Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.A : sediakah kamu?
B : Ya, saya dah sedia!
A : sediakah kamu menerimanya dengan sepenuh hati kamu?
A : sediakah kamu menggalas tanggungjawab ini sehingga kamu rela mati kerananya??
B : 'gulp!'
Hmm... bersediakah untuk menghadap Allah sebenarnya, dengan segala apa yang dah dilakukan.Adakah segala itu menepati redha Ilahi?? Ya Allah... jauhnya diriku ini drpd redha-Mu.. tanggungjawab yang saya sedar , entah di mana saya letak, junjung atas kepala? galas pada bahu? Wallahua'lam (tepuk dada, tanya iman)
'Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah Dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?"'
(6:47)
jika kematian itu datang tanpa kita duga dengan rasa sakit atau sebarang perasaan, sempatkah untuk kita bertaubat terhadap dosa-dosa yang lepas? sempatkah untuk kita mengucapkan kalimah syahadah sedalam maksudnya..?
Allahu rabbi...
"Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan."
(59:18)
jelas peringatan secara'direct' daripada Allah, tidak mahu beriman dengan firman Nya lagi kah? Mahu menafikan firman Nya ?
atau mahu diri menyesal di kemudian hari apabila saat tiada lagi erti sebuah taubat?
"dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh "
(63:10)
tanggungjawab yang kita cakap kita sedia menggalasnya juga adalah sebuah amanah yang sangat besar...yang kita siap berbaiah dengan Allah sejak zaman roh lagi..Apakah sudah kita lupa??
Apabila kita memahami keperluan kita dalam saf da'wa.. Sanggupkah kita menggadai harta dan jiwa kerananya?
Persoalan ini...mudah dijawab dengan lidah.. namun anggota lain bersetujukah selagi hati tidak menyetujuinya?
wallahu'alam...
well wellteringat quoate Spongebob Squarepant
"saya dah sedia! saya dah sedia! saya dah sedia!"
or english version nye, "I'm ready! I'm ready! I'm ready!!" disebut-sebutnya time dia nak pergi kerja...hehe
comel bukan.
0 comments:
Catat Ulasan