TANGAN & MATA


Satu hari mata menangis,teresak-esak...
Air mata pun...membasahi pipi..
Tangan pun mula bergerak ...
Mengesat air mata yg turun...
dan mengusap mata yg kemerahan..
Menenangkan mata...
Mata bertanya pada tangan..
Kenapa tangan sangat baik pada mata?
Padahal mata, sangat jauh dengan tangan...?

ISTERI SOLEHAH BIDADARI RUMAHTANGGA


Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

SEBENTAR LAGI KU AKAN PERGI


Masa tidak pernah menunggu manusia. Sama ada sedar ataupun tidak, semakin kita meninggalkan masa lalu semakin dekat pula kita dengan janji Tuhan dan kenyataan bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai sakitnya kematian... "Masa dijanji pasti tiba, ku kan dijemput ke sana..." ... Persoalannya, sudahkah diri bersedia menghadapinya???... Mendengar perkhabaran pemergian insan2 yang baik agamanya dan mempunyai akhlak yang mulia, aku jadi insaf sendiri. Mereka insan hebat!!! mudah2an Allah menempatkan mereka ditempat yang selayaknya...

PEDIHNYA,PAHITNYA...MANISNYA..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Setelah seminggu jari ini  menyentuh
keyboard demi mengupdate blog, akhirnya Allah bagi juga aku kesempatan untuk pos entri kali ini, walau dalam keadaan assignment yang masih belum disiapkan ....
Pedihnya! Pahitnya...!


Itulah ungkapan pertama yang menggambarkan perasaan kita apabila diuji oleh Allah. Kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesakitan, kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesedihan, kadang kita diuji dengan ujian berupa kematian dan lebih pedih lagi apabila kita diuji dengan ujian kesenangan dan keseronokan yang boleh melalaikan kita.

GOLONGAN MANAKAH KITA,,WAHAI MUSLIMAH???


Terdapat dua golongan orang-orang yang memakai tudung. Satu seperti sebuah akuarium, dan yang kedua, seperti sebuah sungai.

Hah? apa maksud sebuah akuarium? Cuba kita perhatikan. 'Akuarium' menurut kamus bermaksud sebuah tangki untuk menyimpan ikan hidup. Biasanya, akuarium ni tertutup. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan habuk atau cicak masuk ke dalam akuarium lalu merosakkan kecantikkan akuarium itu. Kalau kita perhatikan, akuarium ni tak boleh ditutup penuh, kena ada lubang-lubang udara untuk membolehkan pertukaran gas yang amat penting buat kehidupan ikan.

MENGGAPAI CINTA SEJATI



::Nota penulis:-NUR::‘Ya Allah, izinkan aku untuk mencintai-Mu melebihi segala yang ada di dunia ini. Izinkan aku mencintai orang yang mencintai-Mu. Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu… Kaifa ad’uka wa ana ana, ya Wadud. Wa kaifa aqta’i raja’i minka wa Anta Anta ya Rahman. Amin Ya Rabb’

PAGI YANG MENAKJUBKAN



Ya Allah,
Sesungguhnya waktu dhuha ini waktu dhuha Mu,
Kecantikan ini kecantikan Mu,
Keindahan ini keindahan Mu
Kekuatan ini kekuatan Mu,
Kekuasaan ini kekuasaan Mu,
dan perlindungan ini perlindungan Mu,

KE MANAKAH AKU????


Berita yang kuterima pagi tadi amat menyentap perasaanku,aku menangis ya Allah,,,,apakah ku akan sekuat dan setabah setitis embun dalam menempuh musibah dunia sebegitu rupa..sangat menginsafkan..ya Allah,,kuatkan dan tabahkan hati ku ni tika menerima berita sedemikian..ya Allah,,hambaMu ini terlalu lemah ..padaMu hamba bergantung harapan..tabah hati ku ini..,,
@ku kembali memuhasabah diriku yang fana ini.andai aku mati pada saat ini..di manakah aku akan diletakkan?? di syurgaNya yang agung ataupun di nerakaNya yang menggerunkan.nauzubillah min zalik..aku insan yg lemah lg hina dan aku amat bergantung harap padaNya.adakah Dia akan terus redha dgn apa yg aku lakukan...atau..

SALAM PERJUANGAN KEYBOARD



assalamualaikum,

salam perjuangan keyboard... bunyinya agak lucu... pada mulanya ana ingin menaip "salam perjuangan pena" , tapi apabila akal ana menyampuk dan mengingatkan jari-jari ana sedang ligat menari di atas kotak-kotak comel yang bernama keyboard (lebih layak lagi ; papan kekunci ), lalu ana pun menaip "salam perjuangan keyboard" ....

MUHASABAH DIRI ini


Rasulullah telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. Kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian masih hidup niscaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat." [Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad (4/126), Abu Dawud, no. 4607, At Tirmidziy, no. 2676 dan beliau mengatakan (hadits ini) hasan shahih, dan Ibnu Majah, no.44, Ad Darimiy, (1/44-45). Al Bazzaar berkata: Hadits ini Tsaabit Shahiih. Ibnu Abdil Barr berkata:(darjat) hadits ini seperti yang dikatakan oleh al Bazzaar, Jaami’u Bayaanil ‘Ilmi, hal. 549.]

DI SAAT IA DATANG


Kematian Itu Pasti Datang,,

Bismillahirrahmanirrahim,,

Kematian itu pasti, Adanya. Ia ibarat “pintu”, setiap orang pasti akan memasukinya. Ia juga laksana “gelas”, setiap yang bernyawa pasti akan ‘merasainya’. Hakikat ini telah dinyatakan di dalam Kitabullah, “Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (surah Ali ‘Imrân [3]: 185).

BEDAH BUKU: MELAKAR CINTA FIRDAUSI


Aima Insyirah, gadis yang berasal dari Malaysia menabur bakti di bumi Palestin. Berlatar belakangkan pergolakan Palestin, Aima Insyirah tetap tersenyum membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Namun pada saat seluruh hatinya ditujukan untuk Palestin, ada serpih hatinya yang tertinggal di Malaysia.Naufal Mustaqim, kenalan lama kembali berhubung dengan sejuta harapan kebahagiaan.

KISAH MENYAYAT HATI DI SEBALIK PENAWANAN KAPAL MAVI MARMARA


http://ms.langitilahi.com/semasa-perkongsian-bersama-relawan-ll4g-yang-baru-dibebaskan-1
http://ms.langitilahi.com/semasa-perkongsian-bersama-relawan-ll4g-yang-baru-dibebaskan-2

JANJI ALLAH ITU PASTI


Demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka[1], orang-orang itu berkata: “Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.” Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya.
surah AlKahfi,  ayat 21

'Ila..Matta...?????



Bismillahirrahmanirrahim...
'Ila..Matta...?'

Di atas bahtera yg meredah samudera,telah gugurlah sejumlah manusia.Dari pelbagai benua mereka datang untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dan menghulurkan bantuan kemanusiaan...,mereka berlayar di atas kapal-kapal dalam misi untuk meringankan kepungan ke atas orang2 tua,wanita dan anak2...,tindakan mereka ini disanjungi oleh para pemerintah negara ummat islam.Para pemerintah inbi bersorak keriangan dengan mengatakan bahawa mereka yg berada di atas kapal pembebasan untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza adalah para pahlawan...Erdogan(Perdana Menteri Turki)adalah yg paling banyak melaungkan bahawa hari untuk memecahkan kepungan kian hampir,maka bergembiralah wahai Gaza!!!

CIK TENANG DAN CIK TABAH


Selamat Bermujahadah...
Allah hanya beri sesuatu ujian yg mampu kita lalui..

"Bertaqwalah kpd Allah & Allah akan mengajarmu...
Ijazah itu alat, risalah itu matlamat..."
 ****************************************

Next week:Ada meeting dengan Dr Norizzah..nk discuss -proposal "Extraction Fish Oil"
Two week next:Due date utk antar..sbb nak dapat grant.
Dalam masa 2 weeks kena baca  lebih kurang 100 buah journal..

PERKEMBANGAN LL4G



Khaibar! khaibar Ya Yahud..
Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud...

Ramai blogger hari ini mengutarakan cerita yang terjadi hari ini... Peristiwa yang ternyata menyentak deria ANA sendiri walaupun mungkin sudah menjangka sesuatu akan berlaku..

Sesungguhnya hanya Allah yang memberi kekuatan kepada semua ahli rombongan dan dengan izin-Nya juga rombongan akan selamat tiba di Gaza.. Amin..

DEAN LIST ATAU DEEN LIST????BANGGAKAH KITA?


Bismillahirrahmanirrahim...


A : A,result dah keluar!
B : yeke?bila?
A : baru je tadi . cepat check..
B : ok,cuak pulak~
(seketika kemudian,si B pun cek keputusan final exam nya)
A : dah ke?camne? dean list ?
B : erm,sedih la. tak dapat sem ni,sikit je lagi. kalau U lain dah dapat dah. Tapi uitm nak 3.5 kan.. :'( . A dapat ke?

MUDAHNYA NAK CARI ISTERI SOLEHAH


"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."

SATU TITIK HITAM


""HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::