Jangka masa yang di ambil untuk membina jauh lebih sukar dan lama daripada tempoh masa meruntuh. Jika 20 tahun diperlukan untuk membina, tak mustahil dalam masa 2 hari saja digunakan untuk proses meruntuh. Contohnya, bangunan yang tinggi mencakar langit sudah pasti memakan masa yang lama untuk dibina lengkap dengan konkrit yang kukuh dan batu bata yang teguh..namun, mudah saja dan sekejap saja ingin meruntuhkannya..mungkin dengan satu letupan bom..dan mungkin juga dengan langgaran pesawat seperti yang pernah berlaku pada 11 september dulu, yang telah menghancurkan bangunan World Trade Centre, New York.
Sejarah pernah mencatatkan bagaimana Islam begitu gemilang suatu ketika dahulu dan pernah menjadi satu kuasa besar dengan mampu menguasai 2/3 dunia dengan nur Islam diterima oleh semua lapisan ummat..ini menunjukkan bukan mudah Deen Islam itu menapak..memakan proses membina yang agak lama..tapi runtuhnya khilafah Islam dan suramnya nur Islam tidak memerlukan masa yang lama, cukup dengan kehadiran syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia berjaya meruntuhkannya sehingga ummat Islam kini dipandang rendah.
Terukir sudah sejarah bagaimana begitu mudah Kamal Atartuk menukarkan wajah turki dengan pemerintahan sekularnya sehinggakan dihapuskan sistem khalifah, mengharamkan pemakaian yang mempamerkan imej Islam, serta pelbagai lagi usaha men‘sekular’kan Turki, dan yang Paling kemuncak adalah apabila Perlembagaan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan bahawa “ Islam adalah agama rasmi Turki”. Artikel ini telah diganti dengan artikel lain dalam Perlembagaan Turki pada 1937 yang menjelaskan dengan rasmi bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Segala kegemilangan Islam yang dibina bertahun-tahun lamanya berjata diruntuhkan dengan mudah dengan menukar wajah Islam sekaligus pada negara yang pernah berpusatnya Daulah Islam.
Itu sejarah dahulu, bahkan kini juga begitu..mudah saja proses meruntuh dan menghancur bila jiwa insan dalam kelalaian dan jati diri ampuh. Jelas benar, meruntuh memerlukan masa yang sedikit cuma. .makin membimbangkan saya bila teringat sebuah firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :-“ Dalam hati mereka itu ada ‘penyakit’, lalu Allah tambahkan lagi ‘penyakit’, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
Nauzubillah..minta dijauhkan..bimbang dan gusar andai kita sudah terbiasa dengan maksiat, Allah akan tambahkan lagi lalai dan lagho dij iwa yang akan membuatkan kita makin jauh daripada rahmat dan maghfirahnya. Tika itu, kata nasihat sudah menjadi ibarat mencurahkan air ke daun keladi.
Kita hamba yang selalu lupa, dengan segala nikmatnya..kita selalu menjadi hamba yang derhaka.Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rahman, mafhumnya :-
(1.) (Tuhan) yang Maha pemurah, (2.)Yang Telah mengajarkan Al Quran. (3.)Dia menciptakan manusia. (4). Mengajarnya pandai berbicara. (5).Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (6).Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya. (7).Dan Allah Telah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan). (8).Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. (9).Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (10). Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). (11).Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. (12).Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. (13).Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
{ Ar- Rahman :- 1-13}
Kita dikurniakan aqal yang mampu menilai baik dan buruk..nikmat ALLAH tiada bandingan..tapi, kita yang sering mendustakan! Bukan menjadi insan yang membina..tapi menjadi insan yang meruntuh..
apa jawapan saya di depan Allah nanti.. apakah saya hanya menangis dalam hati dan mulut terkunci rapat untuk menyatakan yang makruf dan mencegah yang mungkar??
Tidak..tidak..dan tidak.. saya tidak ingin menjadi hamba Allah yang gagal membina insan..gagal membina peribadi..serta gagal membina kefahaman Islam..minta Allah jauhkan saya daripada menjadi hamba yang sebegitu. Biarlah apa yang saya runtuhkan adalah mazmumah..apa yang saya runtuhkan adalah kejahilan..dan apa yang saya runtuhkan adalah kelamnya kezaliman. Ya Allah..bantu hamba-MU ini..
~ BINA nur ISLAM, RUNTUHkan kelamnya KEBATILAN !!












0 comments:
Catat Ulasan