“Ok guys..today we will learn about cocoa production and chocolate making”..ucap Pensyarah Food Processing ana, Dr. Cheow.
Ana dan rakan sekelas mula tekun menadah ilmu yang akan dicurahkan oleh pensyarah.
“dah habis untuk hari ini..Next class kita sambung lagi,”.Akhirnya kelas yang menarik berakhir jua.
“Erm, chocolate making.Coklat tu sedap, enak dimakan, digemari oleh semua lapisan umur. Menjadi kegilaan kaum nisa’, tapi untuk mendapatkan coklat yg sedap tu, sukar juga nak process supaya mendapat kualiti coklat yang sedap. Patutlah coklat tu mahal,” ana bermonolog sendirian.
Tiba-tiba, dengan izin ALLAH, terbit sesuatu dari pemikiran seorang insan kerdil ini.
“Coklat sedap, manis, lemak berkrim, harganya mahal. ITULAH IMAN KITA!!
Untuk mendapatkan kesedapan dan keenakan coklat itu, biji koko perlu melalui process-proces yang sukar, process yang memeritkan. Difermented (penapaian) bersama yeast sehingga baunya agak tidak enak, kemudian dikeringkan dan dipanggang di dalam ketuhar. Selepas itu dipecahkan (crushing) semata-mata untuk mendapatkan coco mass yang berada di dalam biji koko, selepas itu pula, cocoa mas dikisar , kemudian dibahagikan pula nilainya sama ada akan dijadikan coklat ataupun serbuk koko, dan akhirnya, jadilah serbuk koko yang tidak berapa sedap untuk dimakan terus dan juga coklat yg berkualiti, enak sekali untuk dinikmati.”
Subhanallah..Itulah gambaran iman kita yang ALLAH ilhamkan melalui pembuatan sepapan coklat yg enak lemak berkrim tersebut.
Kenapa agaknya ana menghubung kaitkan iman dengan sepapan coklat itu?
Oleh itu, marilah kita selusuri pembuatan coklat yang ana pelajari serba sedikit dari course yang ana ambil di kampus, food Tech.
***********************************************************************************
The cocoa beans
Flow chart processing of cocoa
- Fermented and dried cocoa beans:
Ferment the cocoa beans
Biji koko yang diperoleh dari buah koko yang terpilih, digaulkan dan dicampur bersama yeast untuk membenarkan process penapaian (fermentation). Setelah beberapa hari, biji koko akan berubah warna dan berbau sangat tidak enak.
-Manusia,setelah di lahirkan, maka dia bercampur di dalam masyarakat yang berbilang masalah,berbilang kemungkaran.Jika salah didikannya, terikut-ikut dengan keadaan sekelliling yang bermasalah.
Cleaning the cocoa beans after fermented
Biji koko tersebut kemudiannya dibersihkan dari yeast dan bau busuk tersebut dan di panggang.
-Manusia tersebut berasa sesak dengan kemungkaran, lalu perlahan-lahan dia insaf dan membersihkan diri dengan taubat nasuhah
Dan bermulalah ujian keimanan yg ALLAH tetapkan untuk hamba-hambaNYA untuk membuktikan nilai keimanan hambaNYA
Roasting the cocoa beans
Cocoa mass
Setelah dipanggang, biji-biji koko tersebut dipecahkan pula untuk mendapatkan cocoa mass dan cocoa nibs. Cocoa mass akan digunakan untuk menghasilkan cocoa powder dan chocolate, manakala cocoa nib akan diexclude (buang) kerana sudah tidak berguna .
Setelah diberi sedikit ujian, maka hatinya berbelah bahagi sama ada ingin meneruskan perlumbaan memperoleh nilai keimanan yang tinggi atau sekadar berhenti setakat itu sahaja. Dari sini, manusia akan dibahagikan. Ada yang sanggup untuk meningkatkan lagi nilai keimanan. Ada juga yang gagal di ujian pertama di dunia. Lalu tersungkur semula.
- Milling(Chocolate liquor)
Cocoa mass dihancurkan di dalam alat mill (alat penghancur) dan dikenakan suhu yang tinggi sehinggakan menjadi chocolate liquor yang likat dan sekata dan sedia untuk process seterusnya.
Manusia yang terpilih tersebut dikenakan lagi ujian yang mencabar.Dirinya sering dipandang pelik kerana tidak seperti manusia lain. Sering dimarahi dan diperli ketika melakukan nahi mungkar (mencegah kemungkaran). Dipulaukan oleh rakan-rakan biasa yang tidak memahami erti sebenar iman itu. Dikenakan suhu yang tinggi terhadap hatinya supaya hatinya cair dengan sentiasa mengingati ALLAH. Air matanya sering cair menangisi dosa-dosa lalu.
- Addition of sugar,Flavour,milk,Cocoa Butter,etc
Chocolate liquor tersebut kemudiannya ditambah dengan gula, susu dan koko butter untuk menambahkan perisa dan keenakannya dan untuk meningkatkan kualiti chocolate yg akan dihasilkan.
Manusia itu layak digelar muslim yg sejati. Ditambahkan lagi perisa dirinya dengan amalan-amalan yang di ajarkan Al-quran. Aqidahnya adalah aqidah yang benar, yang tersimpul rapi di dalam hati. Akhlaknya ditanam dengan benih-benih iman dan taqwa, pemikirannya ditambah dengan ilmu-ilmu tauhid yang agung, bibirnya sentiasa mengukir senyuman tika ujian menjelma, lidahnya sentiasa berzikir, akalnya sentiasa memikirkan kebesaran ALLAH.
- Mixing , refining ,Conching and tempering
Setelah ditambah susu, gula dan sebagainya, chocolate tersebut dicampurkan, digaul bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati. Conching, ialah membiarkan sebatian tadi diblow sehingga 12 jam untuk menyeragamkan kepekatan dan bahan-bahan lain.
Akhlak islamiah, aqidah yang kukuh, ayat-ayat al-Quran yang dijadikan amalan, sunnah-sunnah rasulullah s.a.w dijadikan pedoman, sifat zuhud, taqwa, qanaah yang tersemadi, akhirnya dicampurkan sehingga menjadi sebati di dalam darah daging seorang muslim.
Setelah melalui process yang panjang dan sukar, akhirnya coklat yang sedap Berjaya di hasilkan. Marilah kita menikmati keenakannya!!
Alhamdulillah, muslim itu telah mendapat kemanisan iman setelah menjalani beberapa process ujian dari ALLAH. Subhanallah, manisnya iman itu , enaknya rasanya, sehinggakan muslim yang beriman itu sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih cinta ALLAH. Tiada siapa yang dapat mengantikan cinta-NYA di hati sang muslim yang benar-benar beriman itu. Walupun ditohmah ketika berjuang, walaupun terkadang dirinya lemah , tapi dia terus melangkah kerana di sebalik langkah itu, terdapat seribu kemanisan dan keenakan iman. Dan dia percaya, tiada sebenar-benar kebahagiaan di dunia melainkan bahagia di akhirat. Tiada nikmat yang agung selain nikmat iman dan islam.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah apabila disebut nama ALLAH, gementar hatinya, dan apabila dibaca ayat-ayat-NYA kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada ALLAH sahaja mereka kembali”-(Surah Al-Anfal:2)
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan-Nya, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan”-(Surah At-Taubah:20)
0 comments:
Catat Ulasan