IBRAH SETIAP KEJADIAN
Alhamdulillah PKP mula terlihat bermakna minggu ini.
Bagi yang memang dari awal melihat ibrah ujian, ia lebih awal mengundang bahagia buat hati.
Yang terkemudian sedang merasa indah, terus mencari cara bagaimana untuk memperbaiki suasana.
Untuk perbaiki suasana;
1-Teruskan momen bersama suami Isteri dan anak anak melalui teguran, perbualan, aktiviti bersama. Setiap orang berbeza, usah ikut orang lain.
2-Perbaiki hubungan dengan Allah SWT melalui solat. Bersyukur dengan solat, hadapi ujian dengan sabar dan solat. Membaca dan memahami Alquran. Kerana di dalamnya ada kisah memujuk hati. Kisah yang menguatkan hati.
3-Perbaiki hubungan dengan manusia melalui infaq. Bersyukur dengan infaq. Dari bahagian kita cuma untuk makan 2 3 kali secara sederhana.
Jika makan 4-5 kali dengan hidangan mewah maka itu adalah hidangan untuk di sedekahkan bahagian itu berupa wang dan sebagainya.
4-Teruskan bersikap positif. Mungkin di luar sana memerlukan sokongan dan motivasi dari kita. Saling mendoakan.
Mudah mudahan semua langkah ini meraih redha Allah SWT lalu Allah izinkan, menyelamatkan kita dunia dan akhirat.
Allahul mustaan.
Allahumma solli ala Muhammad 
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 comments:
Catat Ulasan