
hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam kerap membaca doa :
pejam celik dan pejam celik, saya beserta sahabat-sahabat seperjuangan telah pun tamat tahun 3 dan sekarang ini bertungkus -lumus untuk tahun ke4.
dulu-dulu, masa di tahun pertama sebagai pelajar teknologi makanan terasa perjalanan hidup amat-amat jauh dan sukar untuk mencapai noktahnya.
namun, masa yang menentukan segala-galanya. kesemua jerih perih serta kesukaran yang ditempuhi mampu kita harungi jua. tinggal lagi, 2 hingga 3 langkah untuk mengapai ijazah pertama.
kalau dihitungkan waktu dan tika, masa yang masih tinggal untuk meneguk ilmu di UiTM sekitar 4 bulan.
inilah saya kira harapan ramai sahabat sekalian dan tidak ketinggalan diri yang menulis ini jua
mungkin ada yang sudah berfikir dan merancang dalam pemilihan posting tika latihan industri, ada yang ada yang merancang untuk berumah tangga, ada yang perlahan-lahan memahatkan perancangan untuk further study dalam bidang spesialis yang diminati...dan banyak lagi...
sahabat-sahabat, sesungguhnya apa yang direncanakan itu sudah pasti kita mahukan ia menjadi terbaik dan kenyataan. Namun, pada masa yang sama sebagai muslim sudah pasti kita pasakkan TAWAKAL dalam apa jua langkah yang ingin dipilih, selain usaha mahupun Doa.
Maka sembahlah Dia (Allah) dan bertawakallah kepada-Nya dan sesungguhnya tidaklah tuhan-Mu lalai dari apa yang kamu lakukan (Hud : 123).
Kita juga yakin bahawa, segala apa yang diuji sepanjang tempoh mengapai cita-cita ini adalah sesuatu yang sudah tercatat sejak azali lagi.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra akan hadith dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata :
manisnya...menjadi seorang hamba ALLAH kan...
Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya
-bangga menjadi muslim----('',)
Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka(Al-Kahfi : 28).
Dan memintalah kamu akan pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat melainkan bagi mereka yang khusyuk(Al-Baqarah : 45).
jom sama2 kita perkukuhkan asas yang paling penting iaitu
teruskan doa-doa dan doa...
Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)(Surah Ghafir :60).
Dari Sauban ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah : "Tidaklah ada sesuatu pun yang dapat menolak takdir melainkan doa(hadith Sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya disepakati oleh adz-dzahabi).
Dan berkatalah tuhan-Mu, berdoalah (mintalah) kepada Aku nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)(Surah Ghafir :60).
moga kita semua istiqamah dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan...











0 comments:
Catat Ulasan