INGATAN BUAT DIRI DAN SAHABATKU..
salam mahabbah, salam mawaddah...salam sayang buatmu wahai sahabatku, yang bergelar 'WANITA'..
ada sesuatu yg ana nak kongsi pada HARI ni..
Cuba kita sama2 perhatikan sekeliling kita sekarang..
..
cuba kita renung-renungkan....
adakah kita sudah cukup selesa dengan LABEL ISLAM....
yang hanya pada nama...
bukan pada paras rupa mahupun pakaian kita..
paras rupa yang asli sudah diubah..
dicukur kening , dan sebagainya hanya untuk ...
MENYERLAHKAN KECANTIKAN DAN KEAYUAN kita....
wahai muslimat sekalian....
adakah itu tanda dan buktinya keayuan dan kecantikan kita...
adakah itu semua boleh menjamin kita sebagai perempuan terayu dan tercantik di dunia dan di akhirat ......
bila kita berpakaian.....
kita sering mengatakan, "aku dah tutup aurat dah ni..."
"aku pakai baju, aku pakai seluar, aku pakai tudung, aku pakai kasut , jadi aku dah tutup aurat la.."
sebenarnya macam mana kita nak buktikan yang kita dah tutup aurat...
adakah kita benar-benar faham apa yang dianjurkan oleh ISLAM ??
adakah kita tahu apa rahsia di sebalik kite menutup aurat??
adakah pernah kita fahami mengapa kita perlu manutup aurat??
kita cuba selami..
cuba kita fikirkan ..
sekiranya kite menutup aurat seperti yg digariskan oleh syara'...
insyaAllah..akan kurangnya gejala sosial...
insyaAllah..akan kurangnya gejala sosial...
akan kurangnya masalah lahirnya anak luar nikah..
akan kurangnya penzinaan...
kerana apa??
kerana sebenarnya kita sendiri yang mengundang semua itu apabila kita tidak menutup aurat..
seolah-olah kita sengaja menunjukkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka berkeinginan untuk berzina..
cuba kita bayangkan..
sekiranya kita menyarungkan plastik yangg kecil pada sebiji nangka yang besar...
adakah kita tetap akan dapat lihat saiz dan bentuk buah nangka itu ??
kalau plastik itu tersangatlah kecil, tentulah akan terzahir juga sesetengah bahagian dari buah nangka itu..
betul atau tak??
kalau terzahir sesetengah tempat, ianya dikira tertutup dengan baik ke tak?
kalau terlalu ketat, tentunya kita akan nampak bentuk buah nangka itu dengan sepenuhnya..
betul atau tak??
kalau betul..
cuba kita bayangkan..
bila kita pakai seluar yang ketat tu...agak2nya nmpak tak saiz kaki kita...
bila kita pakai tshirt yg ketat tu...agak2nya nampak tak bentuk badan kita..
bila kita pakai selipar tanpa stokin..agak2nya nampak tak warna kaki kita..
kalau nampak...
maksudnya sama sahajalah kalau kita tidak berpakaian..
kenapa, kerana bila pakai atau tak, sama sahaja pada zahirnya...
betul atau tak??
wahai wanita...
kenapa kita hendak zahirkan kecantikan dan perhiasan kita
pada orang yang bukan layak ...
mengapa kita menzahirkan segalanya pada semua orang..
tanpa segan dan silu..
adakah mereka suami kita??
sedangkan kita tahu..
yang hanya layak memiliki kita, hanyalah mereka yg benar-benar layak..
jadi, kenapa kita perlu menzahirkan semuanya pada yg tidak sepatutnya..
kita tunjukkan segalanya ..kecantikan luaran MAHUPUN DALAMAN !
adakah kita NAK MENJUAL DIRI ?
adakah kita semurah itu wahai wanita..
adakah KITE MENJUAL DIRI KRN KITE RASE KITE PERLUKAN TEMAN??
kalau itulah yg kita rasa, memang maruah kita hanya sifar..0.0..dan 0 noktah..tiada nilainya lagi..
NILAIKANLAH MARUAH ANDA KERANA IA MEMANG TERAMAT BERNILAI WAHAI WANITA..
Ana mencintaimu wahai sahabat..
kerana ALLAH..
Ana menyayangimu wahai sahabat..
kerana ALLAH..
Ana juga mengasihimu wahai sahabat..
kerana ALLAH..
Berubahlah wahai sahabatku..
sama-sama kita perbaiki diri kita..islah nafsak..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 comments:
Catat Ulasan