WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET IT BACK!


Treat people the way you want yourself to be treated.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat ini. Seperti biasa, malam ini saya ingin kongsikan bersama sahabat pembaca sekalian berkenaan pengalaman saya dan teman saya sewaktu keluar ke bandar siang tadi. Moga-moga kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata hati kita, bukan sahaja menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat tetapi satu peringatan buat diri ini agar tidak mudah lupa.
********************************************************************************
Lrt bergerak laju merentasi kotaraya. Ngauman lrt yang kuat akibat bergesel dengan landasan membuatkan saya tidak jadi untuk terlelap. Entah di stesen mana pun saya tidak sedar, lrt berhenti seraya pintu automatik terbuka. Seorang remaja lelaki berbangsa cina, mungkin belasan tahun saya duga, menerpa ke arah saya. Saya duduk di kerusi yang ada 4 seat, dan saya yang ketiga, masih ada kosong di sebelah. Remaja tadi yang masih tercari-cari, dengan mata yang dipanahkan pada tempat kosong di sebelah saya, menanggalkan beg galasnya. Ya, saya sudah faham, dia mahu duduk di sebelah saya.

Ya Allah!

Antara prinsip dan dan adab, antara nilai murni dan akhlak ,saya pilih pertahankan pegangan. Pegangan saya ialah Islam. Pegangan saya apa yang Allah suruh dan larang. Pegangan saya apa yang nabi ajarkan. Biarlah apa yang yang berlaku, saya masih ingin mempertahankannya walaupun dalam hal remeh begini.

Belum sempat dia melabuhkan punggung, saya bingkas bangun dahulu. Biarlah dia duduk, saya lebih rela berdiri daripada bersebelahan apatah lagi bersentuhan dengan ajnabi.

Dia tercegat. Sudah menapak sederap, tepat-tepat di hadapan kerusi, sudah dalam posisi bersedia dengan beg galas belakang di tangan, hanya menanti masa untuk  duduk sahaja, akhirnya cuma tersenyum.

"Duduklah".

Dia mempelawa saya duduk kembali sambil tangannya dengan gaya yang penuh mempelawa orang. Mungkin faham dengan prinsip seorang Islam, mungkin ada rasa hormat yang timbul. Lantas, niatnya tadi dibatalkan dan beralih tempat duduk. Dia duduk setentang kini dengan saya, di hadapan, di sebelah kerusi kosong, dihimpit oleh seorang perempuan Afrika dan seorang lagi perempuan yang sama bangsa dan agama dengan kita.

Sekilas saya memandang, tidak dapat saya baca fikiran remaja cina itu. Namun doa saya panjatkan, moga dakwah setitis ini sampai kepadanya.

Teringat kembali kisah Rasulullah dan perempuan yahudi yang cukup masyhur dalam kalangan kita.Setiap pagi nabi keluar untuk solat, perempuan tua itu akan tunggu di balik jendela rumahnya, bersedia untuk membaling najis pada batang tubuh nabi yang mulia.

Pulang nabi ke rumah, tidak ada rasa marah dan kecewa. Menukar pakaian,dan menyuruh Fatimah, anak kesayangan mencuci kotoran. Bukan nabi yang menangis kerana marah, tapi Fatimah. Hiba Fatimah kerana tidak tahu dimana salah silap ayahanda tercinta diperlakukan begini setiap masa.

Sehingga satu ketika, nabi berjalan tanpa ada gangguan .Hairan yang bertandang, nabi putuskan ziarah ke rumah perempuan tadi. Kebaikan nabi tak pernah padam walaupun kepada bukan Islam. Kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Dan kebenaran hanya dengan Islam. Maka, perempuan tadi melafazkan kebenaran yang terpendam dengan bayaran kalimah syahadah.

Bukankah telah disebutkan, Islam itu rahmatan lil alamin? Tidak kira Islam atau bukan, binatang atau tumbuhan, semuanya terkena tempias rahmat yang dibawa oleh Rasulullah tercinta. Benar bukan.
Antara nilai murni dan akhlak mulia, itu yang saya fikirkan .Berapa ramai hari ini, kita melakukan kesilapan, dalam sedar atau tidak. Menggunakan pengangkutan awam,satu perkara yang mustahil untuk dielakkan ialah bersesak-sesak dan dihimpit.Untuk lelaki dan perempuan, kedua perlu menjaga. Menjaga batas agama, menundukkan pandangan yang suka meliar entah kemana, menjaga daripada bersentuhan dengan yang bukan muhrimnya dengan sengaja atau tidak.


Kalau diikutkan silibus pelajaran nilai murni ,memberi tempat duduk kepada orang lain adalah sangat santun sopannya. Namun,dalam suruhan yang Nabi ajarkan, tidak boleh duduk bersebelahan dengan ajnabi kita. Apatah lagi lelaki dan perempuan ada yang bergengsel bahu tanpa segan.

Bukan satu dua berita kes-kes cabul, ragut berlaku dalam dalam pengangkutan awam. Dengan KTM yang lambat, walaupun disediakan koc wanita tetap dipenuh dengan kaum lelaki, dengan lrt yang kadang-kadang padat, cukup memberikan tekanan dan membuangkan sikap akhlak mulia yang nabi ajarkan. Semua mahu berebut tempat, menghilang lenguh untuk berdiri.

Berilah duduk kepada mereka yang memerlukan. Bertimbang rasalah. Kalau anda lelaki, dahulukanlah perempuan. Sebelum duduk ,tolehlah kiri dan kanan kalau-kalau ada wanita, ibu mengandung, mahupun warga tua dan OKU yang lebih memerlukan.

Nilai murni dan akhlak mulia tidak sama. Nilai murni sekadar berbuat baik sesama manusia, tetapi akhlak mulia ,timbangannya yang paling berat di akhirat. Akhlak mulia, seperti apa yang nabi ajarkan. Akhlak mulia, hubungan kita dipasakkan dengan akidah, melakukan sesuatu kerana Allah.

Rupanya perkara itu tidak terhenti di situ sahaja.Turun dari lrt, kami menaiki bas ke kampus. Memerhati ruang yang tidak berapa kosong, akhirnya, saya mendapat tempat di sebelah perempuan cina yang sedang ralit membaca. Ada dua seat kosong di belakang, tetapi kesemuanya di sebelah lelaki. Sahabat saya di sebelah, masih tercegat berdiri.

"Pergilah duduk di sebelah baya".

Kawan-kawannya menyuruh lelaki Tamil tadi duduk beralih ke seat belakangnya dan duduk di sebelah 'abang' pakistan. Baya dalam bahasa tamil bermaksud abang. Dan akhirnya, sahabat saya mendapat tempat duduk. Dalam tenang bas yang menyusur, saya masih melayani fikiran.

Antara prinsip dan adab, antara nilai murni dan akhlak, kami pilih pertahankan pegangan. Jangan mudah goyah dengan keadaan.

Apa yang umat Islam berikan pada yang lain, itulah yang umat Islam akan dapat.
What you give,you'll get it back!INSYA ALLAH
wallahu'alam.

*Prolog: Oh ,dalam tidak sedar rupanya kami telah melakonkan watak aisya dalam ayat-ayat cinta..hehe..Masih ingat lagi ?? Cuma bezanya, watak Fahri tidak ada :)

22.45p.m
jln tukas 18/34
Shah Alam
13/12/10

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::