

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.
Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.
Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.
*Manifestasi hijrah
Oleh itu, sempena dengan tahun baru islam ini, bawalah diri kita kearah perubahan yang lebih baik.
Hijrah itu merupakan agen perubahan.
Aplikasi konsep. Kita perlu baiki diri dan hati dari akarnya.
Betulkan amalan-amalan basic dalam agama.
Perkara sunat itu mengiringi perkara wajib.
Solatlah yang akan mencetak siapakah diri kita diluar.
Solat itu dikatakan sempurna apabila kita memelihara wudhu', memelihara syarat, melakukan ibadah sebaiknya serta memahami ibadah yang dilakukan.
Maka keindahan solat itu akan terzahir di luar..melalui sifat dan peribadi..
Walaupun manusia itu dikatakan dapat hidup dengan aman di atas muka bumi ini, namun tidak dapat dinafikan, bekas-bekas dosa itu pasti ada.
Maka Allah telah menjanjikan bahawa bekas-bekas dosa itu dapat dikeluarkan melalui aplikasi solat yang sempurna..
Yakinlah dengan janji Tuhan..
Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.
Lakukanlah dengan ikhlas dan penuh kesabaran.
InsyaAllah usaha itu tidak sia-sia serta pasti diganjari tuhan..(^^)

idea asal:ilyana










0 comments:
Catat Ulasan