasa macam dah lama tidak mengupdate kan teratak laluan keinsafan ini, walaupun sebenarnya baru satu hari lebih tidak sempat mengupdatekannya kerana banyak masa harus diperuntukkan untuk menyelesaikan report  FYP, sudah semestinya kita kena utamakan yang utama dahulu. tanggung jawab kita adalah satu amanah. Malam ini, saya ingin kongsikan persoalan yang agak ringkas namun harus difikirkan oleh kita semua, kerana perkara ini amat penting untuk generasi akan datang sekiranya kita memandang perkara ini hanya remeh -temeh sahaja.

LIVER VS HATI


Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebaik selesai menunaikan solat Zuhur, saya bergegas ke museum Pathology  UKM bersama beberapa orang teman. Ada lebih kurang 52 jars (balang berisi organ-organ yang telah dijangkiti penyakit) menanti untuk di'belai' dan di'perhati' oleh kami sebagai persediaan report untuk fyp pada hari Selasa  depan (21 dec 2010). Seusai tiba di pintu museum, saya terus meluru ke arah rak yang pertama...

HIDUP UNTUK ISLAM


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Seandainya ditanya, sudah pasti ramai di kalangan kita yang mengaku bahawa dia MENCINTAI ISLAM... Ramai yang mengaku bahawa dia MENYAYANGI ISLAM... Ramai yang kata bahawa mereka akan MENJAGA KETINGGIAN ISLAM. Namun, apa buktinya??? Cukupkah sekadar kata-kata untuk membuktikan bahawa anda benar-benar MENCINTAI ISLAM???
Jadi apakah sifat-sifat mereka yang benar-benar HIDUP UNTUK ISLAM???

MERAIH IMPIAN


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullah sahabat-sahabat pembaca sekalian. Apa khabar sahabat di pagi jumaat yang mulia ini, moga-moga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Pagi ini, saya ingin mengajak sahabat untuk berfikir sejenak, adakah sahabat mempunyai satu impian? Apakah sahabat telah berjaya meraih impian itu? Fikir-fikirkannya, tapi sebelum itu, ingin sekali saya mengajak sahabat untuk mengembara bersama saya untuk menyelusuri "erti impian itu", ayuh kita mengembara sebentar dalam post ini ..

RAHSIA SOLAT DARI SUDUT SAINS


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat-sahabat.
Malam ini, mari kita selami rahsia solat dari segi sains agar kita lebih khusyuk dalam menunaikan ibadat solat kelak. Jom kita baca dan sama-sama kita fikirkan mengapakah kita perlu bersolat,....pasti ada hikmah di sebalik suruhan Allah. 
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HARI 'ASYURA


Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t.Hari ini 9 Muharram 1432 Hijrah. Esok 10 Muharram. 10 Muharram dikenali juga sebagai hari Asyura. Mesti ramai di antara kita berpuasa sunat pada hari ini. Time ni juga la mak2 kita buat bubur Asyura. Lain negeri, lain rasa dan bentuknya.

MUHASABAH DIRI: 5 ALAM YANG KITA AKAN LALUI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Selamat pagi. Pagi ini saya ingin berkongsikan sedikit perkongsian yang pada saya amat bermakna selagi kita bergelar insan.Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

TERSENYUMLAH WAHAI MATAHARI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkenaan matahari. Adakah kita semua sedar bahawa kita melihat matahari bukanlah kerana indahnya dan hebatnya pada penciptaannya, tetapi memandang matahari dengan sinaran yang penuh kemarahan membuak.Betul tak?? Saban hari, usahkan mahu tersenyum pada matahari, bukan mahupun diucapkan terima kasih pada matahari, apatah lagi memuji kebesaran  Penciptanya, memandang sahaja  pun tidak sudi.

WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET IT BACK!


Treat people the way you want yourself to be treated.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat ini. Seperti biasa, malam ini saya ingin kongsikan bersama sahabat pembaca sekalian berkenaan pengalaman saya dan teman saya sewaktu keluar ke bandar siang tadi. Moga-moga kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata hati kita, bukan sahaja menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat tetapi satu peringatan buat diri ini agar tidak mudah lupa.

JOM KITA CUBA PAKAIAN TAQWA!!


Bismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum w.b.t.
Acapkali sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, MID VALLEY, SUBANG PARADE, SACC MALL, OLE-OLE, GIANT dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya berjumpa dengan remaja melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri melayu. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, sekali pandang persis macam minah dan mat salleh. Rambutnya sudah berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt dan pakai singkat-singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih melayu. Kenapa ya?

BAGAIMANA PERANCANGAN KITA??


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca kalian, Apa khabar iman anda hari ini? Moga-moga ianya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Alhamdulillah, malam yang indah ini, saya telah melakukan beberapa lawatan ke teratak sahabat-sahabat saya. Banyak juga input yang saya peroleh dari mereka. JazakAllah khairan saya ucapkan pada mereka kerana sedikit sebanyak telah memberikan saya idea untuk menulis post kali ini. Ada yang saya sempat comment, ada yang saya sekadar membacanya dan menyematkan segala pesanan itu di hati, mudah-mudahan. Tapi saya terkesan dengan beberapa post yang saya baca. Dan di sini saya telah garapkannya sekali supaya kita dapat lihat. Oleh itu , mari sama-sama kita fikirkan..
******************************************************************************

PERKONGSIAN: MINUM KOPI MAKAN PASTA


Kopi dan Pasta. :-)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca sekalian. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di blog langit ilahi. Sama-sama kita fikirkan mesej yang disampaikan dalam perkongsian yang saya akan kongsikan ini..

Kopi dan Pasta. :-)
Orang tanya saya fasal copy paste artikel-artikel Langit Ilahi, wall-wall facebook saya, apa-apa saya tulis di Reader’s Page. Boleh atau tak boleh?
Boleh. Tak minta izin pun tak mengapa.

BERSIHKANLAH HATI KITA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .

MASIH ADAKAH LAGI ESOK UNTUK KITA???


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Saya beristighfar panjang. Cuba membuka mata dengan perasaan takut.Masih bernyawakah aku hari ini? Masih hairan. Syukur, mimpi cuma. Bagaimana kalau mimpi ngeri tadi adalah kenyataan? Saya tidak betah untuk menghadapinya. Kerana sebagai saudara seagama, saya tetap menyayanginya sesama manusia. Biarlah cerita lama diganti cerita baru. Biarlah mimpi ngeri ini hanya Allah sahaja yang tahu.

CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Bila mengulit buku Cinta Di rumah Hasan Al-Banna, saya terasa sesuatu. Adakala malu pada sikap diri sendiri. Alhamdulillah.Ya, saya telah mendapat kepuasan setelah habis menghadamnya sebentar tadi. Saya tidak puas,dan mahu mengulanginya kembali.

Dia, seorang daei yang paling sibuk,tidak hanya hebat dimata masyarakat,tetapi hebat juga dimata anak sendiri. Berkali-kali anaknya mengulang ayat begini,

INNI AKHAFULLAH


Apa yang dimaksudkan dengan khauf?
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kuat dan lemah khauf ini bergantung kepada keyakinan seseorang pada Allah s.w.t. Dan selain khauf yang disebabkan takut pada hukuman sebagaimana di atas, ada pula khauf yang disebabkan oleh kerana takut akan kebesaran dan keagungan sesuatu.

BICARA PAGI


Subuh 2 Muharam 1432H. 
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Musim-musim cuti begini, saya lebih seronok habiskan masa saya dengan teman baik saya iaitu buku. Tidak kisahlah ke mana sahaja saya melangkah, saya akan pastikan diri saya membawa  buku ,  buku catatan dan pensel. Jika ketika duduk di hostel dulu( zaman diploma ), hampir setiap malam, tidak kira musim imtihan atau tidak, hujan atau panas, berteman atau bersendirian, kegirangan atau kesyahduan, saya pasti ada di perpustakaan. Walhal sampai sekarang pun saya kerap menghabiskan masa di PTAR ataupun jika ada kerja hendak disiapkan saya berada di lab .

MUSLIMKAH KITA???


Demi Allah, engkau tidak melihat melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritikkan dirinya sendiri. Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya, seseorang yang berdosa itu akan terus melakukan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritikkan dirinya.
-al-Imam Hassan al-Basri-

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN



Hari ini 30 Dzulhijjah 1431H. Berapa detik sahaja lagi kita perlu berikan lambaian perpisahan kepada 1431H dan mengucapkan selamat datang kepada 1432H. Masa terus berlalu mengikut putaran alam. Manusia si pemakmur bumi adalah isinya, bahan bicaranya, agen perubah yang akan mewarnai perjalanan masa. Namun seperti biasa, kemunculan awal muharam dipandang sepi, sesepi kawasan perkuburan dan ketibaan tahun baru masihi dinanti-nantikan dengan penuh keghairahan.

MASALAH SEBAGAI BATU LONCATAN



Bismillah wa alhamdulillah..

Setiap manusia yang bernyawa pasti berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kira sama ada dia kaya atau pun miskin, tua atau pun muda, baik atau pun jahat, cantik atau pun hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Sebenarnya masalah itu sendiri adalah ujian yang Allah kenakan kepada manusia bagi memajukan diri. Kemajuan bermula daripada masalah. Yang membezakan kita adalah cara mana kita mengatasi masalah tersebut.

JANGAN JADI MANUSIA ROBOT


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Pagi ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian supaya berfikir dan sama-sama muhasabahkan diri kita dengan sedikit perkongsian yang telah saya bincangkan bersama teman-teman usrah saya dan digabungkan sedikit dengan pembacaan saya daripada kitab. 
Saya merujuk kepada manusia keseluruhannya termasuk diri saya. Manusia yang mana jelas faham siapa dirinya, matlamat dan tujuan diciptakan dirinya, dan tahu ke mana dia akan kembali. Bukan sekadar mereka yang berada di lane agama sahaja, tetapi semua sekali.

UNTUK SAYA, KAMU DAN KITA


~jom praktis~
Islam tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang ia tidak mampu tanggungi. Maka saranan Rasulullah itu cukup akrab dengan kita semua.Jika kita tidak mampu dan tidak pandai berkata-kata, kita boleh berdakwah tanpa kata-kata.

GO FORWARD YOUNG MUSLIM


Kemanisan terletak pada kesungguhan


“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)

p/s: semangat  projek fyp mungkin

SALAM AWAL MUHARRAM


Tahun Baru menyusul lagi..

Yang indah & baik tersemat sebagai kenangan..

Yang perit & buruk ditinggalkan dan diambil sebagai pengajaran..

Perindahkan lagi keimananmu..

Kukuhkan lagi benteng akidah dan pendirianmu..

GADIS BISU, PEKAK DAN LUMPUH.


Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

WANITA DARIPADA TULANG YANG BENGKOK



"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah mcm ni. Kerja pejabat akan terganggu."

MELAYU SEKARANG


Bismillahiirrahmanniirahim. Assalammualaikum w.b.t. 
# Perkongsian cerita seorang teman…

Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.

KIAMAT SEMAKIN DEKAT


Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini

KERANAMU SAHABAT SAYA BERBICARA


Pulang dari pagi ini terus terpa si pink..lembaran mushaf dibelek buat penenang diri. Teringat kembali kata-kata ibu..dah usaha, sekarang doa dan bertawakallah~ insya-Allah. semoga semuanya kan baik-baik sahaja.

Selesai..

Punat ACER ASPIRE 4736Z ditekan perlahan. Berbelas windows ym dari sahabat-sahabat memenuhi ruangan skrin.

Tertarik pada yang satu..kerana ianya datang dari sahabat yang jauh tapi dekat (jauh di mata, dekat di hati..insya-Allah).

TERUSKAN


Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Wa'alaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ke?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi…
Diri : Laa… Kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV… Jadi kami rasa terpinggir.

WAKTU SILIH BERGANTI



Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu?
Maka apakah kamu tidak mendengar?"

BERANI BERCITA-CITA BESAR



Bismillah wa alhamdulillah.Assalammualaikum w.b.t.
Secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air... masinnya tidak akan terasa langsung.Begitulah perumpamaan perbandingan di antara masalah dengan cita-cita. Masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.

DIRI INI MILIK ALLAH


Bismillah wa al hamdulillah
 Bila Allah cepat makbulkan Doamu
Maka DIA Menyayangimu
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu
Maka DIA Ingin Mengujimu
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu

PILIHAN DI TANGAN ANDA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Assalammualaikum w.b.t..Pagi tadi ana beli berus gigi, kononnya nak buat stok simpanan. Kebetulan kedai yang ana kunjungi tu hanya menjual beberapa jenis berus gigi sahaja (tiada banyak pilihan...). So nak taknak beli jugalah berus gigi yang berharga RM4.90..sebabnya boleh pilih samada nak yang lembut, biasa atau keras. 
Sampai je di rumah, ana pun belek-beleklah berus gigi tersebut. Iris fokus pada satu perkataan: Indicator(R) BRISTLES...

DI SAAT INI




Bismillah wa al hamdulillah

 ( Surah Al-Fajr ; Ayat 27-30 )
Yaa Ayyuhan nafsul mutmainnah

27. Hai jiwa yang tenang..
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
29. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,

30. masuklah ke dalam syurga-Ku.

MUJAHADAH HATI





 


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Assalammualaikum w.b.t...

Biarlah Dia Yang Maha Mengetahui dari segala yang mengetahui mengaturkan segalanya..

Biarlah Dia Yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang mentarbiyyah(mendidik) diri& hati ini...

Ya.. aturanNya sentiasa yang terbaik untuk hamba ini..
itulah keyakinan hasil didikanNya.

BUKAN MUDAH UNTUK MEMBERI



Bismillah wa al hamdulillah
Masih dalam mood ‘the Law of the Seed’

Sebentar tadi saya ke pondok Saiful Islam. Ada  nasihat ringkas dan padat untuk dikongsikan bersama:

“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia”

MUSLIM 24 HOURS




Assalamu'alaikum w.b.t.
As usual.. hamdan thoyyiban mubarakan fiihi 'ala kulli hal ..
The article from The Raise really makes me eager to write something here. Since the article was in English, let it be like that. I just love the way his/her words sound.

BEDAH BUKU: DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH



Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporakperandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam. 
Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh, jalan para ahli syurga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya: 

Surah An-Naba (78) - Hasan Bin Abdullah Al Awadh


KITA LEBIH KECIL DARIPADA KUMAN??DI MANAKAH KITA??



Bismilahirrahmanirahim...

"Iodine value is.....bla..bla..."

Mata dah mula terkebil-kebil, berapa kali saya menutup mulut untuk menguap. Kenapalah rasa ngantuk sangat time lecture food chemistry ini...huhu..,jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang.
Tak boleh jadi ni..saya cuba tegakkan badan dan memfokuskan pengajaran lecturer... Namun makin dipandang makin tekatup dan mengecil kedua-kedua belah mata ni...tiba-tiba saya teringat yang saya tak habiskan lagi membaca buku "Langit Ilahi" tulisan Hilal Asyraf yang saya bawa dalam beg..saya pun keluarkan buku tu..harapnya dapatlah hilangkan ngantuknya..

SURAH PENGHIBUR HATI KETIKA BERSEDIH



SURAH AL-KHAUTSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib

P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yang mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan hilang… mari beramal

MATA OH MATA !!


Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

SENYUMLAH WALAUPUN DIRIMU DISELIMUTI DUKA



Kata-kata hikmah :-
 Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
Bukan dari istanamu yang dari gading...
 
Manakala engkau tersenyum, sedangkan hatimu yang sarat dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. Janganlah ragu-ragu untuk tersenyum, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::