TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Tersebut dalam sebuah hadis, Rasullulah bersabda:
" Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya dibawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dengan seluruh anggota badannya. Abu-Laiths telah berkata:

" Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara."

Pertama, pada LISANNYA. Dia menghindarinya daripada dusta, ghibah, penyebar fitnah , berbual kosong dan banyak bercakap. Tetapi menyibukan diri dengan zikir, mambaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada HATI nya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :
" Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Hasad dengki itu penyakit hati yang amat merbahaya. Tiada ubat bagi penyakit hati selain daripada ilmu dan amal.
Ketiga, pada PANDANGAN nya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Rasulullah saw bersabda: 
" Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram maka Allah akan memenuhinya daripada api, pada hari kiamat."
Keempat, pada PERUT nya. Perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. Sebagaimana Nabi saw bersabda:
" Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat dilangit dan dibumi melaknatinya selama sesuai dengan seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka."
Kelima, pada kedua TANGAN nya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakan untuk taat kepada Allah. Diriwayatkan daripada Ka,ab Akhbar :
" Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Didalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tiada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolak kerana takut kepada ALLAH."
Keenam, pada LANGKAH (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi untuk hanya melangkah untuk taat kepada ALLAH, mencari keredhaan-Nya, serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat pada KETAATAN. Dia menjadikan ketaatanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah swt;

" Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)." Surah Al-Hijr : 45

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap. Dia harus berharap rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkanya. Firman Allah:

" Janganlah engkau berputus asa terhadap rahmat Allah." Surah Asy-Syura : 28


Sumber : Terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB oleh IMAM AL-GHAZALI

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::