Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..
Setelah seminggu jari ini menyentuh keyboard demi mengupdate blog, akhirnya Allah bagi juga aku kesempatan untuk pos entri kali ini, walau dalam keadaan assignment yang masih belum disiapkan ....
Pedihnya! Pahitnya...!
Itulah ungkapan pertama yang menggambarkan perasaan kita apabila diuji oleh Allah. Kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesakitan, kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesedihan, kadang kita diuji dengan ujian berupa kematian dan lebih pedih lagi apabila kita diuji dengan ujian kesenangan dan keseronokan yang boleh melalaikan kita.
Namun, setelah melaluinya, sama ada kita sedar mahupun tidak, pelbagai hikmah terkandung di sebalik segala ujian yang menimpa kita.
Manisnya..! Mungkin itu pula yang kita rasa. Rasa kemanisan dalam ujian...
Satu hikmah yang ingin saya highlightkan di sini ialah, apabila diuji, sebenarnya Allah ingin berikan peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Allah ingin kurniakan kita perasaan seronok beribadah kepada-Nya. Dan Dia ingin buat kita rasa kemanisan berada dalam cinta-Nya.
Subhanallah! Cantik sungguh perancangan Allah.

Oleh itu sahabat-sahabat, yakinlah kita bahawa..
Di sebalik ujian itu, pasti terselit hikmahnya
Di sebalik kepahitan itu, pasti terselit kemanisannya
Dan di sebalik kegelapan itu, pasti ada cahaya di hujungnya
Maka carilah ia agar kita tidak kecewa...
~Berteduh Di Pohon Cinta~











2 comments:
bersama yg susah....pasti terselit yg mudah
sesungguhnya memang benar... setiap ujian yg datang semakin mendekatkan diri ini kepada Allah.. semakin dirasakan manis apabila berzikir padaNya.. beribadah padaNya.. semakin rindu... Ya Allah.. Kuatkanlah hati aku.. tabahkanlah hatiku.. ~Terus berusaha mencari Cinta & Redha Ilahi~
Catat Ulasan