Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi



Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Bagaimana mengirim duit RM50 ke kubur...



Dipetik dari artikel "Kisah Kasih Hari Ibu"

Lima puluh ringgit bukanlah banyak. Kalau mahu dibelanjakan di gedung besar nilainya terlalu kecil hampir tidak punya erti. Kalau mahu bersantapan enak di hotel berbintang, itu mimpi namanya. Di gerai jalanan mungkin boleh kenyang tapi kalau di restoran hawa dingin mungkin cuma dapat memuatkan perut tiga empat orang. Jangan ambil udang atau ketam! Begitulah kecilnya lima puluh ringgit. Dulu dulu memang lima puluh ringgit punya nilai yang hebat. Kalau ada dua tiga keping lagi bergaya. Hari ini cuma cukup isi minyak dan suap pada tol yang ternganga di lebuhraya perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh. Itu pun kalau memecut dengan kereta kecil Kancil. Kereta lain entahlah kerana aku tak punya. Dulu lima puluh ringgit sebulan cukup buat belanja sebulan masa aku di kolej. Hari ini kabarnya lima ratus pun belum tentu boleh bernyawa. Tambah pula kalau terpaksa menyewa rumah kerana tidak layak menetap di asrama. Belum terima diploma ijazah sudah berhutang dengan penaja mahu MARA atau swasta. Begitulah adanya.. nilai lima puluh ringgit tidak seberapa. Seminggu lalu aku pergi berkursus disebuah hotel bersama beratus orang lain mengenai perniagaan. Kami dimotivasi dan diberi tunjuk ajar. Dalam satu sessi seorang peserta kursus naik ke pentas berkongsi cerita. Bukan cerita sedih tapi kisah kejayaannya berniaga. Dulu dia susah. Makan gaji dengan pemerintah,menyabung nyawa untuk negara. Tapi hari ini, atas berkat usaha dia berjaya. Pada penghujung ceritanya, dia berkata dulu dia tidak pernah dapat menghantar wang secukupnya kepada ibu dan bapa lantaran dirinya sendiri tidak pernah cukup juga.Maklum kerja makan gaji yang tidak seberapa. Setakat lima puluh ringgit dia

Siapa kita sebenarnya di sisi ALLAH???


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.Syukur padaMU Ya ALLAH...Assalamualaikum w.b.t.. Tujuan posting ini hanyalah bertujuan memberi peringatan kpd semua . Termasuklah diri ini.

siapa kita sebenarnya di sisi ALLAH?
Adakah kita.....lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 muharam

Adakah kita.....lebih tahu apa itu 14 februari daripada 12 rabiulawal
Adakah kita.....lebih membesarkan hari sabtu dan ahad dari hari jumaat
Adakah kita.....lebih kusyuk mendengar lagu dari mendengar azan

Adakah kita.....lebih suka lepak ,tidur ,tengok tv..dll dari sembahyang dan mengaji
Adakah kita.....lebih tahu tentang artis pujaan kita dari nama nabi2

Adakah kita.....lebih suka menyebut hello! dan hai! dari assalamualaikum
Adakah kita.....lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip hop..dll dari berwirid atau bertahmid

Adakah kita.....lebih suka memuji manusia dari memuji tuhan kita sendiri

Adakah kita.....lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama

Adakah kita.....lebih suka ke konsert dan karoke dari ke ceramah agama

Adakah kita.....lebih suka memaki, mengumpat orang dari memuji mereka

Adakah kita.....lebih suka mencarut dari memuji nama Allah

Adakah kita.....lebih suka kemungkaran dari membuat kebaikkan

Adakah kita.....lebih bangga dengan kejahilan dari kita bersyukur dengan keimanan kita
Adakah kita.....lebih cintakan dunia dari cintakan akhirat
Adakah kita.....lebih memilih konsep kepartian dari konsep keislaman

Adakah kita.....lebih suka kepada kezaliman dari keadilan
TETAPI bila orang tanya kemana arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab bahawa...... KITA SEBENARNYA.. ...lebih suka ke syurga dari ke neraka
Layakkah kita berada di syurga milik ALLAH? Mampukah kita memiliki syurganya? Wallahua'lam. .....semoga bermanfaat

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W..



Bismillahirrahmanirrahim..
Love Allah...
kat sini ada kisah tentang Rasulullah SAW, tentang wahyu terakhir....

hayatilah kisah ini sebaiknye...

marilah kita banyakkan berselawat dan salam kepada Rasulullah SAW... Bersyukurlah kita kerana masih berada dalam Islam...
KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W. KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH
Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.

AKU HANYA HIDUP HARI INI..





بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.Syukur padaMU Ya ALLAH..


Kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk menyedut udaraNya sehingga hari ini. Amatnya besar nikmat ini. Ditambah pula, Allah masih merahmati hambaNya ini mengecapi nikmat Islam. Nikmat yang teramat besar sehingga hari ini.
Oleh itu ,apabila anda berada di pagi hari,

Kesan Zikir Terhadap OTAK



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Doa' Si Sepet Yang Makbul



Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga.

Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan.

Surat Sayang Dari Allah S.W.T



Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,

Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?



Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung.

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak

Khaulah serikandi di medan perang...MUJAHIDAH SEJATI



KHAULAH binti Al-Azwar adalah wira wanita yang menyertai Perang Ajnadin ke Syam di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid ketika zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Dalam peperangan hebat itu, tentera Islam dengan gigih menyerbu Ajnadin dari arah Palestin. Pasukan Romawi pimpinan Teodore dari sebelah utara Syam pula berusaha menghalang kemaraan pasukan Arab. Dalam peperangan itu, Dhiraar bin Al-Azwar, pahlawan perang yang terkenal dengan keberanian sehebat seribu perajurit ditawan pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi




“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini.

UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana


“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!”, pujuk pembaca.
“Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!”, semangat seorang lagii.
Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus kerana tidak tulus. Kerana saya takut atau pengecut.
Lalu kecerahan pendirian saya disambut dengan tepuk-tepuk bahu agar terus berani dan jangan lagi takut.
“Kalau takut dengan ujian, jangan cakap soal perjuangan!”,

MENINGKATKAN POTENSI DIRI


بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH ,SYUKUR PADA ALLAH,KERANA DENGAN NIKMATNYA ANA BERJAYA UNTUK EXAM SEMESTER LEPAS..
...ASSALAMMUALAIKUM...pembaca2 sekalian,,di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu,yang mudah2an membawa manfaat untuk anda semua..selamat membaca..

Bagaimana gelombang otak bergerak...

Apabila kita melakukan sesuatu yang rumit seperti membuat masalah matematik, berfikir tentang sesuatu tema atau menganalisis sesuatu percubaan, gelombang Alfa di otak kiri akan bergerak ke arah gelombang Beta untuk lebih cergas.
Sebaliknya gelombang Alfa di otak kanan akan bergerak ke arah gelombangTheta untuk lebih istirehat. Ketika kita menyelesaikan masalah yang rumit, otak kiri lebih cergas sementara otak kanan akan berehat seketika.

Peranan Otak Ketika Membaca..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
  4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memi liki mu.


"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH



Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada

Jaga 7 Sunnah Rasulullah


Assalamualaikum wbt......
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Kita Ibarat PINGGAN


Assalammualaikum..artikel ni dikirimkan oleh sahabat rapat saya ...syukran kepada sahabat saya ini..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan

KERANA BERTUDUNG


7 Jul 2009 ... Al-Fatihah buat Allahyarham Marwa al-Sherbini, seorang muslimat yang mati ditikam di Mahkamah Jerman pada 1 Julai 2009.

Iranian female worshippers carry a symbolic coffin of Marwa Al-Sherbini, an Egyptian woman who was stabbed repeatedly inside a German courtroom earlier this month, during a rally condemning her slaying, in Tehran, Iran, Friday, July 10, 2009. Al-Sherbini was attacked by a Russian-born German during his trial on charges of insulting her with racial slurs..
[manzarpour20090711130423375.jpg]

JOM HILANGKAN RASA TAK HEPI!!


Salam 1 dunia.wazzap everyone!we meet again.well,I hope everyone is fine.are you happy today?if not,let’s check what happened ok.

1)maybe ada orang marah kat kita pasal kita buat salah.i’m sure semua orang mesti marah n ngumpat dalam hati atau yang mulut laser mesti lemparkan kata kesat.ish,ish,x baik tau.but hey!everyone makes mistakes,okay.so terima je ngan hati yg terbuka.


2)ibu kita marah?check sebabnya.x kan mak marah klo kita x buat slh kan?klo mak yg x sayangkan anaknya 2 lain citalah.klo memang salah kita,senyap je la.but remember,jgn sekali2 kita kuang ajo ngan mak ayah,ok.

SECUBIT PEMBERIAN KITA


Assalammualaikum w.b.t.,kepada pengunjung2 blog sekalian,,kali ni saya ingin kongsikan sedikit cerita …walaupun tak berat sangat tapi moga2 ia akan membawa manfaat…
“seorang pekebun membawa seikat buah rambutan untuk dipersembahkan kepada raja.Lalu masuklah dia ke istana secara menyelinap di celah-celah para pembesar ,para bangsawan dan hartawan yang membawa bermacam-macam hadiah istimewa dan mahal-mahal.
Raja berasa senang hati dan gembira dengan pemberian pekebun itu , seperti juga dia senang dengan pemberian yang lain-lain. Lalu raja menganugerahkan dia dengan pakaian dan memberikannya penghormatan .Bukankah ia satu kurniaan dan kemurahan raja yang sangat besar ?..Jika pekebun itu kemudiannya mengungkit-ungkit pemberiannya yang hanya berupa seikat rambutan yang dianggapnya besar itu dan lupa pada jasa raja,besar kemungkinan dia dianggap gila ataupun mengada-ngada…betul tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::