SECUBIT PEMBERIAN KITA
Assalammualaikum w.b.t.,kepada pengunjung2 blog sekalian,,kali ni saya ingin kongsikan sedikit cerita …walaupun tak berat sangat tapi moga2 ia akan membawa manfaat…
“seorang pekebun membawa seikat buah rambutan untuk dipersembahkan kepada raja.Lalu masuklah dia ke istana secara menyelinap di celah-celah para pembesar ,para bangsawan dan hartawan yang membawa bermacam-macam hadiah istimewa dan mahal-mahal.
Raja berasa senang hati dan gembira dengan pemberian pekebun itu , seperti juga dia senang dengan pemberian yang lain-lain. Lalu raja menganugerahkan dia dengan pakaian dan memberikannya penghormatan .Bukankah ia satu kurniaan dan kemurahan raja yang sangat besar ?..Jika pekebun itu kemudiannya mengungkit-ungkit pemberiannya yang hanya berupa seikat rambutan yang dianggapnya besar itu dan lupa pada jasa raja,besar kemungkinan dia dianggap gila ataupun mengada-ngada…betul tak??
Jika dibuat perbandingan dengan kita adalah:
-Apabila waktu tertentu ,kita hanya sanggup mengerjakan sedikit ibadah ,misalnya solat tahajud 2 rakaat…tapi Allah s.w.t tetap memberikan kita nikmat,nikmat yang tiada tandingannya…iaitu nikmat Islam..rezeki melimpah –ruah,dapat menyedut udara tanpa sebarang bayaran…adakah kita menyedarinya…adakah kita sebagai hambaNya bersyukur dengan nikmat kurniaan dari Allah …namun bila kita diduga dengan segala macam dugaan ,kita mula mengungkit-ungkit kembali ibadah yang tidak seberapa itu…
Kita harus sedar bahawa betapa ramai hamba Allah lain yang menghidupkan malam dengan ibadah yang jauh lebih baik dan lebih ‘lebat’ daripada kita… contoh:- para wali Allah ,para muttaqin dan siddiqin menghidupkan malam dengan penuh khusyuk ,tawaduk,penuh ikhlas ,penuh rindu dan taqwa kepada Nya.Sedangkan kita hanya mengerjakan solat 2 rakaat,walau diusahakan sebaik mungkin,sama sekali tidak akan menyamai kualiti solat para hamba Allah yang benar bertaqwa tadi…Malah jika difikirkan ,tidak layak untuk dipersembahkan kepada Allah yang Maha Agung..
Nak tahu kenapa….
-Apalagi jika solat 2 rakaat itu dilakukan itu tidak dari hati yang ikhlas ,berbaur dengan sifat mazmumah dan diucapkan oleh lisan yang kotor..Jadi,bagaimana ia layak untuk diterima oleh Allah..?? Namun begitu,Allah itu Maha Penyayang Maha Pemurah,tetap juga memberikan nikmat kurniaanNya kepada kita…
Fikir-fikirkan…..apakah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya…walaupun ditimpa dengan pelbagai dugaan??
Sumber rujukan:Majalah ANIS
SECUBIT PEMBERIAN KITA
Izza-rumah
0011(29/11/09)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan