Seorang nelayan yang hanyut di lautan telah terdampar di sebuah pulau yang kecil. Setiap hari nelayan itu memohon pertolongan kepada Allah. Setiap hari juga dia meninjau-ninjau kalau-kalau ada kapal yang lalu di situ dan dapat memberi pertolongan kepadanya. Setelah hampir seminggu dia berada di pulau itu namun tiada langsung kapal yang lalu. Dengan perasaan yang kecewa dan berputus asa, dia membina sebuah pondok dari kayu dan daun pokok sebagai tempat untuk dia berlindung. Barang-barang kepunyaannya yang dapat diselamatkan juga ditempatkan di dalam pondok tersebut.
Tiba-tiba tidurnya terganggu oleh bunyi sebuah kapal yang menuju ke pulau itu. Kapal itu datang untuk menyelamatkannya. Dia melambai-lambai ke arah kapal tersebut. Harapannya berbunga kembali dan ada riak-riak gembira di wajahnya. Timbul rasa hairan di hatinya, bagaimana pasukan penyelamat itu boleh tahu dia tersadai di pulau itu.
"Kami ternampak isyarat asap yang kamu hantar." Ketua penyelamat itu memberitahunya. Kini baru dia tersedar, di sebalik kejadian kebakaran yang memusnahkan pondok dan barang-barangnya itu rupanya telah membawa pasukan penyelamat itu ke situ. Dia sujud dan bersyukur.. Allah tidak mensia-siakan do'anya selama ini.
Biasanya kita mengeluh bila sesuatu kejadian buruk menimpa kita. Dalam keadaan tertekan dengan musibah yang Allah turunkan, kita mudah kecewa dan berputus asa. Dalam keadaan begitu, cepat pula kita hilang kesabaran...merintih dan meratap padahal di sebalik kejadian yang pahit itu, mungkin ada hikmah yang terselindung. Ada ketikanya Allah mengambil sesuatu yang berharga dari kita untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai dan menjadi keperluan kita. Mudah-mudahan hari ini, kita akan menjadi lebih bersabar bila ditimpa musibah kerana keyakinan kita bahawa.."ada hikmah di sebalik apa yang Allah tentukan walaupun ianya tersangat pahit untuk ditelan











0 comments:
Catat Ulasan