RAHSIA SOLAT DARI SUDUT SAINS
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat-sahabat.
Malam ini, mari kita selami rahsia solat dari segi sains agar kita lebih khusyuk dalam menunaikan ibadat solat kelak. Jom kita baca dan sama-sama kita fikirkan mengapakah kita perlu bersolat,....pasti ada hikmah di sebalik suruhan Allah.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
MUHASABAH DIRI: 5 ALAM YANG KITA AKAN LALUI
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Selamat pagi. Pagi ini saya ingin berkongsikan sedikit perkongsian yang pada saya amat bermakna selagi kita bergelar insan.Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.
Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?
TERSENYUMLAH WAHAI MATAHARI
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkenaan matahari. Adakah kita semua sedar bahawa kita melihat matahari bukanlah kerana indahnya dan hebatnya pada penciptaannya, tetapi memandang matahari dengan sinaran yang penuh kemarahan membuak.Betul tak?? Saban hari, usahkan mahu tersenyum pada matahari, bukan mahupun diucapkan terima kasih pada matahari, apatah lagi memuji kebesaran Penciptanya, memandang sahaja pun tidak sudi.
WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET IT BACK!
Treat people the way you want yourself to be treated.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat ini. Seperti biasa, malam ini saya ingin kongsikan bersama sahabat pembaca sekalian berkenaan pengalaman saya dan teman saya sewaktu keluar ke bandar siang tadi. Moga-moga kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata hati kita, bukan sahaja menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat tetapi satu peringatan buat diri ini agar tidak mudah lupa. JOM KITA CUBA PAKAIAN TAQWA!!
Bismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum w.b.t.
Acapkali sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, MID VALLEY, SUBANG PARADE, SACC MALL, OLE-OLE, GIANT dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya berjumpa dengan remaja melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri melayu. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, sekali pandang persis macam minah dan mat salleh. Rambutnya sudah berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt dan pakai singkat-singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih melayu. Kenapa ya?
BAGAIMANA PERANCANGAN KITA??
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca kalian, Apa khabar iman anda hari ini? Moga-moga ianya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Alhamdulillah, malam yang indah ini, saya telah melakukan beberapa lawatan ke teratak sahabat-sahabat saya. Banyak juga input yang saya peroleh dari mereka. JazakAllah khairan saya ucapkan pada mereka kerana sedikit sebanyak telah memberikan saya idea untuk menulis post kali ini. Ada yang saya sempat comment, ada yang saya sekadar membacanya dan menyematkan segala pesanan itu di hati, mudah-mudahan. Tapi saya terkesan dengan beberapa post yang saya baca. Dan di sini saya telah garapkannya sekali supaya kita dapat lihat. Oleh itu , mari sama-sama kita fikirkan..
******************************************************************************
PERKONGSIAN: MINUM KOPI MAKAN PASTA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca sekalian. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di blog langit ilahi. Sama-sama kita fikirkan mesej yang disampaikan dalam perkongsian yang saya akan kongsikan ini..
Kopi dan Pasta. :-)
Orang tanya saya fasal copy paste artikel-artikel Langit Ilahi, wall-wall facebook saya, apa-apa saya tulis di Reader’s Page. Boleh atau tak boleh?
Boleh. Tak minta izin pun tak mengapa.
BERSIHKANLAH HATI KITA
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .
MASIH ADAKAH LAGI ESOK UNTUK KITA???
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Saya beristighfar panjang. Cuba membuka mata dengan perasaan takut.Masih bernyawakah aku hari ini? Masih hairan. Syukur, mimpi cuma. Bagaimana kalau mimpi ngeri tadi adalah kenyataan? Saya tidak betah untuk menghadapinya. Kerana sebagai saudara seagama, saya tetap menyayanginya sesama manusia. Biarlah cerita lama diganti cerita baru. Biarlah mimpi ngeri ini hanya Allah sahaja yang tahu.
CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Bila mengulit buku Cinta Di rumah Hasan Al-Banna, saya terasa sesuatu. Adakala malu pada sikap diri sendiri. Alhamdulillah.Ya, saya telah mendapat kepuasan setelah habis menghadamnya sebentar tadi. Saya tidak puas,dan mahu mengulanginya kembali.
Dia, seorang daei yang paling sibuk,tidak hanya hebat dimata masyarakat,tetapi hebat juga dimata anak sendiri. Berkali-kali anaknya mengulang ayat begini,
Dia, seorang daei yang paling sibuk,tidak hanya hebat dimata masyarakat,tetapi hebat juga dimata anak sendiri. Berkali-kali anaknya mengulang ayat begini,
INNI AKHAFULLAH
Apa yang dimaksudkan dengan khauf?
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Kuat dan lemah khauf ini bergantung kepada keyakinan seseorang pada Allah s.w.t. Dan selain khauf yang disebabkan takut pada hukuman sebagaimana di atas, ada pula khauf yang disebabkan oleh kerana takut akan kebesaran dan keagungan sesuatu.
BICARA PAGI
Subuh 2 Muharam 1432H.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Musim-musim cuti begini, saya lebih seronok habiskan masa saya dengan teman baik saya iaitu buku. Tidak kisahlah ke mana sahaja saya melangkah, saya akan pastikan diri saya membawa buku , buku catatan dan pensel. Jika ketika duduk di hostel dulu( zaman diploma ), hampir setiap malam, tidak kira musim imtihan atau tidak, hujan atau panas, berteman atau bersendirian, kegirangan atau kesyahduan, saya pasti ada di perpustakaan. Walhal sampai sekarang pun saya kerap menghabiskan masa di PTAR ataupun jika ada kerja hendak disiapkan saya berada di lab .
MUSLIMKAH KITA???
Demi Allah, engkau tidak melihat melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritikkan dirinya sendiri. Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya, seseorang yang berdosa itu akan terus melakukan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritikkan dirinya.
-al-Imam Hassan al-Basri-
HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN
Hari ini 30 Dzulhijjah 1431H. Berapa detik sahaja lagi kita perlu berikan lambaian perpisahan kepada 1431H dan mengucapkan selamat datang kepada 1432H. Masa terus berlalu mengikut putaran alam. Manusia si pemakmur bumi adalah isinya, bahan bicaranya, agen perubah yang akan mewarnai perjalanan masa. Namun seperti biasa, kemunculan awal muharam dipandang sepi, sesepi kawasan perkuburan dan ketibaan tahun baru masihi dinanti-nantikan dengan penuh keghairahan.
MASALAH SEBAGAI BATU LONCATAN

Bismillah wa alhamdulillah..
Setiap manusia yang bernyawa pasti berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kira sama ada dia kaya atau pun miskin, tua atau pun muda, baik atau pun jahat, cantik atau pun hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Sebenarnya masalah itu sendiri adalah ujian yang Allah kenakan kepada manusia bagi memajukan diri. Kemajuan bermula daripada masalah. Yang membezakan kita adalah cara mana kita mengatasi masalah tersebut.
JANGAN JADI MANUSIA ROBOT
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Pagi ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian supaya berfikir dan sama-sama muhasabahkan diri kita dengan sedikit perkongsian yang telah saya bincangkan bersama teman-teman usrah saya dan digabungkan sedikit dengan pembacaan saya daripada kitab.
Saya merujuk kepada manusia keseluruhannya termasuk diri saya. Manusia yang mana jelas faham siapa dirinya, matlamat dan tujuan diciptakan dirinya, dan tahu ke mana dia akan kembali. Bukan sekadar mereka yang berada di lane agama sahaja, tetapi semua sekali.
UNTUK SAYA, KAMU DAN KITA
~jom praktis~
Islam tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang ia tidak mampu tanggungi. Maka saranan Rasulullah itu cukup akrab dengan kita semua.Jika kita tidak mampu dan tidak pandai berkata-kata, kita boleh berdakwah tanpa kata-kata.
GO FORWARD YOUNG MUSLIM
Kemanisan terletak pada kesungguhan
“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)
“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)
p/s: semangat projek fyp mungkin
SALAM AWAL MUHARRAM
Tahun Baru menyusul lagi..
Yang indah & baik tersemat sebagai kenangan..
Yang perit & buruk ditinggalkan dan diambil sebagai pengajaran..
Perindahkan lagi keimananmu..
Kukuhkan lagi benteng akidah dan pendirianmu..
Yang indah & baik tersemat sebagai kenangan..
Yang perit & buruk ditinggalkan dan diambil sebagai pengajaran..
Perindahkan lagi keimananmu..
Kukuhkan lagi benteng akidah dan pendirianmu..
Langgan:
Catatan (Atom)



























