DEMI MASA


Demi masa…kiTa bersiap sedia. Setiap detik tentu berlalu..takkan tunggu kita di belakang. Sentiasa bergerak xmampu kejar….sentiasa meninggalkan kita yang leka.  Masa selalu di depan…walau depan mata pun kita masih rasa ia sangat singkat.
Setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat suatu waktupun yang kosong dari tugas-tugasnya.
Apabila kelihatan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz terlalu letih kerana terlalu banyak bertugas, lalu seorang menasihatinya untuk menangguh pekerjaan ini ke hari besok. ‘Umar menjawab “Bagaimanakah pula jika kerja-kerjaku ini terkumpul dalam masa dua hari…!?Ibnu ‘Ata’ ada menyebut dalam kitabnya ‘Al-Hikam’:
“Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikannya. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?”   Bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Suruhan ini berdasarkan kepada sepotong hadith: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lama. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari! ”

Wahai jiwa-jiwa sekalian,
Setiap malam,sebelum merebahkan diri,sebelum melelapkan mata,sebelum diri diulit mimpi,bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri, “Adakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? Adakah sudah meningkat amalan solehku pada hari ini?”

Flashback kotak fikiran kita. Imbas kembali gerak langkah kita sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam kita dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini lebih baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tak kira sama ada amal itu berkaitan dengan urusan hablumminallah ataupun hablumminannaas.

“Tafakurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya denga pelbagai persoalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”-Imam Syafie
Saidina Umar al-Khattab selalu berpesan sewaktu pemerintahan beliau dahulu agar menekankan 3 aspek dalam kehidupan iaitu QIAM,JIHAD,MUHASABAH.

Sentiasalah pautkan hati kepada Allah kerana fitrah kejadian manusia tak lari daripada hidup ber’Tuhan’. Dialah satu-satunya Tuhan kita. Kepada-Nya kita berserah, memohon, bertawakal. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan-Nya yang sememangnya tak dapat dinilai dengan jari kita pun. Macam mana tanda kita bersyukur?? Antaranya, beribadahlah kepada-Nya sehabis baik..“wain ta’udduu ni’matallahilaa tuhsuuhaa..”

AYUH!!! DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ..

1 comments:

Mohd Azlan berkata...

saya teringat kpd ucapan saidina umar katanya,

'aku kurang tidur pada siang hari kerana takut urusan rakyatku tidak selesai. Aku kurang tidur pada malam hari kerana takut urusanku dengan Allah tidak selesai"....

thanx ingatan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::