BEDAH BUKU:BERCINTA SAMPAI KE SYURGA


...Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir dua hari laman ini kosong daripada sebarang post. Banyak sebenarnya yang ingin ana kongsi. Namun aktiviti yang menjauhkan dari dunia blogging ini menyebabkan laman ini sepi seketika. Namun seinfiniti terima kasih buat pengunjung yang setia di sini. Alhamdulillah kembara di tanah air dari selatan hingga ke seberang Malaysia mengajar erti hidup dalam memberi, menyayangi dan mengasihi.
Walaupun  masih mentah dalam pelbagai perkara, pengalaman dan nasihat kalian  mengajar mengemudi hidup ini. Terimalah ana seadanya dan tegurlah jika ada kesilapan di mana-mana..

Lewat kembara ini pelbagai isu dibincangkan. Isu kekeluargaan tak pernah sepi. Sedih memikirkan pelbagai masalah rumah tangga insan sekeliling. Impak dari keretakan rumah tangga membenihkan anak-anak yang kurang matang dalam menganalisa masalah kehidupan. Sukar menyalahkan sesiapa. Setiap manusia ada kekurangan. Cuma bagaimana manusia menyelesaikan masalah itu berbeza. Sungguh diri masih  belum berkahwin  tapi isu keluarga cukup membekas di dada. Tak kiralah skop apa, dari menjadi anak, bakal isteri, ibu dan sebagainya.

Hadir untuk melengkapi

Berjuanglah berbekal takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta,
hingga terkecap syurga dunia

Kehadiran Buku Aku terima nikah 2 - Bercinta sampai ke syurga, melengkap koleksi yang ada. Menjelaskan lagi bagaimana rupa rumah tangga, persediaan demi persediaan, pencerahan demi pencerahan, ujian demi ujian. Justeru tidak puas rasanya jika tidak membedah buku ini kerana ATN2 merupakan kesinambungan daripada Buku Aku Terima Nikahnya oleh Abu Saif.

“Permulaan yang baik bukan satu jaminan” pasti ini menjadi satu kegusaran besar buat bakal suami dan isteri. Maklumlah sudah pilih yang beragama, namun ini bukan jaminan. Nah, takkan kita sudah lupa. Allah akan uji hamba-hambanya. Ustaz Abu Saif mengolah subtopic ini dengan baik sekali. Segala-galanya berlegar sekitar CINTA dan TANGGUNGJAWAB. Kombinasi diperlukan.....

Dibentuk dan membentuk

Dua kalimah ini cukup terkesan apabila bait muslim dibincangkan. Walaupun ana jauh dari praktikalnya (membina keluarga sendiri) namun hidup dalam institusi kekeluargaan itu sudah. Banyak sungguh ujian, bukan..

“Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dgn berkata: ‘ Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi petunjuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-furqan : 74)

Medan rumah tangga bukan manis-manis belaka. Kepercayaan dan kesabaran itu penting. Badai datang bila-bila tanpa diduga. Sikap itu perlu dikedepankan dari cakap-cakap. Jika kita inginkan isteri, suami dan anak-anak yang soleh dan solehah serta bertakwa kita perlu meneliti sikap dan peribadi kita. Kita terlebih dahulu perlu menjadi orang yang bertakwa. Agama Bahtera Penyelamat. Itulah yang perlu diingatkan selalu.


Mengambil kata-kata Abu Saif dalam buku ini

“Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal mengapai awan.”

Cinta sahaja pun tidak cukup. Kalau dulu komitmen belum ada, tekanan bekeluarga pun belum. Tanpa kefahaman kita akan mudah tumbang. Justeru kita kena benar-benar menyiapkan diri dengan kombinasi cinta dan amanah keluarga. Ini lakaran pengalaman penulis buku. Maka medan praktikalnya nanti kita belum pasti bagaimana kita mengemudinya. Namun sedikit bekal ini moga Allah kira.

“Sebelum anda dibius cinta, soallah diri sejauh mana anda bersedia”

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::