SAYA TIDAK TAHU
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah semalam kami sempat berjumpa sambil berusrah ...dengan tajuk perbincangan kami .."aku tidak tahu atau saya tidak tahu"..Tertarik dengan tajuk yang ingin saya kongsikan, Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu..
Jika di kampus, kita diajukan pelbagai soalan oleh adik2...
Tetapi amat ramai antara kita yang mengeluarkan perkataan ‘saya rasa..’, ‘I think..’.Kononnya berautoriti dalam masalah hukum, mengeluarkan fatwa. Di laman siber lebih-lebih lagi. Alasan mereka, “Islam untuk semua”. Ya, memang Islam untuk semua. Ilmu Islam juga terbuka buat semua ummat mempelajarinya. Tetapi bezakan dengan memberikan hukum. Proses pengeluaran hukum terlalu payah dan berat.
Ulama terdahulu ada yang menyebutkan, “Apabila aku ditanya satu persoalan, terlalu berat bagiku, bagai terpampang di hadapanku neraka dan syurga.” Hingga mereka terlalu takut untuk menjawab persoalan. Takut dicampak ke neraka. Malah kita semua dah dengar kisah Imam Malik yang menjawab beberapa persoalan sahaja dari puluhan yang ditanya. Malah akan dibentak apabila dikatakan “ini kan soalan simple je wahai Imam?”
Ulama’ juga kata, perkataan “tidak tahu” itu separuh dari ilmu. Kita pula tidak. Bagai seorang yang paling tahu semua perkara. (iya2 aje..)
mereka mudah menyebut Wallahu A’lam atau “aku tidak tahu”? Saya yakin ianya tentu sekali lahir dari sebuah taqwa. Mereka lebih takutkan konsekuensi menjawab berbanding kita yang memiliki ego mengatasi taqwa. Nauzubillahhiminzalik..
Bukankah ramadhan yang lepas mengajar kita bertaqwa, takut tersalah bicara kerana ingin menjaga puasa, menjaga tutur kata kerana mulut juga berpuasa, jadi mari kita aplikasikan juga taqwa di sini.
Kalau kita sangka kita tahu, sedangkan kita sebenarnya tak tahu, Kasihan bukan?
Moga dengan kalimah “aku tidak tahu”, membantu kita untuk belajar sehingga “aku menjadi lebih tahu”. Biiznillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












2 comments:
saya ingin tahu..
jika ingin tahu.jom sama2 kita belajar mendidik diri..untuk menjadi lebih tahu..:)
Catat Ulasan