
Seorang da’i perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan teknik-teknik yang akan membantu untuk menjayakan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) memerlukan persediaan yang mantap dalam diri setiap da’i. Seorang da’i yang lemah dalam berinteraksi akan menyebabkan dakwahnya agak susah untuk berjaya. Kejayaan dalam dakwah bergantung pada usaha dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Dakwah yang sambil lewa tidak mampu untuk menarik manusia yang berada dalam kehinaan menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.
Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik. Dari sini, kita dapat lihat bahawa individu-individu yang dipilih untuk dimasukkan dalam pasaran dakwah adalah orang yang berkualiti dan baik penampilannya.
Imam Hasan al-Banna pernah ditanya , “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya diletakkan di perpustakaan dan sedikit orang yang membacanya. Lain halnya seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ kemana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yang tidak pndai berbicara, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, keimanan mendalam (al-iman al-amiq) serta pemahaman yang mantap dan syamil (al-fahmu ad-daqiq) yang dimiliki da’i.
Wallahu’alam
Dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisiy)











0 comments:
Catat Ulasan