Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
Tetapi pemilik kedai tersebut tetap mahu membelinya dengan harga yang mahal. Untungnya pemuda itu, asalnya dia tidak mempunyai apa-apa tetapi pemilik kedai itulah yang memberinya segala-galanya, dengan syarat dia taat dan patuh pada pemilik kedai itu.
Allah Pemilik Segalanya.
Yang ingin diceritakan sebenarnya adalah pemilik kedai dianalogikan sebagai Allah itu. Dan pemuda itu adalah manusia, insan yang tak punya apa-apa lagi pelupa.
Kedai runcit itu dianalogikan sebagai dunia yang fana ini. Allah hanya pinjamkan dunia yang fana ini untuk sementara waktu sahaja. Bila, tiba masanya, kita akan dikembalikan kepadanya semula. Kembali kemana, sudah tentu kepada Allah.
Kenapa kita mesti membuat sesuatu kerana Allah?
Persoalan yang kerap kali ditanya. Jawapannya adalah kerana Allah adalah pemilik kepada segalanya-galanya. Bumi, matahari, bulan, laut dan semuanya adalah milik Allah. Kedai runcit di atas adalah sekadar analogi, bahawa Allah mengamanahkan bumi untuk kita, untuk hidup sementara di atas muka bumi ini kemudian akan dikembalikan kepadanya.
Segala kepatuhan dan pengorbanan kita dalam mentaati agama Allah sepanjang kita hidup, Allah akan membelinya dengan harga yang sangat mahal iaitu syurga. Tiada tolok bandingnya dengan segala benda di dunia ini.
Manusia Yang Tak Punya Apa-apa Ini Telah Melakukan Kerosakan.
Kes buang anak, rogol, ragut, bunuh dan banyak lagi jenayah yang berlaku di negara kita ini menunjukkan manusia yang melakukan kerosakan.
Hampir saban minggu, kes buang anak menjadi antara kes yang sungguh ‘popular’ di dada akhbar. Saya rasa sedih, dan saya yakin ramai lagi yang sakit hati, kecewa, geram, marah.
Kerosakan yang disebabkan rapuhnya akidah, rosaknya akhlak, ceteknya ilmu. Kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang tidak punya apa-apa ini.
Lupa bahawa kita akan dikembalikan kepada Allah lupa bahawa hidup di dunia ini hanya sementara.
Hanya amanah dari Allah yang diberi syarat mesti mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan larangan-Nya.
Dan inilah yang manusia lupa, syariatullah, hukum-hukum Allah. Agama Allah. Sebab itulah kes-kes jenayah begini saban hari semakin berleluasa, terutamanya dilakukan oleh Muslim.
Kembalilah Pada Islam, Kerana Akhirnya Kita Akan Kembali Pada Allah
Sebagai hamba Allah, saya merasa bertanggungjawab untuk memperingati diri saya dan pembaca sekalian memandangkan kes-kes jenayah yang semakin parah ini.
Saya tidak mahu mencari punca-punca apakah sebab kes seperti ini berlaku. Kerana sebabnyalah hanya kembali juga kepada jawapan yang sama. Iaitu Muslim telah jauh dari Islam. Marilah kembali semula kepada Islam kerana hakikatnya pada akhirnya kita akan kembali pada Allah jua. Segala perbuatan kita di dunia ini akan dihitung oleh Allah di hari perhitungan kelak.
Membuat kerosakan dan jenayah bermakna telah melampaui amanah Allah, ingatlah setiap yang kita perbuatkan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan.
Sedarlah manusia yang tak punyai apa-apa, membuat kerosakan menunjukkan kesombongan kita kepada Allah Sang Pemilik Segalanya. Pembalas kepada segala perbuatan kita.
Penutup
Jika jenayah buang bayi yang dilakukan hari ini tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa siapa yang melakukannya. Di akhirat sana, bayi yang dibuang itu akan menjadi saksi di hadapan Allah. Di sanalah nanti baru merasa bahawa tidak ada apa-apa untuk membantu pembuat dosa tersebut.
Ingatlah, setiap perbuatan di dunia akan dipertanggungjawabkan. Dan sesungguhnya azab Alah itu sangat pedih.
Inni akhafullah..!!
p/s:
2) Ya Allah, pimpinlah daku menyulusuri jalan hidup ini











0 comments:
Catat Ulasan