A : A,result dah keluar!
B : yeke?bila?
A : baru je tadi . cepat check..
B : ok,cuak pulak~
(seketika kemudian,si B pun cek keputusan final exam nya)
A : dah ke?camne? dean list ?
B : erm,sedih la. tak dapat sem ni,sikit je lagi. kalau U lain dah dapat dah. Tapi uitm nak 3.5 kan.. :'( . A dapat ke?
A : alhamdulillah. xpe,la tahzan. innallaha ma'i ;) . sem depan boleh cuba lagi. dean list bukanlah yang utama. yang penting deen list kita. jom sama2 muhasabah diri. Ni ada artikel utk sama - sama kita baca dan fikirkan.
B : Syukran :). InshaAllah, sama - sama kita usaha utk dapatkan dean list dan deen list sekali gus.
A : InshaAllah ^__^
"Seringkali merasa diri kurang bersyukur atas semua nikmat yang dikurniakannya. Maafkan diri ini ya Rabb..."
Bangga bukan apabila kita dinobatkan sebagai pelajar dean list? Mana tidaknya, antara ratusan pelajar yang menuntut dalam fakulti tersebut, kita Berjaya menggondol title dean list. Apatahlagi, ianya menjadi satu tradisi di UiTM, kesemua pelajar dean list bagi setiap semester akan dianugerahkan sijil penghargaan oleh dekan di hadapan semua pelajar . Wah! Sudah pastinya mereka menjadi pujaan pelajar-pelajar baru ini.
DEEN LIST?
“ deen list macam mana? dapat?”
Aduh, bagaimana pula hendak mendapat deen list yang ini? Kalau orang bertanya kita bagaimana boleh dapat dean list, mungkin ada antara kita yang boleh senaraikan hampir semuka kertas tips-tips kejayaannya.
- baca topik sebelum ke kelas
- tumpu perhatian ketika lecturer mengajar
-buat note lepas habis lecture
-buat discussion dengan kawan-kawan
-aktif dalam kelas dan rajin bertanya pada yang arif
Hah, itu baru sedikit yang saya berikan. Mungkin anda yang lebih cemerlang, mampu memberikannya lebih. Menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran menjadi tuntutan dalam Islam. Sehingga Rasulullah bersabda :
“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”
Begitu sekali Islam mengagungkan ilmu! Sehingga lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang cukup ternama dengan kesemua lapangan ilmu. Tidak kira ilmu perubatan, matematik, fizik, juga lapangan ilmu fiqh, hadith, tasawuf dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi, Al-Biruni, Al-Razi, Al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim dan ramai lagi ilmuwan islam yang lain. Mereka ini bukan sahaja layak dinobatkan dean list tetapi juga mereka sangat unggul dalam deen list.
Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, ramai yang berkejar-kejaran ingin mendapat dean list tetapi tercicir dalam mendapat deen list. Kita bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam menghadap buku. Boleh dikatakan kita adalah tetamu tetap perpustakaan. Buku apa yang kita tidak pernah baca, hampir kesemua tulisan ‘author’ kita hafal. Tinggal lagi soalan peperiksaan tidak keluar semua topic, jika tidak segala macam ilmu dapat dimuntahkan. Wah, tahniah saya ucapkan kepada mereka ini kerana mempunyai stamina study yang begitu hebat.
NAMUN SAYANGNYA..
Mana hilangnya stamina untuk skor deen list? Jika solat lima waktu tidak pernah cukup sehari, jika Al-Qur’an sudah berhabuk terperosok di dalam almari, jika majlis agama dianggap tempat membuang masa, jika hati terasa lelah untuk membuat ibadah , maka kitalah orang yang paling gagal dalam hidup. Adakah kita fikir Tuhan yang memberikan kejayaan dalam pelajaran adalah berbeza daripada Tuhan yang kita memohon doa dalam solat?
“ janganlah kamu bersedih hati sedang kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang yang beriman”- al-tanzil-
Begitu Allah mengangkat darjat orang yang teguh imannya! Jadi, adakah janji Tuhan sebegini adalah dusta?
Apa yang lebih menyedihkan saya apabila seseorang yang mengikut tarbiyah dan usrah, masih lagi beralasan ‘hendak studi’ bagi meminta excuse untuk tidak hadir usrah. Adakah janji Allah untuk merahmati mereka yang menghadiri majlis ilmu adalah janji yang palsu juga? Adakah ada Tuhan lain yang memberi rezeki kepada mereka?
Firman Allah :
“ walau berkumpulnya seluruh umat di alam ini untuk memberi kebaikan padamu, maka ianya tidak akan berlaku melainkan dengan keizinanNya”
Mungkin ada juga yang mempersoalkan :
“dia tu tak lah alim pun, tapi asyik skor dean list je”
Anda pernah mendengar kisah Firaun? Kisah Qarun? Begudang-gudang harta dan kemegahan Allah kurniakan kepada mereka sedangkan mereka kufur dengan nikmatnya . Namun Allah masih jua melimpahkan mereka dengan harta dan kekayaan. Inilah istidraj! Nikmat yang diberikan kepada mereka untuk lebih menyesatkan lagi mereka. Nauzubillah!
Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh daripada golongan yang disesatkan dengan nikmatnya.
“dan kami pecahkan mereka di dunia menjadi beberapa golongan ; di antaranya adalah golongan yang soleh dan golongan yang sebaliknya, dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran- al-a’raf: 168
KESIMPULAN
Andai ingin dianugerahkan dean list biarlah juga kita cemerlang untuk mendapat deen list. Masih ramai mereka yang baik agamanya namun masih cemerlang dalam pelajaran. Inilah contoh nikmat yang Allah anugerahkan buat mereka yang syukur dengan pemberiannya. Namun andai anda masih belum Berjaya, berusahalah untuk memperoleh deen list kerana anda lebih Berjaya daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal mendapat tempat dalam menempah syurgaNya!
Moga Allah juga menganugerahkan deen list kepada kita! (",)












0 comments:
Catat Ulasan