Baru-baru ni semasa di rumah, sengaja ana menyelak helaian novel ‘Tautan Hati’ yang terletak kemas di almari bukuku setelah sekian lama. Satu-satunya novel yang ana gemari selain novel ‘ayat-ayat cinta’. Actually, ana tidak berapa suka baca sebarang bentuk novel sebab bagi ana novel-novel kebanyakannya akan membawa diri kepada khayalan palsu! Namun, berlainan dengan novel ‘tautan hati’ dimana hadirnya begitu memikat dan mentaut hati ana dengan tiap bait ayat-ayatnya. Novel tarbiyyah. Ana terpaut untuk memiliki novel ni setelah di’promote’ oleh seorang sahabat. Apapun bukan kisah dimiliki atau memiliki yang ana nak sorotkan di sini. Tetapi, suka untuk ana kongsi cebisan dari isi novel tersebut. Moga sama-sama kita muhasabah.
sahabat fi tarbiyyah..
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, Kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Firman Allah(surah an Nahl:125)
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
*Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
‘ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan Al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al Quran’
Duhai mawar-mawar mujahidah yang sedang menuntun langkah menuju jalan Allah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.
Namun adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-NYA? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh! Manusia lupa saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman, Islam asing(gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-NYA.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Na’uzubillah!
~cahaya kemuiiaan islam~
0135am
1/1/11
Shah Alam











0 comments:
Catat Ulasan