CARILAH REDHA ALLAH


Muhasabahku dalam meniti hidup yang penuh warna:

Tidak semua manusia akan berpuas hati dengan keputusan mahupun tindakan kita. Apa yang kita lakukan, di hadapan atau di belakang kita kadang-kadang akan menerima kritikan orang lain. Jika tindakan kita benar atau haq, manusia yang anti kepada kebenaran akan mengkritik kita. Apatah lagi jika tindakan kita batil, tentulah lebih ramai yang membencinya.

Orang yang memegang jawatan teratas sering dikritik. Ada suara-suara yang mempertikaikan keputusan; dianggap tidak adil, berat sebelah, tidak bertimbang rasa. Bila kita cuba menyenangkan hati suatu pihak, ada pihak lain pula yang akan marah. Ada kalanya kita menegur kesalahan dengan niat untuk memperbaiki keadaan, tetapi dianggap pula menunjuk pandai dan cerewet lantaran sikap sesetengah pihak yang tidak mahu menerima teguran.

Apa pun kritikan orang pada kita, janganlah cepat melatah, malah jadikanlah ia sebagai muhasabah diri. Mungkin ada tindakan kita yang menzalimi orang lain juga kurang tepat di sisi syara’, maka perbaikilah dan cerahilah.

Jika orang mengkritik kita padahal urusan kita telah dilaksanakan sebaiknya, bersabarlah dan berlapang dada. Beserahlah segalanya pada Allah, moga-moga kita dijauhi dari kezaliman dan dibukakan hati mereka yang mengkritik itu untuk menerima kebenaran.

Kata Imam Syafie: “Sampai bila-bila pun kita tidak mampu dan akan mencapai kesemua redha manusia.”


Maka berbuatlah sesuatu hanya kerana Allah, kerana jika kita melakukan sesuatu semata-mata kerana-Nya, kita akan melakukan pekerjaan kita dengan sebaik-baiknya dan terlepas dari belenggu resah mencari redha manusia.


CARILAH REDHA ALLAH

Carilah redha ALLAH, kita tidak akan kecewa
Carilah redha ALLAH, kelak kita akan tenang
Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakala dia suka kepada kita, sukanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakalanya redhanya kepada kita, di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan ALLAH.
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu ALLAH suka
Yang penting usaha kita itu ALLAH redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci itu soal dia
Yang penting apa kata ALLAH
Keredhaan ALLAH itu penting
Redha-nya adalah balasan
Balasan-nya adalah berkekalan

2 comments:

Mohd Azlan berkata...

salam
teringat kisah luqman bersama anaknya ktika hndak kepasar

Luqman: meh gi pasar skali. ayah bawa keldai, kamu naik deh.

sdg mnuju ke pasar, org mncemuh mereka berdua, kata mereka
"ooo, dop tergamak la anak demo luqman, ayah jalan kaki, anak rilek je atas keldai, anak lagu mana perasaan gini?"

anak luqman terasa hati dgn ucpn mereka, dan berkata, "abah, abah la plak naik, kita plak tarik keldai deh"

naikla luqman, sedang dlm perjalanan, org lain plak mencemuh berkata
"Mmmm, tak de perasaan la ayah lagu mana ni..ada ke pergunakan anak,tak berhati perut la.."

Luqman terdengar perbualan mereka, lalu ambil kputusan utk dia dan anaknya plak naik dua2...

skali lagi mereka terdengar bualan orang bhawa mereka tak berhati perut kerana mendera keldai mmbawa "muatan lebih"

lantas mereka ambil kputusan utk dua2 pakat heret saje keldai ke pasar. tak sampai lagi pasar, org ejek pula dgn berkata. "aii, lagu mana gini, ada keldai tak naik? berat2.."

Luqman berkata kpd anaknya..."Wahai anakku, lihatlah, apa yg diperbuat sering org mengkritik,,,Sungguh, setiap pkra yg dibuat pasti ada mereka yg tidak berpuas ht..pesanku kpdmu, berbuatlah apa yg baik pd fikiranmu, selagi mana ia tidak salah maka teruskanlah..."

P/s: olahan dailek timur kisah nasihat luqman terhadap anaknya

Izzatul Adyani berkata...

jazakallah,kisah yg agak mnarik..wlupun diolah dgn dialek timur tp ckup simple utk difahami.. sungguh positif Luuqman..terima kasih banyak ye

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::