PERKONGSIAN: MINUM KOPI MAKAN PASTA


Kopi dan Pasta. :-)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca sekalian. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di blog langit ilahi. Sama-sama kita fikirkan mesej yang disampaikan dalam perkongsian yang saya akan kongsikan ini..

Kopi dan Pasta. :-)
Orang tanya saya fasal copy paste artikel-artikel Langit Ilahi, wall-wall facebook saya, apa-apa saya tulis di Reader’s Page. Boleh atau tak boleh?
Boleh. Tak minta izin pun tak mengapa. Tetapi saya minta tolong satu benda. Sila letak link bahawa itu kepunyaan saya.
Ok? Itu je syaratnya. Tak perlu minta izin pun tak mengapa. Sama juga dengan siapa nak linkkan blog saya dalam blog dia, juga dipersilakan dengan penuh penghormatan.
Tetapi, saya ada sesuatu perkara yang ingin dikongsikan dalam hal copy&paste ini.
Ini just pandangan saya sebagai seorang manusia yang menulis la.
So, feel free to read my opinion about Minum Kopi Makan Pasta ini ya.
Saya melarangnya ke atas diri saya.
Saya, melarang copy paste kepada diri saya sendiri. Apa-apa artikel daripada orang lain, tidak akan saya copy paste. Sekiranya artikel itu memberikan manfaat kepada saya, saya akan menghadamnya menjadi ilmu saya, seterusnya saya tulis dengan bahasa dan kefahaman saya.
Pada saya, di situ saya menjadi genuine. Di samping skill penulisan saya meningkat dan terus meningkat. Pengetahuan saya juga bertambah kerana saya mengaplikasikan ilmunya dengan menumpahkannya dalam penyebaran.
Kepada sesiapa yang datang ke bengkel penulisan saya, saya juga menyatakan bahawa: “Sekiranya saya ada anak murid, anak murid saya itu saya akan haramkan padanya copy paste.”
Tetapi saya tak ada anak murid. Maka saya haramkannya atas diri saya sahaja.
Sebab pada saya, sekadar copy paste begitu sahaja, saya tidak memberikan kepada diri saya apa-apa peningkatan. Sedangkan, apabila saya menulis dengan kefahaman yang saya dapat daripada artikel yang menyeronokkan saya baca itu, orang yang menulis itu tetap dapat pahalanya dengan sebaran saya, pada masa yang sama saya tetap dapat pahala menyebarkan artikel itu, ditambah satu bonus yang besar - Skill penulisan, skill pemikiran yang saya perolehi dengan menulis sendiri kefahaman itu dengan bahasa dan idea saya.
Bukan tak boleh copy paste.
Tapi ini tak bermakna copy paste itu tak bagus. Yalah, daripada kita biar blog kita kosong sahaja, baik kita copy paste sesuatu yang bermakna daripada orang lain bukan?
Saya cuma kongsikan hal ini sekiranya anda ingin meningkatkan skill anda. Sekiranya anda ada hajat yang besar dalam alam penulisan.
Tetapi berkongsi benda yang baik adalah sentiasa baik.
Tidak pernah tak baik.
Maka copy paste benda yang baik adalah baik. Sekurang-kurangnya, baguslah kan dari plagiat. Saya pernah jumpa orang plagiat artikel saya, kemudian mengaku itu artikel dia sendiri. Apa tujuan, entahlah. Saya tanya, tak pernah nak jawab.
Cuma dari segi skill penulisan, kalau dibiasakan sangat, akan membawa masalah kepada yang berhajat besar dalam alam penulisan.
Jangan sekadar menjadi penyebar. Tingkatkan diri menjadi pengeluar.
Ya. Saya senang hati orang copy paste artikel saya. Sebar seluas-luas sebar. Saya berterima kasih amat. Tetapi menjadi kesenangan hati saya yang lebih besar, apabila artikel-artikel saya digunakan untuk mempertingkatkan diri pembaca, dan kemudian pembaca mengeluarkan artikel mereka sendiri daripada artikel saya.
Bahasa sendiri. Ditambah pula mungkin ilmu yang dia dapatinya sendiri dari mana-mana.
MasyaAllah. Itu satu yang lebih besar pada diri saya, berbanding copy paste bulat-bulat. Secara tidak langsung, saya mendapat saham melahirkan ‘pemimpin’.
Saya teringat kata-kata seorang guru saya: Rosdi Baharom. Katanya: “Tarbiyah ini melahirkan pemimpin. Bukan pengikut.”
Saya amat berharap agar penulisan saya juga satu tarbiyah kepada pembacanya. Moga-moga penulisan saya meningkatkan diri pembaca saya. Dari sekadar pembaca, meningkat menjadi penulis kepada sesuatu yang orang baca.
MasyaAllah.
Penutup: Untuk saya, memang saya strictkan untuk diri
Saya memang sering strictkan diri saya dalam banyak benda di alam penulisan.
Contoh termudah adalah hal copy paste. Contoh lain, saya disiplinkan diri saya menulis hari-hari. Sebenarnya, kalau biasa-biasa sahaja, tidak perlulah sampai begitu kan?
Tetapi saya ini ada kecenderungan menjadi luar dari biasa.
Saya ada masalah suka mencapai sesuatu yang tinggi.
Maka pastinya hendak berdiri di tempat yang hebat itu, kita tidak boleh berlenggang pinggang sahaja bukan?
Baiklah. Itu sahaja pendapat saya berkenaan copy paste. Sekadar perkongsian. Chill. :-) 


Dipetik dari blog langit ilahi.com

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::