Sayangnya ALLAH pada wanita...


Kaum feminis menyatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak


6. Wanita wajib taat kpd suami tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataan)??? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan??? itulah bandingannya dengan seorang wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tek perlu diserahkan kepada suamiinya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isterinya dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oelh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALlah du muka bumi ini, dab matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid..
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 orang lelaki ini.
Suaminya, ayahnya, anak lelaki dan saudara lelaki. seorang wanita boleh memasuki pinti syurga melauli mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja:
1. Solat lima waktu
2. Puasa dibulan ramadhan
3. Taat pada suami
4. Menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALlah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...demikian sayangnya Allah pada wanita. Renung-renungkanlah...

-Perempuan yang mlabuhkan pakaian dlm keadaan berhias( bkn utk suaminya jga muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya.
-Salah 1 tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya.
-Dikahwini wanita itu kerana empat prkara, hartanya,keturunannya,kecantikannya dan kerana agamanya,maka carilah yg Kuat berAgama nescaya kamu beruntung.
-Tidak akn putus ganjaran dari Allah kpada seorang isteri yang siang mlam menggembirakan suaminya.
-Tiap2 wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah masukkan ke dalam Syurga dahulu dari suaminya kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau2an Syurga utk turun ke Mahligai suaminya dan menghadapnya.
-Sebaik2 wanita ialah isteri,yang apabila kamu memandangnya ialah meggirangkan kamu,jka engkau mmerintah dituruti perintah engkau,jka engkau berpergian di jaga harta engkau dan dirinya.


Allahuakbar,agungnya dirimu wahai insan bernama wanita...
Allahuyassirwayatakobbal..Amennn Ya Rabbii.
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::