SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH



Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. "Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik" An-Nur 24:26

*nota penulis:-
moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang soleh ataupun yang solehah...insyaAllah..wallahu musta'an..semoga bermanfaat

-dipetik dari:cintai ilahi..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum

Izzatul Adyani berkata...

assalammualaikum,anda bleh tgglkn komen di sini

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::