HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN



Hari ini 30 Dzulhijjah 1431H. Berapa detik sahaja lagi kita perlu berikan lambaian perpisahan kepada 1431H dan mengucapkan selamat datang kepada 1432H. Masa terus berlalu mengikut putaran alam. Manusia si pemakmur bumi adalah isinya, bahan bicaranya, agen perubah yang akan mewarnai perjalanan masa. Namun seperti biasa, kemunculan awal muharam dipandang sepi, sesepi kawasan perkuburan dan ketibaan tahun baru masihi dinanti-nantikan dengan penuh keghairahan.

Setiap ‘hari ini’ yang Allah datangkan penuh dengan muatan pengajaran yang terpahat dalam lipatan sejarah, penuh pengorbanan, penuh pengertian yang mampu menyirna dan menerangi alam kehidupan. Setiap hari akan ada penghijrahan, setiap penghijrahan menuntut perubahan, dan setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Manusia dahulu dihormati, digeruni, dan disegani. Manusia sekarang dihina, dibenci, dan dicaci-maki. Seakan pahlawan yang hilang keperwiraannya. Dimana ketangkasannya apabila agama dihina, dicaci maki? Hanya geram tetapi menunduk sepi. Semuanya berlalu tanpa jawapan yang pasti.
Elok benar perancangan musuh Islam. Sehingga kita hilang sensitiviti kepada agama sendiri, hilang rasa cinta yang menebal kepada Allah dan rasulNya yang merupakan kunci utama kekuatan dan kekebalan Islam itu sendiri. Semuanya enak dan leka dibuai gelombang ‘isme-isme’.

PengAktifan minda

Tidak banyak masa yang tinggal. Sampai bila mahu begini? Aktifkan minda. Hakikatnya minda kita punyi kekuatan yang cukup hebat. Kaji, teroka, dan kukuhkan kehebatan yang ada. 



إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ



“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...”
(Surah ar-Ra’d: 11)




Tahun baru dengan keazaman yang baru. Jadilah hamba Allah yang berkualiti dengan kekudusan hati yang tidak berbelah bahagi kepada Allah swt. Gunakan nikmat yang diberi untuk mencari kebahagiaan yang hakiki. Sentiasalah bersedia menerima dan memberi. Moga hidup diredhai. Doakan kami yang akan mula berimtihan hujung minggu ini.Moga keceriaan dan kebahagiaan yang hakiki sentiasa bersama walau dimana sahaja kita berada. Doakan kami yang sedang menunggu result imtihan jumaat ini :)

p/s: be different and make a difference!

1 comments:

noname berkata...

entry bagus ! Insya Allah :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::