Jadi, di Kota Metropolitan inilah kita memerlukan ukhuwah yang dapat melindungi kita dari meringkuk ke neraka. Bila kita buat salah, ada sahabat yang tegur kita, bila kita silap langkah, ada sahabat betulkan langkah kita. Dan sahabat-sahabat beginilah yang kita perlukan bagi menjamin kehidupan kita diakhirat sana. Insya Allah.
Sahabat ana selalu pesan : "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Jangan sangka kota yang membangun, tetapi aman didalamnya. Jika kita rasa,hidup di Unikop sudah mencabar tetapi di Kuala Lumpur, lagi-lagilah mencabar. Pertama kali ana menjejakkan kaki disini, dan menjadi student disini.. hati ana betul-betul memberontak. Benci dengan suasana ini. Tapi inilah cabaran ana dan sahabat-sahabat. Kami tabahkan hati dan tempuh segala mehnah dan tribulasi disini. Sebagaimana proses tarbiyyah mendidik kami dari segi mental dan fizikal yang sangat syadid, begitulah kami praktikkan disini. Insya Allah.
Tetapi kebanyakannya menggunakan mental. Tabah dengan cemuhan orang, kritikan orang dan sebagainya. Sehinggakan kami anggap ia sudah lali dengan diri kami. Even,kadang-kadang lemahla jugak dengan kritikan jiwa dan mental dari mereka tapi Alhamdulillah, kami masih boleh bangkit lagi meneruskan perjuangan sebagai Da'i. InsyaAllah. Semoga Allah tabahkan hati-hati kami dari dugaan serta mehnah dan tribulasi yang mendatang..amin!! :)
Kenangan pahit menjadi kenangan manis di hati sanubari.
Teringat ana ketika mana tension dengan gerak kerja yang banyak dan bertimbun-timbun, sehinggakan air mata ini berjaya juga jatuh ke bumi tapi depan sahabat-sahabat pulak tu. Allah malunya.huhu~ Apepun mereka still boleh hiburkan hati ana. Senang je nak hiburkan hati ana ni, buat lawak so, gelaklah.
Walaupun pahit menghadapi cabaran di proses tarbiyyah tetapi itulah kenangan manis bagi ana dan sahabat-sahabat. Bila kami kenangkan balik peristiwa-peristiwa itu,pasti kami gelak. Begitu juga sekarang ni, bila ada sesuatu berlaku di luar jangkaan kami.. bila kenangkan balik, ia pasti menghiburkan hati kami. SubhanAllah. Memang dugaan Allah itu penuh hikmah.
Perasaan rindu bukan sahaja pada Ibu bapa kita tetapi juga pada sahabat kita yang kita sayangnya kerana Allah, kita rindunya kerana Allah dan semuanya semata-mata kerana Allah. Begitulah ana dan sahabat-sahabat,kalau rindu je, pasti kami berbalas meseg dan meluahkan rasa rindu sesama sendiri. Bila berada dalam kesusahan, pasti akan teringat akan proses tarbiyyah dan langsung mengingatkan kami kepada Allah swt. Allah yang beri kekuatan itu cuma kita kena yakin dengan kekuatan yang Allah akan beri. Itulah kuasa Allah swt. SubhanAllah~
Apepun, sahabat di proses tarbiyyah itulah yang banyak mengingatkan ana kepada Allah,sentiasa muhasabah diri terkadang khilaf menyelubungi diri. Alhamdulillah. Ana bersyukur sangat dikurniakan sahabat seperti mereka. Even kadang-kadang ada juga 'buah mulut' mengatakan kami ini assobiah, tetapi bukanlah itu niat kami. Cuma proses tarbiyyah inilah yang membuatkan kami taknak berpisah. hehe. Mungkin mereka nampak kami terlampau akrab,walhal kami rapat je dengan sesape yang sudi berkawan dengan kami.
SofwatulQhaul : Sayangilah sahabat kita seadanya.
Jadi, sayangilah sahabat kita seadanya. Walaupun tidak melalui proses tarbiyyah bersama-sama dengan kita, dia tetap sahabat kita. Jika dia ada masalah, tadahkan telinga dan fahamilah. InsyaAllah dengan kehadiran kita, dia akan senang berdamping dengan kita dan secara tidak langsung menganggap kita sebagai sahabatnya dunia & akhirat.
Apapun sahabat, ana bangga punyai sahabat seperti antunna semua. Antunna memang terbaik dimata ana. Maafkan ana,jika ada salah silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Sesungguhnya ana hanyalah manusia biasa..huhu Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. Ingatlah cita-cita kita untuk Mati syahid bersama-sama. Semoga Allah memberkati kehidupan kita sebagai seorang hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. InsyaAllah amin!!
-Tingkatkan Tarbiyyah ruhiyyah kita [tambah saqofah,hafal al-Quran]













0 comments:
Catat Ulasan