LEKA ,LEKUK ,KETUK


Assalamualaikum waramatuLLAH wabarakatuh…

Ucapan salam yang sering diucapkan kita. Namun erti di sebalik ucapan itu adalah doa yang paling bermakna di awal pertemuan. Afwan jiddan ( sorry yang teramat) bagi kehadiranku yang umpamanya `hot air ballon’ kejap timbul kejap sembunyi di balik awan.
 Mari kita bercerita, atas cuti yang sudah lama. Ana ingin kongsikan satu topik menarik.. mungkin ada yang kata *biasa-biasa*. Namun ada sahaja perspektif yang luar biasa barang kali.

Istiqamah.

Dari Abu Amr atau Abu Amrah ra; Sufyan bin Abdullah Atsaqafi r.a. berkata, Aku berkata, Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak akan menanyakannya kepada seorangpun selain padamu. Rasulullah menjawab, “Katakanlah, saya beriman kemudian istiqamahlah.” (HR. Muslim)

Saidina Abu Bakar r.a. menjawab, “Istiqamah adalah bahwa engkau tidak menyekutukan Allah terhadap sesuatu apapun.” (Al-Jauziyah, tt: 331).

Apa itu? Sekiranya di’google’, atau di ‘search’kan di mana-mana ada yang mendapat tahu istiqamah itu adalah konsisten, berterusan, melakukan sesuatu pekerjaan itu secara sungguh-sungguh tanpa turun kualiti pekerjaan itu. Namun di sebalik perkataan istiqamah itu terhimpun seribu satu makna.

Untuk menyimpulkannya menjadi sesuatu yang senang untuk difahami, biar ana analogikan ‘istiqamah’ itu seperti melafazkan kalimah syahadah. Kalimah yang syahadah yang apabila diucapkan itu bermakna seseorang itu sudah menjadi Islam. ( biasa dengar ini bukan?) Kalimah yang mempunyai 2 isi penting, namun sejauh mana, kita memahami dan berinteraksi dengan dua kalimah itu?

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah”

Kalimah yang ana, anta, anti, antumna semua ucapkan. Dan apabila seorang mat salleh itu ucapkan ada yang teriak “Wahh!!! Dia telah peluk Islam!” Lihat betapa seriusnya kalimah itu. Orang kita anggap dengan hanya kalimah itu,kepercayaan seseorang itu sudah berubah. Bertukar dari agama X kepada Islam yang murni. Mengapa? Bagaimana?

Kerana penghayatan kalimah yang diucapkan itu. Cukup mendalam. Untuk mengupas kalimah ini, boleh mengambil lebih sehari untuk diterangkannya. Bukan untuk membuktikan bahawa untuk menjadi Muslim itu caranya sukar. Bukan. Kerana Islam itulah agama yang cantik, keran ia menyediakan suatu jalan yang mudah untuk umatnya, selagi mana ia tidak membebankan umatnya, namun dalam memahami dan mempolori makna syahadah itu memerlukan pemahaman yang mendalam- kerana menjadi Muslim itu adalah sesuatu yang serius. Sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh.

Mana mungkin kita menjadi doktor yang suka-suka. Ertinya, “Saya jadi doktor, sebab nak gantungkan ‘stethescope’ ini di leher, nampak ‘smart’. Lepas itu, apabila datang kerja mudah-mudah seperti mengambil suhu pesakit, saya buatlah. Tapi, kalau sudah disuruh bedah ini atau itu, saya terus cabutkan ‘stethoscope’ itu, cabut kot putih saya dan t.i.d.u.r. Senang bukan jadi doktor suka-suka???”

Astaghfirullahiladzim…

Jadi sebagaimana mustahilnya menjadi doktor suka-suka, lagi mustahil menjadi Muslim suka-suka.

Entri kali ini tidak langsung berniat untuk berkata sinis, untuk memerli sesiapa, tetapi untuk mengingatkan yang leka, terutamanya, ana yang leka, kadangkala lekuk, dan sememangnya kena KETUK!!!

bukan apa, sudah hairan, dan sudah lebih hairan… dengan mereka yang menjadi Muslim “suka-suka”. Apabila anak dirasuk hantu, ada yang terus ambil wudhu’ untuk solat kepada Tuhan. Terus cari sejadah yang sudah berhabuk. Apabila tiba-tiba jatuh ‘bankrupt’, terus perginya masjid bagi pohon keampunan, itupun selepas melihat peta negeri di mana masjid yang terdekat. Bukannya ana nak mengatakan salah, namun, jikalau sudah berubah begitu, alangkah cantiknya, dan DisukaI Pencipta, jika kita beristiqamah dengan perubahan itu. Perubahan yang baik dan menuju keampunan dan rahmat Allah gitu… Apabila susah, kita cari-cari NYa, namun pabila senang, kita ‘ENJOY’ tanpa sekali hati terlintas pada Yang Esa.

Jika kita yakin kita Muslim, bukan Muslim ‘suka-suka’, janganlah leka dengan Allah. Kerana Allah tidak pernah leka dengan kita, hambaNya…

Beristiqamahlah… Berterusanlah dalam melakukan amal perbuatan.Jikalau solat itu ada lompong-lompongnya, simenkanlah ia agar tiada lompong. Jikalau solat itu sudah full lima, teruskan lima hingga nafas terakhir. Jika senyuman manis itu sudah jadi amalan harian, teruskan tersenyum kerana itu sedekah yang mendapat ganjaran… agar kita terus tersenyum apabila kain kafan membaluti diri…

WAllahualam…

- “Ku ingin jadi penghuni syurga, namun adakah diriku ini buat cara ingin masuk syurga? Ku tidak ingin mendekati

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::