BEDAH BUKU: TRAVELOG SYAHADAH


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau berikan.
Alhamdulillah masih diberi keizinan dan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu dalam teratak keinsafan ana nie. Berdoa semoga terus menerus untuk istiqomah dalam menulis hatta sesibuk mana pun diri ini.

HALAQAH ITU


Bismillahirrahmanirrahim..
Halaqah usrah kami petang tadi, terasa ada kekurangan. Tidak seperti selalunya. Bukan kerana kurangnya penyampaian, tapi kesan dari kurangnya ahli yang hadir. Selalunya kedatangan penuh tercatat dalam buku rekod. Namun, kehilangan beberapa orang sahabat yang sememangnya menjadi pelengkap pada setiap kali perjumpaan, sangat kami rasai.

WALAUPUN SEKALI...


Bismillahirrahmanirrahim..
Pujilah diri sendiri...
Biar rasa dihargai...
Walaupun bukan dari orang lain yang sering tidak mengerti...
Pujilah diri sendiri...
Bukan untuk berasa mulia sekali...
Cukuplah sekadar memotivasikan diri...
Bahawa diri sendiri sangat berpotensi..

BEDAH BUKU



Bismillahirrahmanirrahim...
dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir . ( surah ar-rum ayat 21)

BEDAH BUKU: DIARI SUFI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, berkesempatan juga menghabiskan sebuah diari kecil yang bernama “ DIARI SUFI”, karangan Siti Munazakiah. Buku ini sangat bagus dibaca dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Memandangkan ia merupakan sesuatu yang dipanggil diari maka bentuk penulisannya seperti dairi juga lah. Sahabat2 tidak akan bosan membaca sebab rasa macam kita bermonolog dalaman sendiri.

SALAM AIDILFITRI 1432H





Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah! Kau izinkanlah diriku hambaMu yang lemah
tidak berdaya ini untuk bertemu dengan RamadhanMu yang akan datang,
izinkanlah juga orang-orang yang aku kasihi dan sayangi
merasai nikmat Ramadhan bersama lagi.

SYUKUR...SYUKUR..



Syukur... syukur... syukur 
Ya Allah
Syukur...alhamdulillah...

Ucaplah alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah

AMALAN SOLAT TAHAJUD


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

JOM BACA




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.. lama betul tak update kat blog nih...
kali ini nak kongsi satu infomation @ crita menarikla.. tersenyum sendirian baca cerita ni..tapi ana lupa mana ana dapat cerita nih.. coz dia ada tersimpan dalam MYdocument in my laptop..=) seronok baca nye.. semoga leh bermanfaat ..iNsyaAllah...=)

BEDAH BUKU:BUMI CINTA




[credit to mr.google]
Bismillahirrahmanirrahim...
Novel setebal 722 muka surat. Jika pada pandangan pertama, tebalnya buku ni, bila la nak habis baca. Memang Allah itu mengikut sangkaan hambaNya kan. Saya membeli novel ini tahun lepas (2010) dan habis membacanya hari ini (2011). Justeru, jangan bersangka buruk dahulu sebelum membacanya! Selepas membeli tahun lalu, saya membaca 1/4 dari muka suratnya dan saya meninggalkan bacaan itu sehingga membacanya semula pada minggu lepas atas sebab ada yang perlu didahulukan dahulu.

JALAN DAKWAH


(P/s:sebelum mendengarkannya,sila pause /stop kan music di ruangan halwa telinga ye)
Salam perjuangan buat semua. Panas dan hangatkan musim ini dengan keimanan dan siraman taqwa. Supaya sejuk hati kalian . Jom perbaiki diri dan perkasakan peribadi.
ps:: Kalau ada program best inform ya..

BEDAH BUKU:BERCINTA SAMPAI KE SYURGA


...Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir dua hari laman ini kosong daripada sebarang post. Banyak sebenarnya yang ingin ana kongsi. Namun aktiviti yang menjauhkan dari dunia blogging ini menyebabkan laman ini sepi seketika. Namun seinfiniti terima kasih buat pengunjung yang setia di sini. Alhamdulillah kembara di tanah air dari selatan hingga ke seberang Malaysia mengajar erti hidup dalam memberi, menyayangi dan mengasihi.

JALAN DAKWAH BUKAN JALAN MUDAH


(p/s:sebelum mendengarkannya. sila stop/pausekan muzik nasyid di ruangan halwa telinga)

MENGUKUR CINTA KITA



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di dalam Kitab Hayatus Shahabah halaman 524-525, diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'ad bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa'ad. Keduanya mulai berdoa. Sa'ad

SENTIASA MENOLONG


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

WAHAI MUSLIMAH


Bismillahirrahmanirrahim..
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak kamulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih.

DAKWAH PART 2


 
Bismillahirrahmanirrahim..
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk beribadah..Insya Allah. 
Masih ingat lagi  cerita yang saya keluar ke Times Square dengan sahabat-sahabat ketika masih di UNIKOP dulu. Kali kedua kami keluar hanya bertiga. Sayangnya , ramai sahabat yang sudah kembali ke rumah masing-masing tetapi ada juga sahabat yang sibuk dengan urusan untuk mendapatkan mahar ke Syurga.

BEDAH BUKU-BAB 4: KHALIFAH ILAHI


Bismillahirrahmaniirahim.
Sri Damansrara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kucing putih bertompok coklat menjerit. “Allahuakbar!” Naufal Mustaqim terkejut. Kasihan dia tengok si kucing menjerit kesakitan. Mana tidak sakit, bila ekornya dipijak. “Maaf tompok, aku tidak sengaja.” Bisik Naufal Mustaqim sambil mengusap kepala tompok. 'Meow.' Si Tompok merengek meminta simpati.Naufal Mustaqim bersandar pada kerusi kepenatan. Begitulah rutin hariannya, pulang ke rumah pukul 10 malam setiap hari. Fikirannya jauh menerawang memikirkan keadaan umat Islam di

BEDAH BUKU: KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH



Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama-tamanya saya bukanlah orang yang pandai mengulas sesuatu buku mahupun kenyataan. Sekadar berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat serta mengisi teratak laluan keinsafan ini


Namanya mahsyur dalam lipatan sejarah, Namun sejarahnya jarang diketahui umum.

BEDAH BUKU-BAB 3: SI CILIK, AMMAR


Bismillahirrahmanirrahim..
"They kill my sister! I want to kill them!”
Aima Insyirah terkejut melihat seorang budak lelaki berusia lapan tahun memegang pisau dan menjerit-jerit dalam keadaan separa sedar. Dia membaca laporan kemasukan budak lelaki itu:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::