
Bismillahirrahmannirrahim~
“...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.” [ 31 : 23 ]
Andai diri sudah berusaha meluruskan niat, mungkinkah akan tersungkur jua? Sepatutnya ia tidak terjadi. Tapi... mungkin kerana dosa yang menyelaputi diri, hati yang begitu kotor, niat yang tidak begitu jelas, gerak kerja yang tidak tersusun menyebabkan berlakunya kelesuan. Diri, jangan bermain tarik tali dengan Allah.
Terkadang, lidah bisa berbicara. Salimul aqidah. Berderu-deru penuh semangat. Cuba menyampaikan dengan hati, dengan harapan moga tersampai jua pada hati. Tapi... apa sudah jadi? Tidakkah diri ini ingat dalil yang sangat famous lagi popular ini..
“Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.” [ 61:2-3]

Ancaman Allah ini sangat jelas wahai diri. Benarlah, medan bercakap TIDAK SAMA SEKALI dengan medan beramal. Nauzubillah. Bukankah lidah empunya diri yang berkata-kata tadi begitu hampir dengan telinganya sendiri berbanding telinga-telinga si pendengar???
Bila diberi amanah, diri dapat menerima, kerana salah satu tanda future, adalah apabila diberi amanah, dia menolak. Tapi, bukankah salah satu ciri munafik adalah berlaku khianat terhadap amanah yang diberi???
Evaluasi kembali... Apakah benar diri berada di dalam kenderaan yang bernama dakwah ini sebagai pemandu setelah diberi tunjuk ajar? Atau... Sekadar PENUMPANG kenderaan dakwah ini??? Ya Allah, malu diri ini padaMU. Mungkin selama ini, diri hanya menumpang. Sekadar menumpang.
PadaMu selamanya,ya Allah.. diri berharap, agak dapat segera bangkit.Takkan selamanya mahu menumpang? Malulah pada Allah... Cukupkah sekadar berharap? Usaha harus ada wahai diri ! Andai diri tidak berbuat, apakah diri mampu menjawab tika dipersoal di mahkamah Rabbul Jalil nanti? Yakin sangat, sungguh , sekali, bahawa diri tidak akan mampu BERALASAN lagi di hadapan Allah kelak seperti mana yang selalu diri lakukan di muka bumi. Bukankah Allah melihat apa yang diri kerjakan? Lalu??? Masih beralasan? Sedarlah!
“Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu,begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yg MAHA MENGETAHUI yang ghaib dan nyata, lalu diberitakannya kepada kamu, apa yg telah kamu kerjakan.” [ 9:105 ]
Ad-dunia, wizratul ukhra. Itu pesan Rasulullah SAW. Dan, Allah berfirman, khaira zaadit taqwa. Moga diri dapat membawa bekalan taqwa semasa melalui ladang dunia menuju akhirat, kerana taqwalah sebaik-baik bekal.
Di jalan ini... diri meniti... moga Allah kuatkan diri untuk berbuat keranaNya...moga menjadi antara golongan yang Allah wariskan bumi ini untuknya...
“Musa berkata kepada kaumnya, ‘Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskanNya kepada siapa saja yg Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yg baik) adalah bagi orang –orang yg bertaqwa.” [ 7:128]

P/S:_HANYA INGATAN BUAT DIRI SENDIRI.











0 comments:
Catat Ulasan