bismillahirrahmanirrahim.
salam aidil adha...kpd pengunjung2 blog ni.....
Sempena kedatangan idul adha pada hari yang mulia ni(penghulu segala hari)..saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa itu erti pengorbanan...Pengorbanan itu bukan sekadar melakukan ibadah korban semata-mata...dengan menyembelih haiwan ternakan , tetapi mencakupi skop yang sangat meluas..pada pendapat anda..apa itu pengorbanan???
"PENGORBANAN"...ape pengorbanan kita setakat ini..?? dan kpd siapa anda berkorban...kekasih hati?? erm...??..
Jika kita kata...pengorbanan kita kepada kekasih hati,,,apakah ini erti pengorbanan sebenar...Contoh:berkata seorang laki kepada kekasih hati nya(maaf..ini adalah satu contoh..tak de kena mengena dengan sesiapapun)..."ala..i sanggup berkorban ape saje demi u..walaupun terpaksa meredah laut gelora"...apakah ini erti pengorbanan sebenar..
Istilah pengorbanan mempunyai skop yang sangat meluas yang mencakupi segala aspek dalam kehidupan harian kita sebagai seorang muslimin ataupun muslimat.
Jadi untuk merungkai persoalan ini...saya cuba bertanyakan pandangan kawan-kawan saya(actually ,cuma 2 orang je yg memberikan respon)...salah seorang kawan saya di UKM,,yang saya bahasakan dia dengan panggilan "adik"-:"apa erti pengorbanan pada diri adik".Dan yang seorang lagi di uitm.Berikut adalah jawapan yang saya dapat ...yang berbeza antara satu sama lain-: jawapan drpd kawan usuluddin['Pengorbanan banyak maknanya ..cth pengorbanan seorang ibu untuk membesarkn anak2nya.Pengorbanan yg jelas adalah ditunjukkan oleh Siti Hajar ketika berulang alik dr Safar dan Marwah bagi mencari air buat minuman Nabi Ismail..Bagi adik..pengorbanan itu satu perkara yang baik yg dilakukan oleh seseorang manusia dgn pelbagai ujian yg diberikan oleh Allah"]...dan ini jawapan daripada kawan akaun["Berikan sesuatu kpd org lain..cthnya,harta,tenaga dan masa"] .Ops ,.Maaf disini bukan maksud saya untuk membezakan pandangan yng saya perolehi drpd dua org yg berbeza pendpat.....Syukran kpd kedua-dua kawan saya ini....Ya, kedua-dua pendapat ni memang membawa maksud 'apa itu pengorbanan '..Kerana apa yang saya telah katakan pada awal tadi..pengorbanan itu sendiri->skopnya sangat meluas...Hmm,..Ok,berbalik pada soalan kita.soalan yang mengundang banyak pendapat..Oleh itu ,di sini..saya ingin kupaskan sedikit sebanyak ape yg saya dengar dari rancangan "Bercerita bersama Ustaz Zamri"....
apa itu pengorbanan??Jika kita hayati bait2 lirik lagu 'Berkorban Apa Saja' yang dipopularkan oleh P.Pamlee dan dinyanyikan balik oleh kumpulan nasyid yang tidak asing lagi=Rabbani..
"Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia"
Apakah yang kita faham tentang erti pengorbanan???apakah pengorbanan kita selama ni.??...erm ape ye...Sudah tentulah, kita tertanya2 pada diri kita kan??..jawapan yang mudah adalah pertamanya kita seharusnya berkorban kepada Allah s.wt.,kemudian kepada ibu bapa kita,kaum keluarga..masyarakat..tetapi segala apa yang kita lakukan hendaklah kerana/demi Allah...dalam erti kata lain.. kita hendaklah..berkorban hanya untuk Allah dahulu ,baru kepada ibu bapa kita ,misalya kita berkorban kpd ibu bapa kita kerana Allah yang menyuruh kita berbuat begitu.Betulkan??.. Sebenarnya skop pengorbanan kepada Allah...salah satunya mencakupi sifat sabar dalam ketaatan:-sebagai contoh dalam menunaikan solat fardhu lima waktu ,kita lakukan nya dengan penuh kesabaran dengan adanya tertib dan tuma'ninah..jika solat yg kita lakukan ,ditunaikan tanpa kesabaran,sudah tentulah.solat kita ibarat keretapi ekspress kerana nak cepat habis(hehe betulkan)...jadi inilah dinamakan pengorbanan kerana Allah...jadi di manakah pengorbanan kita sebagai hambaNYa..,yang kedua ..sabar dalam meninggalkan perkara2 maksiat :- (Ini pendapat Qatadah. Menurut as-Syaukani melalui tafsirnya, Fath al-Qadir berkata: “Yang dimaksud sabar, ialah kamu mintalah pertolongan dengan menghalang jiwamu dari pada mengikut nafsu syahwat dan hanya melakukan ketaatan, di samping menghalang dari pada terkena perkara yang menyakitkan.)Kita mengaku diri kita adalah hamba Allah..tapi kita masih lagi melakukan maksiat2 kepada Nya..apakah itu sepatutnya??...jadi kita seharusnya berkorban untuk meninggalkan segala larangan Allah...apa yang Allah larang dan murka ,hendaklah kita jauhinya..tanda kita sanggup berkorban keranaNya.,yang ketiga ....sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.:-kita hendaklah sanggup mengorbankan masa kita untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah...Kita juga korbankan sedikit harta kita dengan memberi sedekah dan zakat kepada yang berhak.Ini pun dinamakan satu pengorbanan juga . Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 272 :
﴿ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ فَلأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُوْنَ إِلاَّ ابْتِغَآءَ وَجْهِ اللهِ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ تُظْلَمُوْنَ ﴾ البقرة : 272
Maksudnya : “… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”...
Tetapi perlu kita ingat,. melakukan pengorbanan demi./kerana Allah memerlukan keikhlasan dalan hati kita..Tiada gunanya pengorbanan tanpa keikhlasan..ia samalah seperti menjirus air ke daun keladi(eh betul ke ,peribahasa ini)..kesabaran dalam keikhlasan ini adalah satu pengorbanan kita kepada Allah ....dalam erti sebuah pengorbanan sebenar..
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ وَ للهِ الْحَمْدُ
Semoga Allah menggolongkan kita semua termasuk di kalangan orang-orang mukmin yang bersifat sabar, sanggup berkorban kepada Allah dan juga bersifat khusyuk. Amin....Semoga dengan kedatangan 10 zulhijjah ini ,dapat membuka mata kita untuk melakukan pembaharuan dalam hidup kita dengan melakukan pengorbanan kepada Allah s.w.t....serta ibubapa kita..dan kepada masyarakat..Keputusan di tangan anda,,terpulang pada anda untuk menentukannya...
p/s;-Minta maaf jika apa yang saya tuliskan di sini salah..jika ada sebarang kekhilafan(silap)..sila betulkan saya di ruang komen;,,kerana saya sebagai hamba Allah yang lemah,.acapkali melakukan kesalahan..sekian..
Semoga bermanfaat.Wallahu musta'an
Sumber rujukan :http:masjid/KhutbahAidilAdha.htm
0 comments:
Catat Ulasan