
[credit to mr.google]
Bismillahirrahmanirrahim...
Novel setebal 722 muka surat. Jika pada pandangan pertama, tebalnya buku ni, bila la nak habis baca. Memang Allah itu mengikut sangkaan hambaNya kan. Saya membeli novel ini tahun lepas (2010) dan habis membacanya hari ini (2011). Justeru, jangan bersangka buruk dahulu sebelum membacanya! Selepas membeli tahun lalu, saya membaca 1/4 dari muka suratnya dan saya meninggalkan bacaan itu sehingga membacanya semula pada minggu lepas atas sebab ada yang perlu didahulukan dahulu.
Sarat dengan informasi, sejarah, pengajaran dan dorongan! Itu lah yang mampu saya katakan. Terlalu banyak. Antaranya Sejarah Moscow, Kem Pelarian Shabra & Shatila, Ejen Perisikan Zionis Israel di setiap penjuru negara dan secara tidak langsung saya merasakan Kang Abik telah mengajar dan membuka mata saya bagaimana caranya berhadapan dengan pelbagai golongan manusia dari pelbagai agama dan freethinker! SubhanAllah. Cara menjawab soalan - soalan cepu mas yang adakalanya tidak terjangkau dek fikiran.
Paling terkesan bagi saya bab 30 - Kau lah bayi Palestin itu. Tersentuh pada hati yang paling dalam. Tak dapat digambarkan bagaimana terseksanya pelarian Palestin di Kem Sharba & Shatila itu. Dan sungguh, hanya Allah sahaja pemilik mutlak HATI manusia! Biarpun sejahat mana seorang manusia, andai Allah mengetuk dan membuka hatinya kearah kebaikan, tiadalah dilambatkan walau sedetik. Sungguh, semuanya telah tertulis di luh mahfuz , sejak azali lagi. Rujuk surah Al-Hajj , ayat 70. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum pintu itu tertutup.
Bagaimana seorang lelaki mampu menjawab segala persoalan tentang ketuhanan. Menyedarkan orang ramai akan kewujudan Allah. Bukan mudah ,sungguh bukan mudah! Hanya dengan izin Allah, ianya akan berlaku.
Hasil membaca novel ini, saya dapat merasakan sendiri bagaimana susahnya menjaga IMAN tatkala hidup dalam suasana (Biah) sebegitu. Di negara barat yang mana menjadi kebiasaan melakukan hubungan zina sebelum berkahwin. Dengan sedikit pengalaman berada di Paris, cukup untuk lebih kurang seminggu, saya merasakan sesak nafas untuk terus berada di sana. Melihat perbuatan yang menjelekkan pandangan dan mengurangkan iman di dada, apatah lagi mereka yang terpaksa untuk berlama - lama di sana. Kalau bukan kerana Taqwa dan Iman pada Allah, tiadalah lagi namanya Islam di jiwa.Saya mengajak sahabat - sahabat yang belum membacanya untuk membaca dan menghayati. Semoga memperoleh manfaat daripadanya :)
Bagi orang yang beriman, di mana pun dia dapat sujud dan rukuk kepada Allah, maka dia telah menemukan bumi cintanya.Sesungguhnya dunia ini adalah bumi cinta bagi para pencinta Allah . Bumi cinta ini lah yang akan menghantarkan mereka ke bumi cinta yang lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu Syurga Allah.
Bumi Cinta yang sarat dengan pengajaran, nasihat dan dorongan.
Monolog hati : AlhamdulilLah berjaya menghabiskan 2buah buku untuk setengah bulan pertama cuti. Anda bagaimana? Jom pupuk sikap membaca! InsyaAllah kalau ada masa nak review buku kedua. Biiznillah :)
p/s: satu sahaja yang saya ingat pesannya. Pergilah kamu ke mana sahaja di bumi Allah ini, andai kamu menjaga Allah, pasti Allah akan menjagamu! Benarkan?
0 comments:
Catat Ulasan