BERSIHKANLAH HATI KITA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .

Namun,bagi saya satu perkara yang paling susah dilakukan oleh manusia adalah mengakui kelemahan diri sendiri di hadapan manusia lain. Memohon maaf dan ampun daripada Allah memang mudah, kerana kita berurusan dengan yang menciptakan kita, kerana Dia memahami kelemahan dan kekurangan kita. Namun bila perlu kita berurusan dengan ciptaannya, yang sama darjatnya dengan kita, kerjanya akan sedikit susah.

Mana tidaknya, kita perlu mencantas segala ego yang terpasak kukuh dalam diri, meruntuhkan hipokrit yang bercacangan dalam hati dan mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri.


Bagaimana kita bermuhasabah hari-hari? Bertafakur di atas sejadah selepas solat? Meminjam 5 minit waktu melayari facebook sebelum tidur untuk merenung kesalahan dan kesilapan hari ini sebelum memejamkan mata? Ataupun menggerakkkan pena di jari dan mencatitkan segala kelemahan dan kekekurangan diri sendiri?

Kita adalah cara kita sendiri. Sebenarnya, semua di atas adalah terbaik. Buatlah apa cara sekalipun, asalkan kita sedar, setiap hari kita tidak pernah sempurna. Setiap detik, kita gagal untuk merasa diperhatikanNya. Maka kita cenderung untuk selalu mudah lupa. Lupa pada Yang Maha Memberi,Yang Maha Memerhati, Yang Maha Mengetahui segalanya tentang kita.

Mengakui kelemahan diri adalah perkara asas sebelum menilai dan menghukum insan lain. Dalam erti kata lain, bermuhasabah adalah penting sebelum dakwah. Jangan pakai tagnama daei kalau kita masih belum kenal siapa diri sendiri.

Runtuhkan tembok itu!

Bagaimana untuk meruntuhkan dan meleburkan segala keegoan dan kekerasan hati yang selalu menjadi penghalang kepada keinsafan? Kadang-kadang tanpa sedar, kita pernah menjadi bukan diri kita sendiri, atau mudah kita panggil hipokrit. Benar bukan?

Tidak mahu mengaku? Ah ,benar, sudah saya katakan tadi  manusia sememangnya susah untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

Waktu di zaman persekolahan dulu, hujung minggu kami perlu membersihkan tandas dan bilik air guru. Selalu menjadi masalah bila  asyik mahu membasuh bilik air guru sepanjang masa. Sampah dan tandas ditinggalkan begitu. Kenapa? Jijik, kotor, busuk dan tidak indah di mata.

Lalu, ustaz memberikan satu tips untuk membersihkan hati. 
**********************
Dikisahkan seorang hamba yang sangat hebat ilmunya tapi sangat merendahkan diri. Satu hari, di tengah malam gelita, anak muridnya ternampak kelibat seorang insan yang mulia, sedang  membersihkan tandas seorang diri. Di tengah manusia yang sedang lena diulit jendera, ada seorang insan hebat yang sanggup bersekang mata mencuci tempat buangan  najis manusia.

Bila diamati, benar, itulah syeikhnya. Untuk apa syeikh ini melakukan demikian?

Untuk membersihkan hati. Tandas itu sifatnya kotor, jadi yang ‘layak’ membersihkannya hanyalah pekerja myamnar yang dibayar gaji. Namun jangan sesekali dipandang kerja begini  hina dan keji. Kerana kerja keji beginilah yang akan memuliakan kita di mata Tuhan. Dengan apa? Kerendahan hati.


Jadi,saya dan anda boleh memilih sekarang, mahu membersihkan hati atau tidak? Mahu ditinggikan atau dirobohkan tembok  ego ini?

Ayuh, kita boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Gerakkan pena, tulislah kelemahan kita sendiri dan muhasabahlah.


Selamat beramal






sumber:diolah daripada video kuliyah Ustaz Kariman dan diadun sebati dengan pengamatan saya.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::