Dalam melaksanakan tugas seorang pemimpin, kita haruslah memahami terlebih dahulu akan pengertian tugas seorang pemimpin. Semua insan di muka bumi ini idamkan seorang pemimpin yang cerdik,baik, amanah, bertanggungjawab, memahami perasaan dan menyampaikan sesuatu yang baik.
Sifat-sifat Rasul harus diterapkan dalam diri seorang pemimpin
Shiddik...(benar)
apabila bicara ia benar,
apabila berkata ia betul,
melakukan perkara yang baik.
amanah..
bila diberi kepercayaan dan tanggungjawab,
dilaksanakan dengan baik,
mengambil berat akan tanggungjawab yang dipikul,
adil dalam laksanakan pemerintahan
fathonah...(bijak)
berfikiran cerdas dan pantas,
menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak,
pemimpin yang bijak membentuk ummah yang unggul.
Tabligh...(menyampaikan)
sentiasa menyuruh kearah kebaikan,
membimbing yang lemah,
dakwah tujuan utama,
menunjukkan contoh yang baik.
ingatlah...
Menjadi pemimpin merupakan tugas yang mudah, tetapi melaksanakan tugas
sebagai pemimpin yang telah diamanahkan Allah dengan pelbagai tanggungjawab,
itu amat berat untuk dilaksanakan dengan betul. Menerima, menjaga dan
melaksanakan amanah ini perlu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh kerana
tugas ini amat berat dan akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
p.k.kuliah ppismp
P/S:post ini ana tuju buat sahabat jauh ana,,yang menjadi salah seorang pemimpin..semoga sahabat ana ini sentiasa istiqamah dalam perjuangannya..untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini..
0 comments:
Catat Ulasan