- Diciptakan Nabi Adam a.s. dan Hawa.
- Dimasukkan Nabi Adam a.s. dan Hawa ke dalam Syurga.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Nabi Idris a.s. diangkat ke langit.
- Bahtera Nabi Nuh a.s. selamat berlabuh di Bukit Judy setelah 6 bulan bumi ditenggelami air.
- Lahirnya Nabi Ibrahim a.s.
- Nabi Ibrahim a.s. terselamat daripada pembakaran api oleh Raja Namrud.
- Nabi Musa a.s. diwahyukan kitab Taurat.
- Firaun lemas dalam Laut Merah.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan daripada penjara.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampunkan Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah s.w.t. kerajaan yang besar.
- Nabi Yaakub a.s. pulih daripada buta penglihatan.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan Allah daripada penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar daripada perut ikan Nun setelah 40 hari 40 malam berada di dalamnya.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke langit.
- Allah s.w.t. mencipta alam.
- Allah s.w.t. mencipta 'Arasy dan Luh Mahfuz.
- Dicipta Malaikat Jibrail.
- Turunnya hujan yang pertama.
- Terbunuh Saiyidina Hussein di Karbala semasa dalam perjalanan ke Kufah oleh bala tentera Umaiyah.
HARI 'ASYURA
Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t.Hari ini 9 Muharram 1432 Hijrah. Esok 10 Muharram. 10 Muharram dikenali juga sebagai hari Asyura. Mesti ramai di antara kita berpuasa sunat pada hari ini. Time ni juga la mak2 kita buat bubur Asyura. Lain negeri, lain rasa dan bentuknya.
Sebenarnya terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini yang perlu ketahui walaupun sedikit. Antaranya ialah :
Pada 10 Muharram ini, kita digalakkan untuk berpuasa sunat Hari 'Asyura. Sebenarnya puasa pada 10 Muharram ini juga dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah (Yahudi dan Nasrani) suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, Nabi s.a.w. telah menyarankan para sahabat agar berpuasa Hari 'Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau selepas 10 Muharram. Hikmahnya adalah untuk membezakan amalan Jahiliyyah dengan amalan Islam serta sebagai langkah berhati2 jika berlaku kesalahan dalam perkiraan tarikh dalam bulan Muharram. Imam Syafi'e dalam kitabnya al-Umm menyebut disunatkan berpuasa pada ketiga-tiga hari tersebut iaitu 9 Muharram (Hari Tasu'a) , 10 Muharram (Hari 'Asyura) dan 11 Muharram.
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, akan terhapuslah dosanya setahun yang sebelumnya." (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram dan seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat malam." (Riwayat Bukhari)
Selain puasa, pelbagai macam lagi amalan sunat yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Muharram ini. Semuanya itu boleh dirujuk melalui laman web ini : BULAN MUHARRAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 comments:
Catat Ulasan