Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam.> Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Hati itu adalah punca utama dalam setiap perlakuan manusia..Jadi ,bagaimana mengenal hati yang sakit?..,bagaimana pula mengubatinya?..
Kerosakan masyarakat hari ini antaranya disebabkan penyakit hati yang sentiasa bersarang di dalam tubuh badan manusia.Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki,dendam,iri hati,tamak haloba,memuja wang dan harta benda , pentingkan diri,gila dunia,ego,gila kemasyuran,gila hiburan,merasa hina diri dan sebagainya...Hati seseorang itu yang akan mengarahkan anggota panca inderanya untuk bertindak mencapai matlamatnya walaupun kadang-kadang terpaksa melampaui batas kemanusiaan dan undang-undang..Yang malangnya jika tindakan itu semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya..Dalam meneropong senario masalah dunia sejagat atau dunia serantau ,kita tidak dapat lari daripada meneliti sifat penyakit hati yang bersarang di dalam setiap diri individu kerana warga dunia ini terdiri...
daripada individu-individu.
Pokok kepada ubat penyakit hati ini ialah kembali kepada ajaran Allah s.w.t..Proses membaiki hati ini berterusan hingga hari kiamat..Kalau setiap individu itu baik,maka keluara mereka akan baik dan seterusnya masyarakat mereka akan baik..Hati yang telah berjaya diubati perlu disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah seperti taubat ,zuhud,takut kepada Allah,sabar,ikhlas ,selalu mengingati mati dsb..Kalau anda sudah berjaya melalui eksplorasi hati..maka hidup anda akan lebih terarah,bermakna dan cemerlang..
.petikan dari:Buku "UBAT HATI"karya Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood..
*nota penulis:-
jika kita perhatikan keadaan dunia kita,penyakit hati sebenarnya semakin lama semakin merebak dalam diri setiap individu..tapi malangnya sekarang ini ,masyarakat kita hanya risaukan virusH1n1 je..ini kerana mereka tidak sedar betapa penyakit hati ini pun boleh membawa kerosakan ...padahal jika difikir2kan penyakit hati sebenarnya lagi bahaya kepada diri kita ..cuba kita lihat,berapa banyak kemusnahan yang disebabkan oleh penyakit hati ini.dan berapa banyak orang yang menderita disebabkan oleh penyakit hati yang semakin merebak ini.Banyak kejahatan di atas muka bumi ini berpunca dari hati yang sakit....marilah sama-sama kita fikirkan...Oleh itu ayuh wahai sahabat budiman,,sama2lah kita renovate hati kita ini..keputusan di tangan anda ..tepuk dada tanya IMAN..wallahu musta'an
Petua Beramal:disebabkan terlalu mudahya hati itu berubah,kita digalakkan beramal dengan doa ini:
DOA KETETAPAN HATI DALAM HIDAYAH
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ اْلوَهَّابُ
[Robbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa Wa Hab Lanaa Min Ladunka Rohmatan, Innaka Antal Wahhaab]
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan karniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah ruah pemberianNya.” (QS.Ali ‘Imran:8)
0 comments:
Catat Ulasan