BICARA PAGI
Subuh 2 Muharam 1432H.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Musim-musim cuti begini, saya lebih seronok habiskan masa saya dengan teman baik saya iaitu buku. Tidak kisahlah ke mana sahaja saya melangkah, saya akan pastikan diri saya membawa buku , buku catatan dan pensel. Jika ketika duduk di hostel dulu( zaman diploma ), hampir setiap malam, tidak kira musim imtihan atau tidak, hujan atau panas, berteman atau bersendirian, kegirangan atau kesyahduan, saya pasti ada di perpustakaan. Walhal sampai sekarang pun saya kerap menghabiskan masa di PTAR ataupun jika ada kerja hendak disiapkan saya berada di lab .
Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingka ri ? Surah al-Mu’min: 81
0624 a.m (8/12/2010) Green Leaf ,Kuantan
Tersenyum mengingat kenangan seketika dulu dan impian yang dicipta tanpa sengaja ..
Seronok betul hari ini. Subuh 2 Muharam 1432H saya di Kuantan. Bertemankan mama dan babah yang disayangi, serta adik-adik yang dikasihi, kami bermalam di sini. Seronok bila sesekali dapat berjalan-jalan , dan bertazkirah :).
Hari ini giliran adik ilyana bertazkirah. Mulanya sedikit teragak-agak, kurang keyakinan. Tapi bila dah mula, tak mahu pula berhenti :) Bicaranya sekitar masalah yang melanda di Malaysia sekarang.
Beristighfar panjang kami...
Kerosakan masalah sosial, akhlak dan pemikiran manusia semakin meruncing lagi merungsingkan. Segala kesan daripada strategi dan pelan atur musuh-musuh Islam sedang menunjukkan impak maksimanya. Makanan, minuman, pemakaian, permainan, rancangan TV dan filem yang dipertontonkan, pergaulan tanpa batasan, tutur bicara, semuanya telah rosak. Misi mereka hampir menemui sasarannya. Manusia jauh dari Allah. Iman mereka ditelanjangkan sedikit demi sedikit hingga tiada apa lagi yang tinggal. Hanya jasad sahaja yang bernyawa tanpa jiwa seorang hamba.
Mana perginya pengakuan “sami’na wa atho’na” kita sebagai seorang muslim?
Manusia memang berani. Masakan tidak, Allah dah datangkan pelbagai tanda agar manusia insaf. Tapi hanya segelintir sahaja yang mengambil pengajaran. Selainnya masih lagi mencipta mimpi-mimpi sendiri. Bermegah-megah dengan dosa yang dicipta. Tenggelam dibawa arus dunia yang melalaikan.
وَيُرِيكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ فَأَىَّ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ تُنكِرُونَ
Saya takut. Izinkan saya menegur diri dan sahabat-sahabat. Bukakan minda, lapangkan dada. Saya bukan manusia sempurna. Tapi kita boleh berusaha mencipta sempurna. Kita manusia, hamba yang dicipta, terikat dengan peraturan, kerana mati kita untuk kembali kepada Dia.
Janji, jangan ulangi dosa semalam.
Ya Allah, lindungilah kami semua daripada bala bencana dan azab api nerakaMu. Kurniakanlah kami hati-hati yang merindukan keamanan dan ketenangan dalam kehidupan berlandaskan Islam. Bantulah kami menghadapi hamba-hambaMu yang enggan menerima jalan Islam yang benar, dan berikanlah kami kekuatan, ketabahan serta kesabaran.
Ya Allah, bantu kami tepati janji kami ..
Sami’na wa atho’na = aku dengar dan aku patuh
p/s: sebenarnya ketika saya menulis ‘perkongsian’ ini, dah 2 Muharram 1432H, tengah menunggu adik2 bersiap. Bergerak ke UIA Kuantan ,menghantar adik izzati "register".
Moga bermanfaat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 comments:
Catat Ulasan