TERSENYUMLAH WAHAI MATAHARI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkenaan matahari. Adakah kita semua sedar bahawa kita melihat matahari bukanlah kerana indahnya dan hebatnya pada penciptaannya, tetapi memandang matahari dengan sinaran yang penuh kemarahan membuak.Betul tak?? Saban hari, usahkan mahu tersenyum pada matahari, bukan mahupun diucapkan terima kasih pada matahari, apatah lagi memuji kebesaran  Penciptanya, memandang sahaja  pun tidak sudi.

Langsung kita tidak sedar yang kita boleh berjalan hari-hari, ke sana ke mari, ke hulu ke hilir,ke kanan ke kiri disebabkan kesabaran matahari memancarkan cahayanya untuk  semua makhluk Nya.

Sama ada mereka yang bersyukur dengan kewujudan matahari ataupun mereka yang mencemuh hadirnya matahari, matahari tetap matahari, tugasnya tetap sama setiap hari, menerangi bumi. Aduh, kasihan benar daku pada Sang Mentari. Cahaya yang diberikan pada manusia, dibalas dengan renungan tajam oleh makhlukNya. Alangkah sedikitnya hambaNya yang bersyukur. Aduhai,sedih sungguh diri ini  seandainya  sayalah sang mentari tersebut.
Tapi pernahkah  merasa matahari berhenti memancarkan cahayanya pada kita?.
Pernahkah melihat matahari merajuk dengan kita walau hampir setiap detik kiranya ia dicaci, dimaki kerana dtuduh memanaskan manusia??? Kalau ya,Nauzubillahi min zalik.
Tapi saya pasti, tidak pernah bukan?
Sebanyak manapun kejian dan maki hamun yang dilemparkan  oleh  manusia kepada wajah  matahari, ia tetap di situ. Tidak berganjak. Masih di posisi yang sama. Di tengah-tengah sistem solar. Matahari yang sama setiap hari, peranan yang sama, dan cahayanya pun juga  sama.
Cuba kita pandang sejenak ke langit. Cuba kita renung sejenak. Cuba kita ingat kembali, bukankah matahari yang berdiri hari ini  adalah matahari yang sama menerangi ummat islam dahulu? Bukankah matahari yang kita marah tadi adalah  matahari yang sama menerangi tentera islam ketika berperang menegakkan agama Allah di dulu? Bukankah matahari yang kita pandang pun tak sudi itulah  yang menerangi umat islam sehingga kita mencapai kegemilangan satu masa dahulu? Dan dengan matahari yang samalah kita harapkan akan dapat menerangi kita untuk kita ulang kembali sejarah itu. Bukankah begitu?
Pernahkah matahari marah??
Tentu tidak bukan? Dia tetap akan mematuhi arahan PenciptaNya. Hebat bukan?
Tapi, cuba kita kira, berapa kali kita marahkan matahari? Kira-kira, jangan terkejut kalau kita mengeluh hampir setiap hari kerana panas, kerana panas itu disebabkan matahari?

Penulisan ringkas ini bukan hendak mahu menghuraikan fakta sains tentang kejadian matahari. Sungguh, Allah sungguh hebat mencipta matahari sedemikian rupa. Bukankah   Allah sendiri telah berfirman ,
 sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.Yang menciptakan,lalu menyempurmakan ciptaan-Nya.Yang menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk.
-Surah Al-Ala'(1-3)
Jadi mengapa masih marah-marah kalau panas? Mengapa masih berkeluh-kesah, mendengus kasar gelisah?
Kalau  panas matahari beribu batu, kita masih boleh mencari kipas untuk menghilangkan peluh  di celah-celah ketiak basah, berselindung di dalam rumah batu lalu disejukkan penghawa dingin di dunia, kelak nanti bila mana matahari sejengkal cuma di atas kepala, bagaimana ye?
 Barangkali kita lupa, mencaci-caci, memarahi yang diciptaNya sama juga dengan memarahi penciptanya.

Sanggupkah kamu?
Saya memohon keampunanNya atas kezalimanku selama ini. Saya menasihati diri sendiri dan kamu, mulai saat ini, jenguklah keluar jendela, pandanglah matahari di atas sana, dan ucapkanlah:

 SubhanAllah,hebatnya Pencipta matahari.
Ingat, ikhlas bersabar taat pada sunnatullah, Insya Allah akan disayanginya. Bukankah diciptakan matahari untuk kita jua?
wallahu'alam.

tersenyumlah wahai matahari:)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::