SALAM I'DULADHA


Assalamualaikum 

Di sini,ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Detik mulia menjelma lagi, pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail diimbau kembali. Mengingatkan kita sejarah nabawi, agar tersemai abadi hamba sejati. Demi menggapai cinta ilahi...salam i'duladha...
We come from the four corners of the world
As brothers and sisters, mukminin mukmimat
The time has come to heed a call divine
Labbaikallahumma labbaik

To prepare for the coming of Akhirat
May we threat on the face of this world in barakah
The time has come the journey we must made
Labbaikallahumma labbaik

BAHAYA PUJIAN


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Syukur pada Allah atas kurniaanNYA. Masih lagi dapat kita hirup nikmat pemberiaanNYA. Dan apa yang pasti, syukur yang tidak terhingga padaNYA, masih lagi kita hidup dalam Iman dan Islam. Segala puji hanya selayaknya untuk Allah SWT.

TIDAK TERKENAL DI BUMI, TETAPI TERKENAL DI LANGIT


KISAH UWAIS AL QORNI (PEMUDA YANG BERBAKTI KEPADA IBUNYA
Pada zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai keluargai.Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembala pada waktu siang hari.

"BIDADARI DARI TIMUR"... NuKiLan istEri SeOrAng PeJuaNg


Assalamu'laikum wrh wbt...

 Semalam ana baru sahaja selesai mengembara bersama isteri seorang Tok Guru dalam buah tangan pertamanya bertajuk 'Bidadari dari Timur' bersama dengan seorang lagi penulis yang lain. Ana berjaya mendalami perasaan seorang isteri seorang pejuang Islam di mana beliau menceritakan serba sedikit tentang perjalanan rumahtangga beliau bersama dengan insan yang disayanginya itu.

MUDAHNYA MENGELUH, SUKARNYA UNTUK BESYUKUR


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan

KISAH SI PENJUAL TEMPE



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA


“Aku minta pada Allah setangkai bunga mawar yang segar,dengan harapan ia bakal menyinari hari-hari terindahku,tapi DIA beri sepohon kaktus kecil yang berduri.Ku minta seekor kupu-kupu cantik menjadi temanku,tapi diberiNYA ulat bulu yang berbisa.Aku sedih,hampa dan kecewa.Namun kemudiannya,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu itu menjadi kupu-kupu yang amat cantik."

CARILAH REDHA ALLAH


Muhasabahku dalam meniti hidup yang penuh warna:

Tidak semua manusia akan berpuas hati dengan keputusan mahupun tindakan kita. Apa yang kita lakukan, di hadapan atau di belakang kita kadang-kadang akan menerima kritikan orang lain. Jika tindakan kita benar atau haq, manusia yang anti kepada kebenaran akan mengkritik kita. Apatah lagi jika tindakan kita batil, tentulah lebih ramai yang membencinya.

UKHUWAH FILLAH


Sesungguhnya sebaik-baik teman itu adalah teman yang sering mengingatkan kita samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri dan sahabatnya kepada Allah. Wahai sahabat, sesungguhnya diri ini insan yang lemah. Ingatkan daku tikaku leka, tenangkanlahku tika aku bersedih, pujuklah daku tika aku hampir berputus asa dengan tarbiah-tarbiah dan janji-janji syurga Allah agar kita dapat bersama-sama menuju ke syurgaNya. Amin

JEMPUTAN DARI ALLAH


Ketika membaca kolum “isu” yang bertajuk “memanjangkan nyawa” dalam majalah Solusi isu yang ke-5, saya amat tertarik pada ungkapan yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang berbunyi:

Jemputan ke arah kebaikan singgah secara tiba- tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba- tiba berbisik “sampai bila aku harus jadi begini…”. Kata Hukama’, “Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan tuhan ke daerah kebaikan”
.

PEMBINAAN SEMULA


Salam mahabbah buat semua pengunjung teratak MENITI LALUAN KEINSAFAN... insya-Allah, blog ini dalam proses pengubahsuaian reka bentuk... semoga pelayar2 teratak ini mendapat manfaat dari teratak yang serba kurang ini... insya-Allah



S.A.B.A.R Berbaik Sangkalah dgn ALLAH


Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kpd RABBUL 'ALAMIN atas    nikmat hidup yg masih diberikan kpd kita.Selawat dan salam ditujukan kpd Rasulullah s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda yg tidak pernah knl erti jemu dlm menyampaikan risalah ISLAM sehingga kita dpt merasai dua nikmat yg terbesar ini, nikmat IMAN & ISLAM..Sentiasalah berdoa kpdNya agr kita sentiasa diberikan kekuatan utk menjaga 2 nikmat yg terbesar ini sehingga kita dipanggil pulang oleh ALLAH.

DI SEBALIK CINTA DAN TAWAKKAL


Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya menulis artikel ini dalam perjalanan dari Madinah menuju Mekah. Saya datang menyertai rombongan Majlis Agama Islam Perlis bersama dengan Yang Dipertuanya, Raja Muda Perlis.

Setelah pulang dari UK, saya dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Perlis yang dahulu saya berada dalamnya atas kapasiti Mufti. Sekarang saya berada dalamnya atas individu saya sahaja. Majlis Agama Islam Perlis membuat lawatan kerja ke beberapa negara; Saudi, Mesir dan Tunisia.

Rasanya hampir dua tahun saya tidak ke Madinah dan Mekah.

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIIL


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah berfirman;
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(Surah Al-Insyirah: 5-6)

Tempohari, ada seseorang datang dengan mata yang bengkak kepadaku. Mengadu sangat tertekan dengan pelbagai hal yang melanda dirinya. Dia bagai kehilangan arah kerana katanya selalunya setiap kali dia stress, teman lelakinya akan menenangkannya & memberinya pelbagai solusi untuk menangani tekanan yang beliau hadapi.

MASIHKAH ADA LAGI???


"Kakak... kalo adik dah besar nanti kan, adik nak jadi pemimpin seperti 'Umar Abdul Aziz'!

..........................................................................................................................................................................

MasyaAllah,  betul-betul terharu di atas kata-katanya.. sambil memegang buku karya Abdul Latip Talib... Bagiku budak sekecil itu pasti sudah seronok dan riang ria bermain di padang permainan bersama kawan-kawannya...

ku cuba mula mengingati, kisah Umar yang pada ketika itu Umar Abdul Aziz adalah khalifah pada zaman bani Umaiyyah yang sebelum ini sudah 7 pemimpin yang memerintah pada zaman itu dan kemudian diturunkan wasiat oleh khalifah Sulaiman kepada Umar Abdul Aziz.

LEKA ,LEKUK ,KETUK


Assalamualaikum waramatuLLAH wabarakatuh…

Ucapan salam yang sering diucapkan kita. Namun erti di sebalik ucapan itu adalah doa yang paling bermakna di awal pertemuan. Afwan jiddan ( sorry yang teramat) bagi kehadiranku yang umpamanya `hot air ballon’ kejap timbul kejap sembunyi di balik awan.
 Mari kita bercerita, atas cuti yang sudah lama. Ana ingin kongsikan satu topik menarik.. mungkin ada yang kata *biasa-biasa*. Namun ada sahaja perspektif yang luar biasa barang kali.

PENGISLAMAN ABU DARDA'


WAHAI orang-orang beriman, masuklah ke dalam agama Islam seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. (al-Baqarah: 208)

ABU Darda' merupakan seorang seorang lelaki yang kuat mengamalkan ajaran menyembah berhala. Apabila isteri Abu Darda' tidak melihatnya, Abdullah bagaikan pencuri segera memasuki bilik penyembahan Abu Darda'. Abdullah mengambil kapak yang tersimpan di dalam bilik itu lalu menghampiri berhala milik Abu Darda' yang amat disayanginya itu. Kapak itu diangkat setinggi-tingginya lalu dengan deras Abdullah menghayun kapak itu ke arah berhala Abu Darda'

KURANGKAN KETAWA,BANYAKKAN MENANGIS


Ustaz Zainudin Hashim
Mon Apr 27, 09 10:59:19 am MYT

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

BICARA PAGI YANG INDAH


Assalammualaikum wbt.

Pagi yang indah ini, sempat-sempat ana mengupdate blog..sebagai pedoman dan tatapan si pembaca.. 
Kisah ini terjadi di sudut pasar Madinah Al-Munawwarah (bandar yg bercahaya)..Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah duduk seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

SALAM 'IDULFITRI 1431H


Ramadhan telah pergi meninggalkan kita..Adakah ianya memberikan satu impak yang sangat bermakna buat kita??renung2knlah amalan dan segala ibadah yang telah kita lakukan selama sebulan yang lepas...muhasabahlah diri kita..moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa..dan mndapat ganjaran seperti yang telah dijanjikn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::