ALHAMDULILLAH ,SYUKUR PADA ALLAH,KERANA DENGAN NIKMATNYA ANA BERJAYA UNTUK EXAM SEMESTER LEPAS..
...ASSALAMMUALAIKUM...pembaca2 sekalian,,di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu,yang mudah2an membawa manfaat untuk anda semua..selamat membaca..

Bagaimana gelombang otak bergerak...
Apabila kita melakukan sesuatu yang rumit seperti membuat masalah matematik, berfikir tentang sesuatu tema atau menganalisis sesuatu percubaan, gelombang Alfa di otak kiri akan bergerak ke arah gelombang Beta untuk lebih cergas.
Sebaliknya gelombang Alfa di otak kanan akan bergerak ke arah gelombangTheta untuk lebih istirehat. Ketika kita menyelesaikan masalah yang rumit, otak kiri lebih cergas sementara otak kanan akan berehat seketika.
Peranan Otak Ketika Membaca..
Yakinkan diri dengan selalu menyebut: �Aku menggunakan kedua-dua bahagian otakku, untuk belajar dengan cemerlang dan berfikir secara kreatif.
Otak kanan yang kreatif jika tidak digunakan ketika belajar akan berkreatif dengan
berangan � angan (day dreaming)..
Otak Kiri
� Meneliti perkataan demi perkataan.
� Berfikir logiknya isi buku.
� Mengingat fakta, formula, perbendaharaan kata.
Otak Kanan
� Memahami isi buku keseluruhannya.
� Menggambarkan dalam minda apa yang dibaca.
� Bacaan dibawa kepada perasaan di dalam hati..
Menggunakan Kedua � dua Belah Anggota Badan...
Pasangan kedua-dua belah tangan dan kaki memberi keseimbangan ketika belajar..
Pergerakan jari boleh membantu anda daripada cepat letih membaca.
Allah S.W.T. telah memberitahu melalui firman-Nya di dalam Al-Quran mengenai menggunakan dan memanfaatkan kedua-dua belah anggota tubuh badan :
�Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasang semuanya, sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka atau dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.� (Surah Yasin:36)
Menggunakan Kedua-dua belah tangan...
Gunakan, aktifkan serta gerakkan kedua-dua belah tangan (elakkan menggunakan sebelah tangan sahaja) dalam setiap aktiviti belajar seperti :
-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memegang buku.
-Menyelak helaian buku.
-Tangan kanan menulis sementara jari tangan kiri menunjuk pada buku rujukan.
-Memegang pembaris dan pemadam.
-Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengetik kekunci komputer.
-Mengasah pensil.
Menggunakan kedua-dua belah kaki..
Ketika belajar hendaklah menggunakan dan menggerakkan kedua-dua belah kaki atau kedua-dua belah punggung serentak ketika:
� Mengalihkan posisi ketika duduk di kerusi jika berasa letih.
� Berdiri sebentar.
� Menggerak-gerakkan jari-jari kaki bagi kedua-dua kaki.
� Menggerakkan otot-otot betis dan paha untuk kedua-dua belah kaki untuk merehatkan daripada letih.
� Gerakkan kaki mengikut rentak muzik yang perlahan.
Jika letih duduk, alihkan posisi kedua-dua belah punggung sambil kedua-dua belah tangan memegang kerusi dan kedua-dua belah kaki menumpu ke lantai.
Menggunakan Sumber Alam Sekitar Ketika Belajar....
Menggunakan Muzik Untuk Merangsang Kedua-Dua Belah Otak..
Imam Al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama dari alam semulajadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.
Contohnya bunyi deruan ombak yang tidak pernah berhenti, bunyi deruan air sungai, bunyi tiupan angin di puncak gunung,titisan air hujan dan sebagainya.
Menggunakan Warna Untuk Merangsang Kedua-dua Belah Otak
Mata amat peka kepada warna. Warna yang lembut seperti hijau dan kuning akan merehatkan mata. Saraf mata berhubung terus ke otak untuk menterjemahkan warna yang dilihat.
Jika boleh warnakan bilik belajar anda dengan warna lembut yang berlainan untuk mengelakkan kebosanan. Lekatkan di dinding gambar, poster dan hiasan menggunakan warna yang ceria dan menenangkan.
� Apabila anda membuat Peta Minda gunakan pen, marker atau highlighter yang berlainan warna untuk menonjolkan fakta tertentu supaya otak mudah terangsang.
Menggunakan Bau-bauan Wangi Untuk Merangsang Kedua-dua Belah Otak...
Bau-bauan wangi juga merangsang serta meningkatkan daya ingatan ketika belajar .Buktinya dalam suasana persekitaran yang busuk, hanyir atau sebarang bau yang tidak menyenangkan, bolehkah anda belajar dengan baik ?
� Hendak solat.
� Hendak membaca Al-Quran.
� Hendak belajar .
� Hendak ke masjid.
� Hari Raya.
� Hendak bertemu dengan tetamu.
� Hendak bersama suami isteri.
Adalah diingatkan kepada para wanita dimakruhkan (dibenci Allah) berwangi-wangian apabila hendak keluar ke tengah masyarakat, hatta hendak ke masjid sekalipun.
Bagaimanapun hukumnya tetap sunat (mendapat pahala) apabila berada di kalangan wanita, di kalangan keluarga mahram dan apabila bersama suami.
Merangsang semua deria ketika belajar...
Apabila semua deria dirangsang ketika belajar maka fokus pembelajaran tertumpu ke satu arah..Anda hendaklah menggunakan secara maksimum deria yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. di dalam proses belajar :
� Deria lihat dengan mata.
� Deria dengar dengan telinga.
� Deria bau dengan hidung.
� Deria sentuh dengan jari-jemari.
� Deria rasa atau bertutur dengan lidah.
Kemahiran merangsang deria..
� Kemahiran mendengar penting kerana mendengar dapat menyerap lebih banyak perkataan.
� Otak dapat memproses kira-kira 800 perkataan seminit.
� 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan.
� 25% daripada apa yang didengar dapat difahami.
Daripada kajian yang dibuat, didapati keberkesanan penerimaan deria di dalam pembelajaran adalah seperti jadual di bawah.
Jadual keberkesanan penerimaan deria..
Peratus Keberkesanan
Deria yang dirangsang
10%
Baca (deria lihat).
25%
Dengar (deria dengar).
50%
Gabungan dengar dan lihat.
80%
Melihat atau membaca, kemudian melakar secara jahar (terang & nyata), menggunakan �peta minda� atau membuat nota
90%
Mengamalkan keempat-empat kaedah di atas dan memaksimumkan penggunaan deria













0 comments:
Catat Ulasan