HENDAK BAHAGIA?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Awak nak bahagia tak?"
"Eh, mestilah. Siapa tak nak bahagia. Semua orang nak. Tak ada orang pun suka menderita. Hehe, kelakar lah soalan awak ni"
Bunyi macam kelakar eh? Ok! Teruskan ke siaran wawancara seterusnya.
"Boleh - boleh. Tanya saja lah. Sementara saya free ni". Jawabnya sambil tersenyum. Alhamdulillah, mood dia ok...saya tersenyum melihat senyuman dia.
"Awak nak bahagia di dunia sahaja ke? Atau pun di akhirat sekali?"
Saya cuba bereaksi selamba sahaja sebaik menuturkan kata- kata tersebut. Tetapi jelas sekali kelihatan riak terkejut di wajah dia.
"Eh..eh.., awak ni! Pelik lah! Kenapa ni? Tanya soalan macam tidak logik sahaja...mestilah nak bahagia dua dua, dunia nak, akhirat nak"
"Awak pasti?"
"Laa..awak ni kenapa? Mestilah! Pasti! Sure! "
Katanya dengan nada yang agak menekan. Mungkin nafsu amarah sudah mula menguasai dia. Lantas, cepat - cepat, saya berusaha menenangkan dia. Takut - takut moodnya tercalar.
"Err...ehh..janganlah marah. Saya saja- saja je tanya". Ujar saya dengan sengihan melebar.
"Dah tu, soalan awak tu tak logik tau tak. Setahu saya, semua orang nak bahagia apatah lagi bahagia dunia akhirat. Impian setiap orang Islam kan..."
"Ooo...hmmm...". Belum sempat saya menyambung. Dia memintas.
"Yang awak sibuk- sibuk tanya ni .kenapa?"
"Tak adalah, Saya cuma hairan je...awak kata awak nak bahagia dunia akhirat tapi realitinya awak macam tak nak je. Itu yang saya tanya tu".
"Apa maksud awak tu? Tak faham lah".
Kerutan jelas di dahinya menunjukkan dia betul-betul tidak dapat menyingkap apa yang ingin saya sampaikan.
"Hmm,..maksudnya..
>> kalau betul awak nak bahagia dunia akhirat, kenapa awak langgar apa yang ALLAH suruh?
"Langgar perintah Allah? Apanya? Saya solat ok je..tak pernah tinggal pun, puasa pun ok, tak tinggal . Saya hormat orang. Saya tak ada pun nak cerita-cerita aib orang ni. Saya dengan dunia saya je. Tak jaga tepi kain orang lain pun"
Dia tidak faham lagi..
"Alhamdulillah, ok..baguslah macam tu..saya tahu awak memang baik.., tapi....."
>>kalau awak nak bahagia dunia akhirat, kenapa awak tidak menutup aurat seperti yang diajar oleh Rasulullah?
"Eh...saya pakai tudung apa!"
"Alhamdulillah.Ok, baguslah. Sekurang - kurangnya awak jaga mahkota diri awak..tapi..."
>>kalau awak nak bahagia dunia akhirat, kenapa awak tidak betul-betul menutup aurat? kenapa awak membungkus aurat?
"Apa pulak bungkus- bungkus ni? Saya tutup aurat la. TUDUNG ni haaa...saya pakai je.."
"Ok, saya akui awak bertudung..tapi, TUDUNG tu bukan semata- mata petanda awak menutup aurat..malah bertudung pun ada caranya juga, barulah dikatakan betul-betul menutup aurat..hmmm..."
"Eh..asalkan bertudung ok la tu..nak apa laginya. Itu pun lagi baik kan berbanding free hair?
"Ya..memang betul . Bertudung tu cukup-cukup bagus. Alhamdulillah, awak bertudung. Saya suka tengok. Tapi tudung awak tu menampakkan bonggol di kepala, yang Rasulullah cakap tidak akan cium bau syurga pun orang yang berpakaian macam ni, habis tu bila tak cium bau syurga, macam mana nak bahagia kat sana nanti?..lagi satu, tudung awak kecil, tak menutup dada pun, tudung awak...tudung yang melilit leher sampaikan saya nampak bentuk leher awak tu..tudung awak tudung yang nipis..tudung awak masih lagi tidak menepati syariat...
Dia terkedu. Erk? Dia memerhatikan tudung yang dipakainya... dia termenung...mungkin memikirkan apa yang saya cakap tadi. Saya menyambung lagi...
>>kalau betul awak nak bahagia dunia akhirat, kenapa awak sanggup pakai baju kecik macam tu? awak tak rimas ? awak tak sayangkan diri awak ye? sedangkan hari tu pun, kita dah terjerit kan masa terkena percikan minyak masak tu..alaaa...masa kita goreng ikan tu.....ingatkan?
Dia hanya mengangguk...dia terdiam, Tiada hujah lain lagi mungkin. Saya menyambung lagi..
>>sedangkan awak sendiri pun tahu kan...malah awak juga yang cakap hari tu..eee...panasnya..tapi panas lagi api neraka...kan? awak dah lupa ke apa yang awak cakap tu?
"Ya..saya masih ingat.." Nada suaranya semakin lemah.. matanya pula seakan berkaca-kaca..bagai sedang menanti kolam matanya melimpah keluar sahaja..cuma menunggu saat dan tikanya sahaja....saya meneruskan lagi...
>>Then, kalau awak betul-betul sayangkan diri awak..sayangkan mak ayah awak, tak nak rampas kebahagiaan mereka kelak, awak nak ke tiba- iba sebab awak seorang, ayah awak yang sepatutnya jadi penghuni syurga tiba-tiba dihumban dalam neraka...ITU pun sebab awak? Awak nak ke ? Awak rela ke biarkan ayah yang awak sayang sangat - sangat tu terseksa sebab awak? Awak nak ke macam tu? .NAUZUBILLAH..
Air matanya mengalir laju.. "saya tak nak...saya tak nak...saya tak rela..saya sayang mak ayah saya..banyak jasa mereka...penat lelah mereka saya tak mampu pun nak bayar biar duit bergunung pun...saya...saya....isk...isk...isk...."
Dia tidak mampu bersuara lagi..hanya esak tangisnya sahaja yang kedengaran. Saya mengusap-ngusap bahunya, bertujuan untuk menenangkan dia..dan saya menyambung lagi..
>>kalau betul awak nak bahagia dunia akhirat..kenapa awak rela pakai baju nipis hari tu? awak kata awak pakai sebab panas tapi awak sedar tak azab Allah tu lagi panas, lagi hangat..lagi membara..
Dia mengangguk sahaja..esakan masih lagi kedengaran...
>>kalau betul awak nak bahagia dunia akhirat, kenapa tidak awak kembali berpakaian mengikut apa yang ALLAH telah gariskan..mengikut sunnah..? kenapa tidak awak kembali kepada fitrah beragama yang sebenarnya...awak tahu..saya pernah baca dalam satu blog..dia kata..tak ada ruang untuk "part time" dalam beragama. Maksudnya kita ni kena jadi "full time worker"..kita kena amalkan ISLAM tu bukan separuh -separuh tapi sepenuhnya..
>>awak faham kan??
Saya tersenyum melihat dia mengangguk. Dalam hati saya..berdoa agar dia berubah...berubah ke arah kebaikan tak akan pernah salah pun kan biar pun pada mulanya orang memandang pelik..biarkan..selagi niat kita hanya KEREDHAANNYA...biarkan...
Lagi pun..saya tahu dia baik...dia gadis yang baik..cuma dia terlalu ikutkan kata hati yang ingin selalu tampak berketerampilan, tampak up to date dari segi fesyen-fesyen..sedangkan dia tidak sedar...old fashion pun tidak menjadi masalah sekiranya menutup aurat kerana itu yang paling penting..dan new fashion pun lagilah tidak salah jika masih lagi menutup aurat dengan sebenar-benarnya..
>>Lagi satu..ini baru tentang bab aurat..banyak lagi bab lain yang kita kena perbaiki agar kita betul-betul BAHAGIA bukan saja di DUNIA malahan AKHIRAT jua...
Wallahu'alam..
~kredit buat sahabat saya Nor Fatihah di atas segala pertolongannya untuk 'post' kali ini~
~cahaya kemuliaan islam~
1605pm
Rumah Fatihah Afiq
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












1 comments:
wartawan sambilan ni... :)
Catat Ulasan