PERKONGSIAN: MINUM KOPI MAKAN PASTA


Kopi dan Pasta. :-)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca sekalian. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di blog langit ilahi. Sama-sama kita fikirkan mesej yang disampaikan dalam perkongsian yang saya akan kongsikan ini..

Kopi dan Pasta. :-)
Orang tanya saya fasal copy paste artikel-artikel Langit Ilahi, wall-wall facebook saya, apa-apa saya tulis di Reader’s Page. Boleh atau tak boleh?
Boleh. Tak minta izin pun tak mengapa.

BERSIHKANLAH HATI KITA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .

MASIH ADAKAH LAGI ESOK UNTUK KITA???


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Saya beristighfar panjang. Cuba membuka mata dengan perasaan takut.Masih bernyawakah aku hari ini? Masih hairan. Syukur, mimpi cuma. Bagaimana kalau mimpi ngeri tadi adalah kenyataan? Saya tidak betah untuk menghadapinya. Kerana sebagai saudara seagama, saya tetap menyayanginya sesama manusia. Biarlah cerita lama diganti cerita baru. Biarlah mimpi ngeri ini hanya Allah sahaja yang tahu.

CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Bila mengulit buku Cinta Di rumah Hasan Al-Banna, saya terasa sesuatu. Adakala malu pada sikap diri sendiri. Alhamdulillah.Ya, saya telah mendapat kepuasan setelah habis menghadamnya sebentar tadi. Saya tidak puas,dan mahu mengulanginya kembali.

Dia, seorang daei yang paling sibuk,tidak hanya hebat dimata masyarakat,tetapi hebat juga dimata anak sendiri. Berkali-kali anaknya mengulang ayat begini,

INNI AKHAFULLAH


Apa yang dimaksudkan dengan khauf?
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kuat dan lemah khauf ini bergantung kepada keyakinan seseorang pada Allah s.w.t. Dan selain khauf yang disebabkan takut pada hukuman sebagaimana di atas, ada pula khauf yang disebabkan oleh kerana takut akan kebesaran dan keagungan sesuatu.

BICARA PAGI


Subuh 2 Muharam 1432H. 
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Musim-musim cuti begini, saya lebih seronok habiskan masa saya dengan teman baik saya iaitu buku. Tidak kisahlah ke mana sahaja saya melangkah, saya akan pastikan diri saya membawa  buku ,  buku catatan dan pensel. Jika ketika duduk di hostel dulu( zaman diploma ), hampir setiap malam, tidak kira musim imtihan atau tidak, hujan atau panas, berteman atau bersendirian, kegirangan atau kesyahduan, saya pasti ada di perpustakaan. Walhal sampai sekarang pun saya kerap menghabiskan masa di PTAR ataupun jika ada kerja hendak disiapkan saya berada di lab .

MUSLIMKAH KITA???


Demi Allah, engkau tidak melihat melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritikkan dirinya sendiri. Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya, seseorang yang berdosa itu akan terus melakukan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritikkan dirinya.
-al-Imam Hassan al-Basri-

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN



Hari ini 30 Dzulhijjah 1431H. Berapa detik sahaja lagi kita perlu berikan lambaian perpisahan kepada 1431H dan mengucapkan selamat datang kepada 1432H. Masa terus berlalu mengikut putaran alam. Manusia si pemakmur bumi adalah isinya, bahan bicaranya, agen perubah yang akan mewarnai perjalanan masa. Namun seperti biasa, kemunculan awal muharam dipandang sepi, sesepi kawasan perkuburan dan ketibaan tahun baru masihi dinanti-nantikan dengan penuh keghairahan.

MASALAH SEBAGAI BATU LONCATAN



Bismillah wa alhamdulillah..

Setiap manusia yang bernyawa pasti berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kira sama ada dia kaya atau pun miskin, tua atau pun muda, baik atau pun jahat, cantik atau pun hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Sebenarnya masalah itu sendiri adalah ujian yang Allah kenakan kepada manusia bagi memajukan diri. Kemajuan bermula daripada masalah. Yang membezakan kita adalah cara mana kita mengatasi masalah tersebut.

JANGAN JADI MANUSIA ROBOT


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Pagi ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian supaya berfikir dan sama-sama muhasabahkan diri kita dengan sedikit perkongsian yang telah saya bincangkan bersama teman-teman usrah saya dan digabungkan sedikit dengan pembacaan saya daripada kitab. 
Saya merujuk kepada manusia keseluruhannya termasuk diri saya. Manusia yang mana jelas faham siapa dirinya, matlamat dan tujuan diciptakan dirinya, dan tahu ke mana dia akan kembali. Bukan sekadar mereka yang berada di lane agama sahaja, tetapi semua sekali.

UNTUK SAYA, KAMU DAN KITA


~jom praktis~
Islam tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang ia tidak mampu tanggungi. Maka saranan Rasulullah itu cukup akrab dengan kita semua.Jika kita tidak mampu dan tidak pandai berkata-kata, kita boleh berdakwah tanpa kata-kata.

GO FORWARD YOUNG MUSLIM


Kemanisan terletak pada kesungguhan


“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)

p/s: semangat  projek fyp mungkin

SALAM AWAL MUHARRAM


Tahun Baru menyusul lagi..

Yang indah & baik tersemat sebagai kenangan..

Yang perit & buruk ditinggalkan dan diambil sebagai pengajaran..

Perindahkan lagi keimananmu..

Kukuhkan lagi benteng akidah dan pendirianmu..

GADIS BISU, PEKAK DAN LUMPUH.


Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

WANITA DARIPADA TULANG YANG BENGKOK



"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah mcm ni. Kerja pejabat akan terganggu."

MELAYU SEKARANG


Bismillahiirrahmanniirahim. Assalammualaikum w.b.t. 
# Perkongsian cerita seorang teman…

Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.

KIAMAT SEMAKIN DEKAT


Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini

KERANAMU SAHABAT SAYA BERBICARA


Pulang dari pagi ini terus terpa si pink..lembaran mushaf dibelek buat penenang diri. Teringat kembali kata-kata ibu..dah usaha, sekarang doa dan bertawakallah~ insya-Allah. semoga semuanya kan baik-baik sahaja.

Selesai..

Punat ACER ASPIRE 4736Z ditekan perlahan. Berbelas windows ym dari sahabat-sahabat memenuhi ruangan skrin.

Tertarik pada yang satu..kerana ianya datang dari sahabat yang jauh tapi dekat (jauh di mata, dekat di hati..insya-Allah).

TERUSKAN


Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Wa'alaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ke?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi…
Diri : Laa… Kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV… Jadi kami rasa terpinggir.

WAKTU SILIH BERGANTI



Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku,
jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat,
siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu?
Maka apakah kamu tidak mendengar?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::