PERUBAHAN ITU SATU KEMESTIAN


Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikumwarahmatullah...
“Dalam kehidupan ni, satu perkara yang lebih susah daripada susah adalah BERUBAH" –ABUSAIF-
“Allah tak akan mengubah nasib sesuatu melainkan mereka mengubahnya sendiri” (Surah ar-rad: 11)

Saya bersetuju dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, bahawa berubah itu sangat susah, sebab itulah adanya ayat dari surah Ar-Rad tersebut. Allah sendiri menyuruh kita sendiri mengubah diri.

Terdapat dua maksud hijrah dari sudut istilah iaitu mengikut penggunaan ulama’ Islam. Pertamanya hijrah bermaksud berpindah meninggalkan negara yang kafir kepada negara yang Islam ataupun meninggalkan negara yang tak boleh diamalkan Islam di negara itu ke negara lain yang mungkin tak Islam tetapi boleh diamalkn islam di negara tersebut. Keduanya hijrah bermaksud lebih kepada perpindahan maknawi (lebih kepada batin, dalaman) meninggalkn apa sahaja yang dilarang oleh Allah, terus pergi kepada apa yang Allah suruh, tinggal maksiat pergi kpd ketaatan.
Ingatlah wahai diri kekuatan untuk berubah itu mesti dicari bukannya datang bergolek.

Sabda Rasulullah: “Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang meninggalkan semua perkara yang ditegah oleh Allah”.

1432 sudah tahun hijrah, bermakna sudah berlalu 1431, tak kan berulang lagi. Saya kembali muhasabah, dari1429 ke 1432 setakat mana perubahan diri yang saya lakukan, setakat mana pula hijrah rohani. Sedikit mungkin, terlalu sedikit sebenarnya.

Bagi saya, perubahan yang mesti saya lakukan pada diri saya adalah hijrah akhlak dan hijrah rohani. Bagi saya, akhlak sebenarnya pokok untuk segala-galanya bagi seorang daie. Seorang yang miskin ilmu nampak kaya bilamana akhlaknya bagus,.seorang yang kaya ilmu nampak miskin juga jika tidak diamalkan ilmu itu. Dengan akhlak yang baik juga seseorang itu boleh menjadi kaya ilmu. Umpamanya, seorang yang malas itu tidak akan dapat menambahkan ilmu dalam dirinya.

Hijrah rohani pula memerlukan mujahadah yang tinggi. Jika kita rasa pada tahun lepas, amal ibadat kita terlalu sedikit dan berazam ingin pertingkatkan amal ibadat pada tahun ini, sudah tentu memerlukan mujahadah yang tiinggi. Perlu tegar dalam melawan nafsu. Bermakna,sikap perlu diubah.

Jadi, perbaiki akhlak, berubah sikap.

Minta doa daripada sahabat ziarah jua moga saya terus diberi kekuatan untuk berubah.

Jom berhijrah, kekuatan harus dicari, bukannya datang bergolek.

p/s:

1)  Moga bukan hijrah fizikal tapi hijrah akhlak dan sikap juga. Amin.

2) Ternyata, sifat manja belum hilang dari diri saya.,, sudah sedih nak tinggal jauh daripada parent.Bukannya bertahun-tahun, 6 bulan ..neh :)
3) Sebenarnya, sebab utama sedih adalah kerana masih ada cebisan tak redha nak pergi sebenarnya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.

4) Bak kata Ju Yoo Rin dalam citer mygirl : Be strong, bbassya..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::