MUSHAF AL-QURAN DAN PANTAI



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Jika ikhlas niat kita, ia akan memberi kesan yang besar dalam setiap yang kita lakukan. Percayalah, Allah mengetahui setiap apa yang kita fikirkan dan ingatlah Allah tidak melihat hasil sebaliknya usaha yang telah kita lakukan..
Ini kisah seorang pemuda yang kelihatan bersahaja di tepi pantai. Kelihatan pemuda-pemudi sedang bersantai tanpa segan silu duduk berdua-duaan sambil memegang tangan dan hanya sebilangan kecil yang tidak tahu tentang haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Mungkin bagi ana cara yang oleh dilakukan hanyalah dengan menegur mereka dan mengeluarkan hujah-hujah dan dalil-dalil tentang haramnya melakukan sebegitu..

Tetapi kisah pemuda di dalam sebuah buku ini membuatkan ana berasa takjub dan percaya bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita selagi mana niat di hati kita untuk kembalikan izzah islam itu sendiri.

Si pemuda ini melihat gelagat muda-mudi yang boleh jadi selingkungan umur dengannya. Dia melintas jalan dan pergi ke kawasan tepi pantai berhampiran dengan muda-mudi yang sedang berseronokan tadi dan berhenti sejenak. Kemudian dia mengeluarkan mushaf kecil dari poketnya dan mula membacakan ayat suci al-Quran itu dengan penuh penghayatan. SubhanAllah.. Tangan-tangan yang sedang berpimpinan tadi mula lerai satu persatu dan mereka beredar dari situ.

Tampaklah bahawa pemuda ini telah menyelamatkan pantai yang bersih dan indah itu dari dosa-dosa yang dilakukan oleh makhluk Allah yang lain iaitu manusia.  Percayalah bahawa dalam kita menegakkan agama Allah, terkadang kita tidak memerlukan kata-kata kerana betapa teknik dakwah yang digunakan pemuda itu lebih kuat dari besi dan lebih berbisa dari lidah..


wallahu'alam

~Cahaya kemuliaan islam~
0425am

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::