WAHAI MUSLIMAH


Bismillahirrahmanirrahim..
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak kamulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih.

DAKWAH PART 2


 
Bismillahirrahmanirrahim..
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk beribadah..Insya Allah. 
Masih ingat lagi  cerita yang saya keluar ke Times Square dengan sahabat-sahabat ketika masih di UNIKOP dulu. Kali kedua kami keluar hanya bertiga. Sayangnya , ramai sahabat yang sudah kembali ke rumah masing-masing tetapi ada juga sahabat yang sibuk dengan urusan untuk mendapatkan mahar ke Syurga.

BEDAH BUKU-BAB 4: KHALIFAH ILAHI


Bismillahirrahmaniirahim.
Sri Damansrara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kucing putih bertompok coklat menjerit. “Allahuakbar!” Naufal Mustaqim terkejut. Kasihan dia tengok si kucing menjerit kesakitan. Mana tidak sakit, bila ekornya dipijak. “Maaf tompok, aku tidak sengaja.” Bisik Naufal Mustaqim sambil mengusap kepala tompok. 'Meow.' Si Tompok merengek meminta simpati.Naufal Mustaqim bersandar pada kerusi kepenatan. Begitulah rutin hariannya, pulang ke rumah pukul 10 malam setiap hari. Fikirannya jauh menerawang memikirkan keadaan umat Islam di

BEDAH BUKU: KUASA KEPEMIMPINAN AL-FATEH



Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama-tamanya saya bukanlah orang yang pandai mengulas sesuatu buku mahupun kenyataan. Sekadar berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat serta mengisi teratak laluan keinsafan ini


Namanya mahsyur dalam lipatan sejarah, Namun sejarahnya jarang diketahui umum.

BEDAH BUKU-BAB 3: SI CILIK, AMMAR


Bismillahirrahmanirrahim..
"They kill my sister! I want to kill them!”
Aima Insyirah terkejut melihat seorang budak lelaki berusia lapan tahun memegang pisau dan menjerit-jerit dalam keadaan separa sedar. Dia membaca laporan kemasukan budak lelaki itu:

BEDAH BUKU-BAB 2: MUJAHADAH


Bismilllahirrahmanirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 


Selamat pagi buat sahabat pembaca sekalian, Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Allah, kita dapat bertemu lagi di teratak laluan keinsafan...Masihkah sahabat ingat lagi dengan kisah dalam Bab 1 Seteguh Hati Sumayyah (Novel Melakar Cinta Firdausi)..jika sahabat terlupa akan jalan ceritanya, sila2 ulang semula membaca ..ini kerana ,hari ini saya akan menyambung lagi plot-plot novel ini untuk dua lagi bab...

BEDAH BUKU-BAB 1: SETEGUH HATI SUMAYYAH


Bismillahirrahmanirrahim..


"Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini sepertimana tabahnya Sumaiyah menghadapi dugaan dan seksaan musuhmu, teguhkanlah cintaku padamu sepertimana suci dan murni cinta Rabiatul Adawiyah yang mendamba cintamu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan sepertimana srikandi Islam yang memperjuangkan agamamu. Ya Allah, selamatkanlah suamiku daripada seksaan tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Teguhkanlah akidah kami menjulang panji agamamu.

BEDAH BUKU: MELAKAR CINTA FIRDAUSI


Bismillahirrahmanirrahim.
Aima Insyirah, gadis yang berasal dari Malaysia menabur bakti di bumi Palestin. Berlatar belakangkan pergolakan Palestin, Aima Insyirah tetap tersenyum membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Namun pada saat seluruh hatinya ditujukan untuk Palestin, ada serpih hatinya yang tertinggal di Malaysia.Naufal Mustaqim, kenalan lama kembali berhubung dengan sejuta harapan kebahagiaan.

KAPUR DAN PEMADAM



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Guru tersebut duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

CAHAYA CINTA INSYIRAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat, di sini ingin saya kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca dari iluvislam. Moga-moga ia memberi sedikit manfaat buat kita dan sama-sama kita renungkan apa yang tersirat mahupun yang tersurat di sebalik kisah ini,yang saya kira menjadi lumrah dalam kehidupan kita sekarang. Sama-sama kita hayati kisah ini dengan hati yang terbuka dan memerlukan sedikit kesabaran untuk sampai ke pengakhirannya.Mari kita hayati..

PEMBINAAN BAITUL MUSLIM


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum. Kali ini, saya akan kongsikan sedikit tips-tips untuk menuju ke alam rumahtangga terutamanya buat golongan yang masih belajar atau mahasiswa. Tips-tips ini diperoleh daripada forum yang bertajuk MAHASISWA BERUMAHTANGGA yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahiah dan suaminya, Ustaz Wan Akashah, yang mengacarakan rancangan semanis kurma di TV9. Tips-tips nya ialah :

DAKWAH PART 1



Bismillahirrahmanirrahim.

Dakwah itu Halus, Akhlak peribadi kita juga boleh dijadikan dakwah. Itupun bila mana, kita mendidik Akhlak peribadi kita menjadi baik dan cantik dipandang orang.

"Eh..eh.. tunggu kejap, kita jangan naik teksi ni, kita tunggu Teksi yang lagi satu tu.." Jari telunjuk Fatihah menuju ke arah teksi yang dimaksudkan. Pemandu teksi itu lebih tampak thiqoh berbanding pemandu teksi yang tadi. Kerana pemandu teksi itu memakai kopiah di kepalanya.

UKHUWWAHFILLAH DI HATI


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. cutiku kali ini bermisi. Tambah saqofah, tambah skill, tambah Iman dan tambah macam-macam lagi. Jangan tambah adik sudahlah ye..hehe insya Allah. Semoga Allah permudahkan..aminnn! Harap sahabat yang lain pun begitu juga ya. Sama-sama kita berubah ke arah pembangunan Insan yang lebih cemerlang.

SAYA TIDAK TAHU


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah semalam kami sempat berjumpa sambil berusrah ...dengan tajuk perbincangan kami .."aku tidak tahu atau saya tidak tahu"..Tertarik dengan tajuk yang ingin saya kongsikan, Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu..

APA SUDAH JADI??


Bismillahirrahmanirrahim,..

Semenjak dua menjak ini, segala benda serba tidak kena.

Ish... tak boleh jadi ni.
Kenapa hati tak senang ni?
monolog hati.

Lantas mencapai buku Binbingan Mukmin untuk ditelaah... Selang beberapa minit
 kholidubil qurani huwa imamuna 'ala hidayatillah hi amitna...

KOPI DAN SUSU...


Daripada tajuk post diatas, apa yang anda semua fahami...
Saya nak bagi tau tentang cara membuat kopi susu...?
Dah tentu BUKAN....!!!
Ini kisah saya, mereka dan kamu. Kerana ianya berkisah tentang persahabatan, friendship, ukhuwwah dan yang seangkatan dengannya. Sudah tentu kalian juga menghadapinya...

ALLAH SAYANG KITA


Bismillahirrahmanirrahim,.. 

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.

Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

KEJAYAAN DA'WAH DITENTUKAN OLEH PERIBADI DAIE


Bismillahirrahmanirrahim..
Individu merupakan komponen terkecil dalam susunan masyarakat. Individu memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu di samping menyeru orang lain ke jalan kebenaran. Peribadi-peribadi mukmin yang sebenar akan membuka banyak peluang berjayanya seruan dakwah. Maka pembentukan peribadi Islam (takwin asy-syakhshiyah al-islamiyyah) merupakan aspek yang cukup penting.

MAMPUKAH MENJADI SEPERTI BELIAU???



Bismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Masih tergambar ketenangan wajahnya. masih terngiang suara lembut dan tegasnya yang penuh dengan semangat. masih terbayang mata dan ucapan salam tatkala berselisih.. bagaikan mimpi tapi itulah realiti. ketika para hadirin muslimat mula menyerbu sekujur tubuh untuk bersalam dan menciumnya,

REFLEKSI DIRI



Bismillahirrahmannirrahim~
Assalammualaikum w.b.t
Hmm. Refleksi sendiri..
Sesungguhnya medan ini tidak sama. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang tidak sama? Takkan semata-mata kerana medan yang dilihat berbeza, tak boleh nak bergerak? Takkan andai bersendirian tidak mampu bergerak??? Bukankah Allah ada, jadi, tiada erti diri bersendiri! Pokok pangkalnya, bukahkah berakar umbi dari diri,niat,dan hati sendiri?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::